Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Jikalau sebelum ini, para pengguna yang ingin menyimpan mesej yang mereka telah hantarkan, mereka perlu memilih Archive selepas menekan Send, kini ianya boleh dilakukan dengan lebih mudah dengan klik pada Send & Archive.

Pilihan Send & Archive Pada GMail
Fungsi ini mungkin amat berguna kerana ramai yang ingin menyimpan mesej yang mereka telah hantarkan untuk rujukan pada kemudian hari. Walaubagaimanapun, ianya masih dalam GMail Lab, dan untuk menggunakannya, anda perlu aktfikannya melalui tab Lab pada Settings.
Dalam beberapa minggu akan datang, pilihan undo juga akan ditambah, supaya anda boleh patah kembali sekiranya anda terarkib mesej yang tidak dikehendaki.
6 Komen
Tinggalkan Komen Anda
cergas betul google ya? lepas ini semakin mudah untuk merujuk kembali mesej yang kita hantar!
aku tak perasan pun sebab setial kali dah send sia masuk sent folder.. dia auto delete eh? hm..
bukan ke setiap email yg kita hantar masuk sent folder.. nak buat ape archive2 ni lagi ye cik amanz yang hesem?
aku benci gmail…serius..yahoo the best ~
sbb gmail tak serabut mcm yahoo….aku suka simple..aku suka gmail..dulu yahoo jd aku punya main email la…skrg dah tukar ke gmail..sgt zupp..dan laju plak tu..sapa tak mau.
yup. GMail rocks.