10Jan

Blogtitude Kembali Beroperasi Semula

Web 2.0

Sekiranya anda mengikuti perkembangan internet dan web tanah-air, mungkin anda sudah mengetahui mengenai Blogtitude yang mana dahulunya dibangunkan oleh Happy People Media. Setelah offline buat beberapa ketika, kini ianya muncul kembali dengan beberapa perkara yang diperbaharui, dan kini ianya dibangunkan oleh DataKluster.

HappyPeopleMedia dan DataKluster
Logo HappyPeopleMedia dan juga Logo DataKluster

Sebenarnya, orang-orang dibelakang Happy People Media dan juga DataKluster adalah orang yang sama sama. Cuma, mulai tahun ini, mereka telah memecahkannya kepada dua divisyen, iaitu satu untuk rangkaian blog dan satu lagi khas untuk pembangunan aplikasi web.

Kembali kepada kisah Blogtitude, ianya merupakan sebuah web aggregator. Ia menyenaraikan catatan-catatan (feeds) yang terkini dan menarik dari blog-blog yang berdaftar dengannya. Selain itu, ianya juga menyediakan pilihan untuk berkongsi artikel bersama rakan-rakan yang lain, mengundinya naik, atau memadam artikel tersebut. Walaubagaimanapun, fungsi-fungsi ini masih dalam percubaan, dan tidak boleh digunakan lagi.

Blogtitude
Antaramuka Laman Blogtitude

Blogtitude yang pernah mencecah versi 2.0 pada suatu ketika dahulu, kini dimulakan kembali. Kini ianya berada dalam versi delta, yang mana bermaksud masih dalam pembangunan. Beberapa fungsi dan perkara yang masih dalam pembangunan disenaraikan disebelah tepi laman web tersebut, yang mana antaranya adalah seperti:

  • Merekabentuk semula logo Blogtitude.
  • Menyediakan fungsi carian, sekaligus menjadi enjin carian blog-blog tempatan.
  • Mengintegrasikan kawasan ahli bersama dengan Facebook Connect.
  • …dan pelbagai perkara lagi.

  • Twitter Bakal Mengenakan Caj Untuk Akaun Syarikat?
    Blogtitude Bakal Kembali April Ini
    FourSquare 3.0 Bakal Dilancarkan
    Maybank2U Memperkenalkan Lapisan Sekuriti Yang Baru
    Mozilla Melancarkan Permainan Berasaskan HTML5 - BrowserQuest

    10 Komen

    1. megat pada 10 Jan 2009

      lama tak menjenguk kesana huhu. masih menunggu aplikasi yang mantap dari warga tempatan.

    2. Fahmishah pada 10 Jan 2009

      Yeah! Ciptaan blogger untuk blogger!

    3. affuan pada 10 Jan 2009

      kena tukar jadik happy feet media. :)

    4. en_me pada 10 Jan 2009

      tak pernah dengar one uoolssss.. uhuhu

    5. zaki blogjer pada 10 Jan 2009

      aku rasa aku penah try nk register dulu, tp tak approve kot

      • aMaNz pada 10 Jan 2009

        nanti dia bukak balik kot registration…huhu

      • azraai pada 10 Jan 2009

        user bleh register untuk recommend site. tapi lebih baik pastikan site visible sbb version baru ada crawler untuk check links.

    6. khai pada 11 Jan 2009

      apa dah jadi dengan web yg dulu… ingatkan dah berkubur.. syukur ada balik..

    7. awqi_zar pada 11 Jan 2009

      OoH..dlu ak de try nk daftar..tp xdpt plak..harap2 yg nie ble..dan harap2 blogtitude nie tak aggregate blog2 sampah dan spammer..

      • khai pada 11 Jan 2009

        itulah.. x perlu “kerek” sangat.. nasib blog aku diterima masa tu.. kalau tak, aku suruh israel bom depa.. ahahaha


    Tinggalkan Komen Anda






    Amanz Media Social Reader