-
Fungsi Menarik Yang Bakal Di Perkenalkan Pada GMail
Google mungkin sedang menutup beberapa servis mereka, tetapi mereka tetap membangunkan aplikasi emel mereka supaya menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh para pengguna. Terbaru, CNet dapat menemubual pengurus produk GMail dan ketahui beberapa ciri-ciri yang bakal diperkenalkan melalui GMail tidak lama lagi.

Paparan Antaramuka GMail [via]Yang pertamanya, dikatakan bahawa Google sedang dalam perancangan untuk meningkatkan saiz fail yang boleh dihantar kepada lebih daripada 20Mb. Mungkin ini yang dikatakan sebagai GDrive oleh ramai orang.
Selain daripada itu, Google juga dalam perancangan untuk membolehkan video chat dengan resolusi yang lebih tinggi iaitu 640×480. Google telah memperkenalkan fungsi video chat pada GMail pada awal November 2008 yang lalu.
Selain itu, Google juga dalam perancangan untuk membolehkan para pengguna merekabentuk tema GMail sama seperti yang dilakukan pada iGoogle baru-baru ini. Dengan fungsi-fungsi menarik seperti ini yang bakal diperkenalkan, perlukah lagi emel daripada MySpace?
10 Komen
email dari myspace tu, kita tunggu apa pulak yang lainnya..
Google memang kool. Aku prefer lebih dari Yahoo
yeah
google memang cool
Besar jugak kalau nak isi lebih daripada 20 GB. Aku yang amateur nih x tau camner nak maksimumkan Gmail. Hmmmm..
sememangnya google the best…
gmail mmg laju,cuma aku mmg terpikat dengan yahoo..ha3x…
aku suke Google.. Google bagus.. tp buat masa sekarang ni aku lebih suke pkai email Yahoo!.. Mungkin lepas2 ni aku tukar ke Gmail pulak.. yg mana bagus, yg tu la aku pilih.. Kualiti tu penting beb.. hehe
Yaya….Google is best among the best…
hm.. aku guna gmail & yahoo
aku fwd setiap email yg masuk ke gmail ke akaun yahoo sbg backup. hehe..
antara web-based email aku yg pertama ialah hotmail & rocketmail.. err.. ada kaitan ke dgn post ni??