Archive for January 2009

  • Tiada Beta Kedua Untuk Windows 7

    Nampaknya tiada beta kedua untuk Windows 7, setelah Microsoft membenarkan para pengguna seluruh dunia untuk memuat-turunnya dan mencubanya secara percuma. Sebaliknya, kini Microsoft dalam pembangunan kepada Windows 7 RC (Release Candidate).

  • Laptop Berharga RM40 Bakal Di Pertontonkan

    Kerajaan India dengan kerjasama Kementerian Sains dan Teknologinya akan mempertontonkan laptop yang paling murah setakat ini, yang mana berharga Rs 500 (RM40) sahaja pada 3 Februari ini. Laptop ini bakal dilengkapi dengan RAM sebanyak 2GB, termasuk sokongan WiFi dan penggunaan tenaga yang amat rendah, iaitu hanya sebanyak 2W sahaja.

  • Fungsi Tab Baru Chrome Untuk Mozilla Firefox

    Sekiranya anda pernah menggunakan Google Chrome dan meminati fungsi tab baru, kini anda boleh mendapatkan fungsi yang sama pada Mozilla Firefox juga. Melalui Google Toolbar 5 untuk Firefox, Google membawakan fungsi tab baru yang mana memperlihatkan halaman yang sering dikunjungi, bookmark, dan tab yang baru ditutup.

  • Penerangan GDrive Di Temui Pada Google Pack

    GDrive atau pun Google Drive semakin menghampiri kenyataan apabila petanda demi petanda ditemui dari masa ke semasa, yang mana mengatakan Google bakal memperkenalkannya tidak lama lagi. Terbaru, hari ini, petanda terbaru diperlihatkan melalui salah satu fail javascript di halaman Google Pack yang mana menerangkan mengenai GDrive.

  • Google Chrome Kini Menyokong Hotmail

    Sekiranya sebelum ini, para pengguna Google Chrome sering menghadapi masalah sekiranya ingin menggunakan Hotmail ataupun menghantar emel melalui Yahoo! Mail, kini anda tidak perlu risau lagi. Melalui Chrome 1.0.154.46, Google menyelesaikan masalah ini, dan memperkemaskini pelayar web mereka.

  • Google dan Plaxo Memperkenalkan Perkongsian Identiti

    Hari ini, Google dan Plaxo memperkenalkan protokol baru yang mana mengabungkan fungsi OpenID bersama-sama dengan OAuth. Dengan ini, penggunaan sesuatu akaun tampil lebih selamat. Buat masa ini, ianya hanya suatu cubaan antara dengan Plaxo dan Google, dan mungkin akan diperkembangkan tidak lama lagi.

  • Idea Telefon Bimbit Kepada Komputer

    Mungkin ramai yang sudah bosan menggunakan telefon mudah alih untuk melayari internet, disebabkan tempat menulisnya yang kecil (keyboard), tiada kemudahan menggunakan tetikus, skrin yang kecil dan sebagainya. Menyedari perkara ini, Microsoft seperti telah menjumpai penyelesaiannya dan telah mendaftarkan hak ciptanya baru-baru ini yang mana diberi nama – “Smart Interface System for Mobile Communication Devices” ataupun Sistem Antaramuka Pintar Untuk Perkakasan Perhubungan Mudah Alih.

Halaman 1 daripada 1112345»...Terakhir »