-
Blog Chedet Berpindah Alamat
Setelah memulakan blog peribadi Dr. Mahathir Mohamad dengan nama Chedet.com pada bulan Mei yang lalu, tahun baru ini, Chedet mengambil keputusan untuk berpindah ke alamat baharu, iaitu Chedet.cc.

Header Chedet.comYang peliknya, domain yang dibeli iaitu, Chedet.cc itu hanya digunakan sebagai alamat untuk redirect kepada alamat Chedet.Co.CC. Selain daripada itu, Dua domain didaftarkan dibawah co.cc, iaitu Chedet.co.cc dan juga Chedet-2.co.cc untuk pengurusan pengiklanan di halaman Chedet tersebut. Ya, kini terdapat iklan pada laman blog Dr. Mahathir, yang mana harganya bukan calang-calang harga. Pengurusan iklan ini dilakukan oleh Mutual Digital.
Berikut merupakan harga pengiklanan pada laman Chedet:

Yang sedihnya, motif perpindahan nama domain tersebut tidak dinyatakan. Ianya mungkin lebih menarik sekiranya Chedet menggunakan nama domain .my Lagi satu perkara yang menyedihkan adalah, walaupun laman tersebut mengimport artikel lama daripada domain Chedet.com, laman Chedet.com yang lama masih mengekalkan entri-entri lama dan tidak redirect kepada domain baru.
Beberapa fakta menarik:
- Chedet masih menggunakan Movable Type untuk pengurusan blog.
- Blognya masih menggunakan direktori khas, iaitu chedetblog dan bukannya menggunakan halaman utama domain Chedet.co.cc. Halaman utamanya masih tidak digantikan, atau tidak membawa ke halaman blog tersebut.
- Kini, empat buah domain sudah dibawah nama Chedet, iaitu Chedet.com, Chedet,cc, Chedet.co.cc, Chedet-2.co.cc.
- Mungkin Dr Mahathir bin Mohamad merupakan blogger pertama yang lebih gemar menggunakan domain .co.cc berbanding domain .com
- Domain Chedet.com mempunyai Page Rank sebanyak 5/10.
- Blog ahli politik pertama yang mempunyai iklan?
- Susunan iklan yang tidak berapa menarik. Di bahagian bawah header amat buruk.
- Masih mengekalkan rekabentuk yang lama. Rekabentuk ketika menggunakan khidmat Blogspot lebih menarik.
Kredit: Topotato
58 Komen
bangganya aku ade kredit kat sini.. hohoho memang banyak kemusykilan blog baru tun ni..
haha..nak aku buang kedit ker? boleh jer..hehe
aku pun banyak musykil gak. Boleh lak pilih domain ntah hape-hape. domain dot com tue dah giler gempak dah. aku tgh tunggu biler masa amanz.com nak xpired. hampeh tul. wat domain parking lak. dah tue, beza sebulan jer sebelum aku daftar dot net. hmm..sadis
Huhu. Dulu aku tunggu 2 tahun tau utk dptkan mohdimran.com
betul ke dia manage sendiri blog dia tu..?
Takde nya dia nak manage sendiri. Maybe dia bayar orang kot. Dulu, aku pun ada dapat offer dari ahli politik mana ntah. Cakap, nak bayar flat rate per month, RM4++. Dia cakap, dia antar artikel kat emel, nanti, aku tulis kat blog. Huhu. Duit senang beb. Tapi sib baik time tue takde tenet connection yang stabil.
aku percaya yang Tun hanya tahu menulis blog… bukan manage blog apa lagi template semua tu..
apa pun, aku wonder, siapakah yang diupah Tun untuk manage web tu.. orang yg baru kenal apa itu blog ke?
kepada chedet, sila call saye.. suh saya manage blog tu lagi ok dari mereka2 yang ada tu… mesti bayaran tinggi, kerja tido.. entah lah, mmg nampak ntah ape ape betul..
ape pon mmg memalukan bila blog Tun dah ade iklan2 la plak.. x cukup kaya lagi ke dia (kalau tun yg suh buat iklan tu)…
hampehs!! memalukan..
Khai,
Saya rasa kita patut rasa adil sikit pada Tun. Khai memang tak suka pada Tun ke? Dah jadi lumrah kalau kita tak seseorang, apa saja dia buat memang negatif lah pada Khai. Apa lagi kalau sekiranya Khai ahli atau pengikut parti pembangkang.
Pernah tak Khai rasa bahawa orang luar atau syarikat swasta lain yang ingin mengambil kesempatan terhadap blog chedet ini untuk mengiklan produk atau profil syarikat mereka. Ini sudah menjadi lumrah apabila mereka mengambil kesempatan ke atas hit yang tinggi kepada blog chedet tersebut.
Saya juga merasakan bahawa Khai mempunyai tanggapan bahawa Tun Dr M yang sudah tua itu bukan orang teknikal. You will be surprised if you know him personallly how technical he is than you can really imagine. Dia mungkin mempunyai orang untuk manage blognya dan saya rasa bukan itulah isu yang kita patut fokus. Yang kita patut fokus adalah idealogi dan fikiran itelektualnya yang bernas yang ingin dia sampaikan pada kita semua.
amanz , ade ym? .
YM aku: aman_firdaus
alah…
co.cc kan free…
wakakaka
gila mahal iklan dia…. aman, x nak review pasal blog tok mun yang calon bebas tuh ke ? ekeke…
dengar citer dapat kutip rm 160,000 … masyuk tuh ..
haha, kenapa dia tak nak beli hosting sendiri je ek?
pastu letak iklan pulak da..
aku sokong kalau khai yang buat kan design blog dia tu.. ahaha..
Wa…..ikut betol perkembangan die nie ek…mahal tol die nye iklan….xkan xcukup lagi aset n harta dia….Huhu…pelik2.
hehehe.. blog ayah aku lagi elok. huhuhu
Nape ‘manager’ blog dia x pakai wordpress? huhu wordpress kan legi best. N then theme wp pun mlambak kat tenet ni.. aku rasa la, ‘manager’ blog dia ni malas kot. nak design header jer. hehe..
lagi satu statement bodoh aku jumpa kat sini.
nak bezakan MovableType dgn WordPress.
bagai langit dgn bumi la.
pakai domain co.cc??
aku setiap malam mimpi nk beli domain .net tapi xde duit..
xkn tun xde duit kot..
maybe jimat pasal ekonomi kot. jangan sampai chedet.com expired sudah. memang aku rembat. hoho.
haha. akoo ada pesaing. cisdel btol.
~ sangat la buta it. co.cc tuh apa kebendanya? hehehehe….. dotcom lagik best kot nak sebut berbanding co.cc tuh. entah la, nih pendapat org yg buta it.
~
~ owhh btw, happy new year too…
~
pelik pelik seh
asal nak taruk iklan? aneh tol
hehe aku tak berapa pandai bab domain ni maklum la hosting free. Camner nak apply hosting dotcom amanz
ternyata dia tak menggunakan wordpress sebagai blog engine. sebab tuh laa kot, cam bro kate… susunan nampak cam kureng skit.
http://chedet.co.cc/wp-admin – result – The requested document was not found on this server. Web Server at chedet.co.cc
http://chedet.co.cc/chedetblog/wp-admin – result – The requested document was not found on this server. Web Server at chedet.co.cc
Tapi bile:- http://chedet.co.cc/ – result – You can do the following:
* Upload your Web site contents using FTP.
* Install Web applications on your site: an image gallery, a discussion forum, a blog, an online store, a chat, and many other applications.
* Create a Web site using Parallels Plesk Sitebuilder wizard, if this service is available from your hosting provider.
Login to Parallels Plesk Panel: https://chedet.co.cc:8443
Erm… aku tak berminat nak korek lebih lanjut… keh keh keh… suh laa webmaster die call aku segera.
Kreuger®
ternyata dia tak menggunakan wordpress sebagai blog engine. sebab tuh laa kot, cam bro kate… susunan nampak cam kureng skit.
chedet.co.cc/wp-admin – result – The requested document was not found on this server. Web Server at chedet.co.cc
chedet.co.cc/chedetblog/wp-admin – result – The requested document was not found on this server. Web Server at chedet.co.cc
Tapi bile:- chedet.co.cc/ – result – You can do the following:
* Upload your Web site contents using FTP.
* Install Web applications on your site: an image gallery, a discussion forum, a blog, an online store, a chat, and many other applications.
* Create a Web site using Parallels Plesk Sitebuilder wizard, if this service is available from your hosting provider.
Login to Parallels Plesk Panel: h t t p s : / / chedet.co.cc:8443
Erm… aku tak berminat nak korek lebih lanjut… keh keh keh… suh laa webmaster die call aku segera.
Kreuger®
wah..bahaya nie..kena selamatkan server aku dulu..haha
akoo upah ko singgit pegi betulkan belog chedet tuh. kasik berasap skit webmaster die. hehe!
aku amik 50 sen jer..
tapi chedet-nye pasal free, tapi aku nak dia letak kredit kat footer..
haha..
LOL guna .co.cc plak?
Takde budget nak beli domain plak? Pastu siap jual iklan la plak? Ke webmaster hampes nih?
webmaster dia yang hampes..haha
pelik… pelik. siapalah yang menjadi penasihat tun dalam pembikinan blog beliau!?
aku amatlah tak bersetuju malah blog beliau yang sedia popular tersebut boleh jadi gajah putih macam tu. atau pun ada orang lain yang ambil kesempatan (contohnya pembikin blg beliau!?)
bagi aku blog beliu biarlah simpale dan mengenai kriteria dia sebagai bekas pemimpin yang gah di zamannya!
aku pun tertanya2, apsal dia tukar ke .cc
Ada ura2 nk ban chedet.com ke??
rasanya takde kena ban pun..
google pr pun 5/10…
giler tinggi gak ar tuk blog 5 bulan..
cuma takut, nanti domain chedet.co.cc nie kena block, maybe anggap spam, cam yang berlaku kat blog blogspot dulu…
huhuhu…klu pakai .my mcm amanz lg best..aku pon ingat nak beli .my gak la…redirect .net aku ke .my ….uuu patriotik gitu..hihihi
beli jgn tak beli..hehe
chedet pun cari duit jugak erk
chedet guna cms MT kan?..sold out.period.
blog management chedet dari duluk cam tak teratur jerk.. bleh plak dulu gune subdomain test.chedet.com la ape la…tp yg penting kontent nye saje..~lalala
betol ker nie??
mhal gak kosnyer kan..
fuh..
kos nak tadbir tue memang tinggi, tapi aku rasa, bleh survive kot..
lagipun, amik pakej exabytes 300gb tue aku rasa dah bleh blah dah…
Tun tak kesah dg iklan tu ,korang susah wat pe!… biak pi Tun kasi chan kat depa buat komesial…… janji aku dapat baca blog Tun…
timakasih Tun….kim salam ngan Dr Hasmah….
pesara.
Tun,
saya bersyukur dapat baca blog Tun….gempak..
tu r..pelik betul.aku ase pakcik google pun marah jugak kot die gi tukar ke .co.cc tuh. elok2 chedet.com pastu gi tukar watpe.wat ilang kemesraan bersama en. google je.adui..
hope kalo chedet bace blog ni leh tukar balik la..
=)
che det tau cakap je …web master cari makan lebih tu…
Indon boikot Malaysia.
sebagai rakyat malaysia kita x leh biar ia terus berlaku…
layari ni.:
http://id-top.blogspot.com/
Assalamualaikum Tun. Saya terpanggil untuk menyuarakan rasa hati saya berkenaan dengan isu hangat masa kini iaitu pemansuhan PPSMI oleh pihak kerajaan. Banyak reaksi yang telah suarakan oleh pelbagai pihak termasuklah Tun sendiri. Sebagai rakyat Malaysia saya rasa sangat berbangga mempunyai pemimpin yang luarbiasa seperti Tun. Walaubagaimana pun dalam sesetengah perkara mungkin pendapat kita kadangkala berbeza. Pada pendapat saya keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI adalah wajar.Saya percaya kerajaan mempunyai alasan yang kukuh untuk berbuat demikian. Isunya adalah bahasa apa yang akan diguna untuk mengajar sains dan teknologi atau untuk capai kemajuan.Pada pandangan saya untuk tujuan tersebut kita boleh guna apa-apa bahasa termasuklah bahasa kebangsaan kita selagi bahasa itu masih boleh diterjemahkan. Pentingnya menguasai bahasa Inggeris tidak boleh dinafikan sebagaimana pentingnya penjajah dahulu menguasai bahasa Melayu untuk menjajah kita. Apakah kita tidak boleh berusaha bersama -sama mencapai kemajuan sains dan teknologi dengan bahasa kita sendiri.Kalau bukan kita siapa lagi yang akan berani mempertahankan kedaulatan bahasa jiwa bangsa kita. Ini adalah pendapat saya sebagai seorang insan yang sangat kerdil dibanding dengan Tun.
Dear Tun,
Actually it is very heavy for me to tell you my problem. But I have nobody to reveal my problems except you. I’m a government servant but I’m getting bankcrupt sooner or later. I’m surrounded by debt which I can’t afford to pay. My gaji now is only RM17.00 monthly.My husband is unemployed and I have 3 growing up chhildren . My husband now collecting old newspaper to be sold. I ‘m blacklisted by banks, owe along and pajak gadai members. Today 16 July 2009 is the sadest day of all. I don’t feel like going home today as I can’t get money to buy beras for my family, susu for my children. I went to AKPK yet they couldn’t help me. I sought for friends, nobody ever to help me as they believe I can’t afford to pay, my family they could not help me as they are also kais pagi makan pagi, Loan ? My deduction now is 73% already. Please suggest me some of your brilliant ideas on how to solve problems. Nak jual barang/harta nothing left except van buruk used to send my children to school.
ko org dlm blog ni..xmature,kutuk pandai..cakap lebih..semua nak rasa kaya,rasa mampu..slh kah org tukar sna cni? itu hak org la wei..hak Tun la tu nak tukar or pa,dia beduit tp sederhana..tak mcm ko org,asal da duit..menunjuk..kaya ke kamu?? cuba bagi pendapat,jgn mengutuk,baru nama nya kita ‘kaya’,'kaya’ dgn tutur bahasa yg sopan. Jgn anggap dri kamu pandai psl blog2 ni,kamu hebat sampai bole kutuk org.itu bkn membina,menjatuhkan.. berkongsi apa yg ada dlm otak kamu org itu,jgn pandai mengutuk sja.
Nth pe2 la..
Tun tak mcm tue la..
nape serbu ja..Biaq dapat jawapan dari Tun sendiri.
jangan dok meghapu ja..
ish..ish..dah jadi tabiat kut oghang2 kita zaman la ni suka melatah…
Ubahlah..
Tun..
Rasanya Dilema Melayu masa ada..dan akan ada sampai bila2..
Makin teruk lagi ada..
assalamualaikum Tun.apa khabar?semoga Tun dipanjangkan umor dan dianugerahkan kesihatan sihat sejahtera.terlebih dahulu saya ingin memohon ampun dan maaf jika pertanyaan saya ini akan menyinggung perasaan Tun.saya cuma ingin mengetahui apakah rahsia permakanan/minuman yang telah Tun amalkan selama ini?diharap pihak Tun dapat memberikan tips @ nasihat.Tun merupakan idola saya yang amat saya kagumi sejak kecil lagi,yang tidak akan pudar sehingga akhir hayat saya..wasalam,terima kasih.
dari Mohd Khairul Alamin Bustamam( cucu arwah Pak Mat Joe bekas RSM TD )
Kita tak perlu nak pertikai ape2 pun..Suka hati beliau la nak buat ape kan..beliau punya hak nak upah org design ke,manage ke, ape ke??yg kita nak tengok isi kandungan blog tersebut..yg sakit hati betul ni, nape??Tun banyak dh buat jasa kat korg sume, kat ngra kta ni..Ingat jasa org, kjgn sedap mulut je nak kutuk..Apa guna jd org timur klau budaya timur tu nak tukar dgn bdya brt..
apala lah ke bangang punya orang yang komen pasal blog tun, lantak diala duit dia bkn duit bapak kau, ckp macam pandai sngt, mcm hebat sangat dalam buat web, aku yang buat blog boleh untung puluh ribu sebulan pun tak belagak, yang memperkenalkan dan membawa penggunaan internet di malaysia adalah TUN, bknnya bapak kau…jadi sedarla la sikit, bak pepatah BODOH TAK BOLEH DI AJAR PANDAI TAK BOLEH DIIKUT…
tun, saya rasa bertambah bangga selepas tengok sejarah tun dan sumbangan tun pada negara di channel 555, astro history.
Bila bercakap pasal apa yang bangsa sendiri buat akan dikaitkan dengan persepsi negatif. tapi bila bangsa lain buat, itu kemajuan dan kreativiti. Salah satu penyalahgunaan internet ialah ia menebalkan dan menyuburkan kelakuan buruk dan biadap sesetengah manusia yang hanya pandai baling batu sembunyi tangan. Saya pernah bekerja selama 7 tahun didalam syarikat bangsa asing yang kehadiran Melayu hanyalah semata-mata keperluan kuota 30% yang disyaratkan oleh kerajaan yang prihatin tentang nasib orang-orang melayu. Tetapi macam yang saya katakan tadi bila didakan perjumpaan untuk membincangkan tentang satu2 langkah yang menekan dan berbau diskriminasi, kebanyakanya hanya diam dan melopong. tapi bila dah habis meeting, suara-suara lantang yang bercakap tentang ketidakadilan dan ketidakpuashatian bergema macam bunyi kereta F1.
inilah yang saya katakan tadi, bercakap bijak dan berani bila dibelakang, tapi bacul bila diajak berbincang. it’s all about attitude and selfconfidence. Sama ada yang diperkatakan terbit dari sifat ingin memperbaiki antara satu sama lain atau terbit dari sifat dengki dan rasa diri macam bagus..paham?
What ever pun, I stood firmly behind you Tun in whatever you do. Malaysia Boleh!!!
Tahun 2011 MAKA genaplah 500 tahun MELAYU terjajah….Jenis sambutan yang macam mana bakal di sambut oleh orang-orang Melayu…..TAPI PERCAYALAH Dengan Islamlah bangsa melayu itu bertemadun dan pernah melalui zaman kegemilangan pemerintahan kesultanan melayu, JIKA MAHU MELAYU ITU KUAT & HEBAT maka kuatkan islam terlebih dulu…
Salam YAB Tun, semoga Allah senantiasa mencucuri rahmat dan panjang umur serta sihat selalu.
Disini ingin saya mencurah rasa hati comen saya tentang acara “Le Tour D Langkawi 2010″yg berlangsung sekarang dimana keseluruhannya ianya sangat lemah dari segala persediaan. Seperti teamnya yang dipilih tahun ini 3rd class team, Malaysia team boleh dahului catagori International line sepatutnya ianya di catagori dalam Asian Team. Ini akan menimbulkan gelak ketawa dan betapa terlakarnya dimata dunia amnya. Saya selalu mengikuti perkembangan LTDL setiap tahun. Saya rasa dah 4 tahun berturut turut ianya memberi kesan yang impak dimana keseluruhan acara ini teramat lemah dari segi permilihan Team, tidak ada pre periklanan atau pre-announcement di media media, penganjurnya ala ala batuk ditangga saja nak buat tak buat pun tidak apa style, macam terpaksa diadakan acara setiap tahun nak pehabiskan duit Kerajaan saja, dan orang yang berkenaan yang bertanggungjawab cuba menjayakan event ini cuma nak dapat nama dan kuasa kononnya aku yang buat INTERNATIONAL EVENT tapi hampess macam standard Jelajah Malaysia. Tidak seperti tahun tahun sudah ia sangat membanggakan sehingga disebut sebut orang keseluruh dunia……….