Cari @ Amanz

Mungkin ramai yang sudah perasan dan mungkin juga tidak. Kini perkhidmatan blog percuma daripada Google, Blogger menyediakan pilihan untuk mengimport dan eksport artikel kita dari blog di Blogger atau BlogSpot. Fungsi ini dahulunya digunakan sebagai eksperimen pada Blogger in Draft, dan kini ianya sedia diguna pakai oleh semua penggunanya.

Blogger - Import dan Eksport
Import dan Eksport Artikel Anda Pada Blogger

Kebolehan untuk import dan eksport artikel ini juga bukan setakat backup untuk digunakan pada masa kecemasan, tetapi ianya lebih daripada itu. Antaranya ialah:

  • Mengabungkan dua atau lebih blog menjadi satu, sekaligus menjenama-semulakan blog anda, tanpa kehilangan sebarang artikel.
  • Memindahkan artikel dari satu blog ke yang lain dengan mudah.
  • Memindahkan blog anda ke tempat lain dengan mudah menggunakan fail Atom XML yang diberikan.
  • Anda boleh mengakses bahagian Import dan Export ini melalui navigasi Blog Tools dan seterusnya memilih Settings | Basic. Dengan adanya ini, anda tidak lagi perlu bimbang akan kehilangan artikel anda sekaligus memastikan anda dalam keadaaan bersedia pada waktu kecemasan kelak.

    © 2024 Amanz Media Sdn Bhd