02Jan

Android : Selepas Telefon, Kini Netbook

Google

Salah satu artikel yang ditulis di laman Venture Beat memperlihatkan bahawa Android kini boleh dijalankan menggunakan netbook Asus EeePC 1000H. Penulis turut mengatakan bahawa ianya mempunyai sokongan yang agak meluas, dan turut menyokong fungsi rangkaian, bunyi dan juga boleh dijalankan dengan baiknya.

android_os
Netbook Yang Menggunakan Android OS

Buat ketika ini, nama sistem operasi tersebut diberi sebagai Android OS, dan dijangka akan mula diperluaskan penggunaannya menjelang tahun 2010.

Aplikasi Android dibangunkan oleh Google untuk telefon bimbit yang mana turut digunakan dalam telefon bimbit keluaran Google dengan kerjasama T1 Mobile. Kod sumber tersebut, diedarkan oleh Google dibawah lesen sumber terbuka, membolehkan orang ramai dan syarikat membangunkannya tanpa sebarang kos.

Walaupun telefon bimbit Android belum tiba di Malaysia, anda masih boleh mencubanya, melalui satu simulasi ringkas.


Chrome Extensions Dalam Fasa Terakhir
Kawal Iklan Google Yang Dipaparkan Dengan Mudah
Paparan Antaramuka BlackBerry Messenger Untuk Android Mula Kelihatan
HTC Mengumumkan Lebih 7 Peranti Akan Menerima Ice Cream Sandwich Awal Tahun 2012 Kelak
YouTube Slam Membolehkan Anda Mengundi Video Kegemaran Anda

6 Komen

  1. zaki blogjer pada 03 Jan 2009

    Makin tergugat Windows nampaknya!

    • Khalif a.k.a Ibnu Ismail pada 03 Jan 2009

      Ye la. Tapi, pengguna tetap memilih Windows bec0z dia dah lama dan banyak pengalaman..

      hehe just my 2 cents.. :D

  2. azraai pada 03 Jan 2009

    Google motto: Do not evil.

  3. mirul pada 03 Jan 2009

    Wah baguih ni…. TQ for da info….

  4. awqi_zar pada 03 Jan 2009

    OoH..jika android beralih dari mobile ke netbook/laptop..kini linux juga mula beralih dari pc/laptop ke mobile..muahaha.. http://linuxoniphone.blogspot.com/2008/11/linux-on-iphone.html

  5. Azrin pada 05 Jan 2009

    Android base unit dier Co-Linux…senang mmg load sikit..

    azrin @ http://www.azrin.net


Tinggalkan Komen Anda