10Jan

F.E.A.R 2 Demo PC Bakal Keluar Bulan Ini

e-Permainan

Sekiranya anda pernah bermain permainan F.E.A.R, tentunya anda tidak sabar menunggu sekuelnya yang mana dijangka akan dikeluarkan pada bulan Februari ini dengan tajuk F.E.A.R 2 – Project Origin. Menariknya, pihak Warner Bros dijangka akan mengeluarkan FEAR 2 versi demo untuk PC dalam bulan Januari ini. Demo untuk PS3 juga dijangka akan dikeluarkan pada pertengahan bulan ini.

F.E.A.R
Antaramuka Permainan F.E.A.R – First Encounter Assault Recon [via]

F.E.A.R. 2: Project Origin merupakan antara permainan yang ditunggu-tunggu untuk tahun 2009 ini, dimana bentuk permainannya adalah FPS, sama seperti permainan Counter-Strike. Selain itu, faktor kejutan dan seram pada permainan FEAR ini amat menarik minat para pemainnya.

F.E.A.R. 2: Project Origin dibangunkan oleh Monolith Productions Inc dan dipasarkan oleh Warner Bros. Ianya kelak boleh dimainkan di platform Xbox 360, PS3, dan juga PC dengan Microsoft Windows. Ianya dijangka akan menemui para pengguna di US pada 10 Februari, dan Eropah pada 13 Februari. Masih tiada sebarang berita berkaitan tarikh pelancarannya di Malaysia.


Angry Birds Versi Facebook Hanya Akan Dilancarkan Pada Bulan Mei?
Video Trailer Pertama Max Payne 3 Diperlihatkan Oleh Rockstar
Appxplore Bakal Melancarakan Permainan Mudah-Alih Pertama – Lightopus
Aku Jimat - Aplikasi Permainan Interaktif Dengan Matlamat Untuk Membeli Cincin Berlian
Golden Guli Membawakan Permainan Tradisional Malaysia Ke Platform iOS

6 Komen

  1. MK pada 10 Jan 2009

    Hari tu aku nampak F.E.A.R (yang lama) kat MPH dalam RM40, ok gak.

    Tapi kalau game baru, mau ratus-ratus gak kot.

  2. zool pada 11 Jan 2009

    Alamak citer pasal game la plak..
    Tak mampu nak komen,

    • aMaNz pada 11 Jan 2009

      Haha, sekali-sekala kena relaks gak… :D

  3. azwan pada 11 Jan 2009

    aku x habis lagi dengan Crysis, ni pun macam menarik. kena fikir gak nak ambil atau tidak … ye lah, masa bukan nya byk macam time study dulu.

  4. spatt pada 12 Jan 2009

    adeh…fear pun aku x abis main lagi…haha

  5. rin pada 02 Apr 2010

    fear????????? alamak. hebat gilerrrrr


Tinggalkan Komen Anda