28Jan

Azure Bakal Menemui Pengguna Akhir Tahun Ini

Microsoft

Masihkah anda ingat berkaitan dengan Azure yang bakal diperkenalkan oleh Microsoft? Windows Azure adalah salah satu teknologi cloud-computing yang mana bakal diperkenalkan oleh Microsoft. Microsoft telah mula memperkenalkan mengenai Windows Azure ini sejak Oktober tahun lalu.

Windows Azure di PDC
Persembahan Windows Azure di PDC 2008 [via]

Beberapa informasi berkenaan dengan Windows Azure telah pun didapatkan oleh Alley Insider, yang mana mengatakan bahawa Azure bakal diperkenalkan pada akhir tahun 2009, dengan berkemungkinan besar dengan versi beta diperkenalkan sebelum itu. Windows 7 juga dijangka akan diperkenalkan pada akhir tahun ini. Mungkin terdapat integrasi antara Azure dengan Windows 7 kelak.

Masih tiada sebarang info berkenaan dengan harga yang bakal dikenakan ke atas servis Azure ini kelak, namun Microsoft mengatakan bahawa ianya tidak akan begitu mahal, dan harganya boleh bersaing dengan beberapa servis cloud-computing lain. Amazon memang sudah terkenal dengan servis cloud-nya, dan Google dikatakan bakal memperkenalkan GDrive tidak lama lagi dan servis Google Apps memang sudah sedia meletup.

Walaubagaimanapun, sehingga kini masih tiada perancangan oleh Microsoft untuk memperkenalkan servis peribadi seperti untuk organisasi besar, kerajaan dan akademi. Mungkin mereka masih belum bersedia untuk bersaing dengan syarikat-syarikat penyedia yang lebih besar seperti IBM.


Microsoft : Tiada Silverlight Untuk iPhone
Windows 7 SP1 Beta Pada Bulan Hadapan
Kemaskini Windows Phone Ditangguhkan Ke Bulan Mac?
Fungsi Portable Workspace Pada Windows 8 Diperlihatkan
Aplikasi Windows Phone Kini Berjumlah Lebih 40,000 Aplikasi

1 Komen

  1. loque pada 28 Jan 2009

    smart oh…

    tanyer sket bro…
    skarang ni gune hosting ape?
    please k..thx


Tinggalkan Komen Anda