Cari @ Amanz

Bukan sahaja Google ada Lab miliknya sendiri, malah Microsoft turut memilikinya lab-nya sendiri yang dikenali sebagai Live Lab. Terbaru daripada makmal ujian Microsoft adalah Thumbtack, dimana para pengguna boleh mengumpul, menyimpan dan menguruskan segala informasi yang diperolehi daripada internet di suatu tempat dan berkongsi bersama yang lain. Antara beberapa contoh yang disediakan oleh pihak Microsoft sendiri adalah seperti kumpul dan berkongsi restoran kesukaan bersama rakan-rakan, menguruskan percutian bersama keluarga, mencari tempat tinggal bersama rakan sebilik dan juga membuat pilihan dalam membeli kereta.

thumbtack

Melalui Thumbtack, pengguna boleh berkongsi maklumat dan berkolabrasi bersama yang lain dengan keupayaan untuk menghantar emel secara terus kepada yang lain, ataupun membenarkan pengguna yang lain untuk berkongsi maklumat samaada melalui RSS, Atom, HTML dan sebagainya. Seterusnya, anda juga boleh memasukkan data-data terkumpul kedalam blog atau website anda dalam bentuk widget, seperti MyBlogLog dan sebagainya.

Sama seperti produk LiveLab yang lain, Microsoft akan mengumpulkan pandangan dan pendapat orang lain terlebih dahulu sebelum membawanya ke peringkat lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd