13Jan

Aplikasi Sempena Filem Geng Dari Flavert Media

Perisian

Pembangun aplikasi berasaskan Flash, Flavert Media Lab telah pun mengeluarkan wallpaper dan screensaver khas untuk telefon bimbit sempena dengan tayangan khas filem animasi 3D Malaysia pertama, Geng The Movie. Aplikasi tersebut terbahagi kepada tiga, iaitu countdown untuk tarikh tayangan Geng The Movie, sinopsis filem, dan juga watak dan perwatakkan dalam filem 3D tersebut. Kesemuanya ini dimainkan secara rawak pada telefon bimbit anda.

Geng The Movie Mobile ScreenSaver
Antaramuka dan Rekabentuk ScreenSaver Mudah-Alih Geng The Movie [via]

Dua jenis mode berbeza dikeluarkan, iaitu WallPaper dan ScreenSaver. Sekiranya telefon bimbit anda tersenarai dalam senarai telefon bimbit yang disokong oleh aplikasi ini, maka anda boleh memuat-turunnya dan mencubanya.

Sebelum ini, Flavert Media Lab pernah membangunkan aplikasi majalah mudah alih untuk telefon bimbit, dan juga al-Quran untuk PSP. Flavert Media Lab juga pernah bekerjasama bersama beberapa syarikat terkemuka, disamping menyertai BarCamMalaysia pada tahun lepas. Ianya dimulakan oleh tiga anak muda yang amat meminati Flash. Mungkin pada masa depan, lag banyak aplikasi menarik berasaskan Flash yang bakal dibangunkan oleh tiga anak muda ini.

Kredit : InfoMalaya


Office 15 Mencapai Fasa Milestone 2?
RIM Mengumumkan BlackBerry OS 7
#Tips : Kawal Penggunaan Bandwith Oleh Anda Dengan Mudah Pada Desktop
Pelayar Web Chrome Plus Kini Dikenali Sebagai CoolNovo
Aplikasi MyLeave Membantu Anda Merekodkan Cuti Tahunan Anda

10 Komen

  1. megat pada 13 Jan 2009

    bangga dengan pencapaian anak-anak muda seperti tersebut. aku harap makin ramai yang bakal membangunkan perisian negara.

  2. Fahmishah pada 13 Jan 2009

    Sudah bagus! Flavert Media memang ada potensi.

  3. khai pada 13 Jan 2009

    go go flavert!

    tapi pergh! n73 tak tersenarai.. bapak sedih gwe gini…

    tapi aku rasa perlu ke sampai nak masuk dalam handphone.. gi website dia sudey… ok la nak kasi anak-anak/adik-adik happy nengok/baca dalam henpon..

  4. tekong pada 14 Jan 2009

    Assalamualaikum semua. Saya Ikhwan Nazri, Programmer aplikasi tersebut :D

    Thanks amanz for promoting walaupun henpon ko tak support. Actually, takpe.. dlm seminggu lagi akan ada lagi satu Insya-Allah kalau ada freetime.

    megat – :”> Insya-Allah kita banyak programmer berbakat, cume terperosok je. Tengok abdusfauzi yg menang international tu

    Fahmishah – Thx kipas-susah-mati :D

    Khai – mobile is the next world. Semua mende nak mengecil. This is one promotional tools

    • aMaNz pada 14 Jan 2009

      haha..
      nanti kuarkan tuk 3100 yerk…hehe

  5. topo pada 14 Jan 2009

    hohoho ganas gak si tekong ni rupanya…
    p/s: hohohoh GENG the movie memeng superb!!!!! hohohoho

    • aMaNz pada 14 Jan 2009

      siot..ko dah tgk movie dia..hampeh tul..

  6. affuan pada 14 Jan 2009

    aku terbaca flEshligh. ah, sudahhh.. :p

  7. kuchiki rukia pada 27 Feb 2009

    Geng the movie mmg best!!!
    walaupun aku x dpt wallpaper dia sbb henset aku x trsenarai
    tp aku ada sticker banner,note book GENG the movie!!!
    itu lg best!!!

  8. ieda pada 09 Mar 2009

    hy… gud topik yang dibincangkan.. cumer nak tanyer korang tahu informayion pasal permainan 3d pada telefon tak? coz i kena wat assingment, nak tahu macam mana permainan tersebut dibangunkan dan penerimaannya di malaysia. saper2 yg tahu tu tlg la erk bagi info… nak submit sabtu ni arr….
    tq


Tinggalkan Komen Anda