• Blogtitude Memperkenalkan Rekabentuk Baru

    Setelah kembali beroperasi semula selepas lama tidak dibangunkan, kini Blogtitude memperkenalkan rekabentuk dan logo yang baru. Selain itu, kini mereka juga menggunakan slogan yang baru, iaitu Broadcasting Fresh Contents! berbanding dengan sebelumnya, We Serve Fresh Contents.

    Blogtitude
    Rekabentuk Blogtitude Yang Baharu

    Logo baru nampak lebih menarik berbanding sebelumnya, dengan penggunaan ikon RSS memperlihatkan fungsinya sebagai web aggregator. Selain itu penggunaan font Georgia sebagai font utama bagi laman Blogtitude kelihatan lebih menarik berbanding sebelumnya. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian, seperti pautan-pautan yang tidak berfungsi dan juga ruangan tepi yang kelihatan kosong.

    Selain itu, fungsi kategori yang disediakan sebelum ini (walaupun tidak boleh digunakan) telah pun dibuang dalam rekabentuk yang terbaru ini. Para pengguna mungkin lebih berminat untuk membaca mengikut kategori yang diminati mereka, berbanding dengan hanya entri-entri berkaitan dengan hiburan dan politik sahaja.

    Blogtitude merupakan salah satu aplikasi berasaskan web yang mana dibangunkan oleh anak-anak tempatan yang mana dahulunya bernaung dibawah nama Happy People Media (kini DataKluster). Ianya lebih kepada web aggregator, yang mana menyenaraikan catatan (feeds) daripada beberapa blog-blog menarik tempatan.

10 Komen

  1. KampungBoy on 29 Jan 2009

    First time dengar nie, per yang beza wordpressd dengan blogtitude nie. Betol ke solan aq nie…???Huhuh

    • aMaNz on 29 Jan 2009

      yang Blogtitude nie adalah web aggregator, dia cam kumpul posting dari beberapa web dan blog lain, dan memperlihatkan summary feeds dia, so biler orang klik, die terus redirect kat web asal.

  2. khai on 29 Jan 2009

    kampungboy, ape kene mengena wordpress ngan blogtitude plak? huhuhu…

    hurm,satu je la nak komen.. tak bape nak user friendly.. sbb aku nak register pun tak tahu kat mana… aku yg buta atau diorang yg x open pada public lagi…?

  3. Aizat on 29 Jan 2009

    blogtitude? pernah dengar tapi aku macam tak leh nak daftar je..
    bukan untuk rakyat kebanyakan ke ..

  4. catzer on 30 Jan 2009

    kesian blogtitude telah dilupakan oleh korang2 sume..dulu site ni lah mantap before hilang sekejap..

  5. SilentAnarm on 30 Jan 2009

    macam tak best je lepas baca komen korang.. tp produk anak2 tempatan.. kena support ni..

  6. Joe on 31 Jan 2009

    dia xbuat open registration lg kot.. dulu pernah gna blogtitude nk dapatkan trafik dari Malaysia pastu tiba2 down. Selamat kembali blogtitude

  7. Bat on 31 Jan 2009

    Tenkiu Aman untuk entri ni.

    Sila rujuk Roadmap blogtitude untuk melihat progress pembangunan.

    Terima kasih juga kepada semua yang masih menyokong blogtitude. Hup!

  8. hydir on 01 Feb 2009

    hmm…web agregator…
    bagus tu … kalau dia ada twitter lagi baik…
    senang org nak tahu perkembangan dia… byk sgt feeds …


Trackbacks/Pingbacks

  1. Asean e-Media Startups Competition - USD10,000 wait the winners | Blogjer - Technology at a glance

Tinggalkan Komen Anda