23Jan

Facebook Kini Merupakan Laman Sosial Terbesar

Web 2.0

MySpace yang dahulunya memegang takhta sebagai laman sosial nombor satu didunia, kini bukan lagi. Kini, takhta tersebut dipegang oleh Facebook yang mana mempunyai lebih 100 juta pengguna berbanding dengan MySpace. Walaubagaimanapaun, MySpace masih menjadi raja laman sosial di US.

Facebook Vs MySpace
Perbandingan Pengunjung Unik MySpace dan Facebook [via]

Jikalau dibandingkan dengan data page-view, Facebook mempunyai lebih kurang 80 billion sebulan berbanding dengan MySpace yang hanya mempunyai lebih kurang 43 billion sebulan. Beberapa penanda menunjukkan bahawa tahun ini bakal menjadi tahun terakhir untuk MySpace menjadi raja laman sosial di US sebelum dipintas oleh Facebook menjelang tahun hadapan.

Via : TechCrunch


Facebook Kini Laman Perkongsian Video Ke-3 Terbesar
GengFotografi.com Bakal Di Tamatkan?
Aplikasi Mudah-Alih EightBit.Me Kini Dalam Pembangunan
Qwest Membolehkan Soal-Jawab Berkaitan Lokasi Lebih Interaktif
PayPal Dan CyberSecurity Malaysia Mempromosikan Bulan Disember Sebagai Bulan Untuk Pembelian Atas-Ta...

20 Komen

  1. ash miyuu pada 24 Jan 2009

    facebook ader byk aplikasi n yg nie formal punye laman sosial..
    sbb ciri2 nie facebook meningkat naik..
    btol tak??ash sendiri tertarik ngan aplikasi2 dier..

  2. Faiz pada 24 Jan 2009

    tp rakyat msia lebih menggemari friendster..

    idup fs!!

  3. megat pada 24 Jan 2009

    facebook lbh kelihatan menarik dr myspace dan friendster! aku sendiri dah x lyn myspace dan friendster.

  4. hydir pada 25 Jan 2009

    walaupun saya x minat gunakan laman sosial ni… tp pemerhatian saya dapati bahawa Facebook lebih dinamik dari segi “design dan penggunaan” yang menyebabkan myspace dan Friendster ketinggalan sedikit ..

    Anyway … bila org Malaysia nak buat sosial web camni… err… kitakan ada MSC .. xde ke yg pakar2 nak buat?

  5. khai pada 25 Jan 2009

    aku suka katakan mereka myspace dan frenster, hanya ntuk budak-budak jer… hahaha..

    sejak ada facebook, nyata maspes dan penster nampak sangat ketinggalan zaman…

    serabut. ~

  6. loque pada 25 Jan 2009

    yup!
    facebook is the best!

  7. Mustaffa pada 26 Jan 2009

    FS tetap di hati

  8. saffa pada 26 Jan 2009

    FS tersangatlah agak kuno. then myspace.
    Tapi aplikasi FS sangat senang digunakan.. Maksud saffa dia simple..
    Facebook oulak memang memeningkan. Banyak sangat. Tapi bila dah biasa.. facebook memang best! Myspace feymes sebab komen-komen gambar…
    Lastly!
    HIDUP BLOG! hahaha

  9. appleblogger pada 26 Jan 2009

    hehe. facebook memang best banding FS ngan myspace..

  10. myadlan pada 26 Jan 2009

    walaupun friendster agak klasik, tapi kat situ la saya dibesarkan.. haha

    facebook best tapi tak best mcm frenster.. hahaha

    facebook takde blog!

  11. pakndak pada 26 Jan 2009

    facebook, frenster, myspace semua tak best. YM lagi best, hehe

  12. lydiarayyan pada 26 Jan 2009

    facebook macam kelam kabut..banyak sgt benda2nye….komplicated….frenster…tenang sket..simple jer…

  13. HIHIHI
    aku still active FACEBOOK n FS je

    MS dh lame gile
    didelete

  14. mrahfa pada 27 Jan 2009

    hmm, kesian sama friendster. walaupun dia lebih dulu dari ms (beta sejak 2000 – boom at 2002), dia dah jauh ketinggalan semenjak founder dia tinggalkan fs tahun 2005.

    Scalability perlu dititik-beratkan bagi kawan-kawan kat Malaysia yang sedang bereksperimentasi dgn social network (Joomla, SE, Buddypress, dll)

    Sokong Movie kita, Lagu kita, Produk kita. Kita Malaysia.

  15. harun pada 04 Feb 2009

    no comment

  16. kak yati pada 16 Jun 2009

    baru nak belajar..tupun adik yg tolong buatkan..kononya nak jual kueh tapi tak tau lak camne nak updatekan..

  17. aliyah el pada 09 Jan 2010

    tahu tak korang semua facebook tu kepunyaan bangsa yahudi? secara kasarnya memang kita tak bayar sesen pun untuk join facebook, tapi kita telah menaikkan rating lam web tersebut. .. bila dah popular, biasalah, boleh buat bisness untuk pengiklanan. ermmm/. bak kata Nabil raja lawak. “lu PIKIR la sediri ‘!

  18. naqib pada 16 Jan 2010

    bila org malaysia nk buat laman sosial sendiri…….

    asyik 2 jadi pguna produk org je……..

  19. facebook pada 19 Feb 2010

    asenye facebook plg mnrik antara sume,wlaupun aku sndri xde benda 2..

  20. add pada 03 Apr 2010

    malaysia pun banyak laman sosial sendiri tapi sebab buatnye ala kadar maka penggunanya pun kurang la…


Tinggalkan Komen Anda