31Jan

Fungsi Tab Baru Chrome Untuk Mozilla Firefox

Google, Perisian

Sekiranya anda pernah menggunakan Google Chrome dan meminati fungsi tab baru, kini anda boleh mendapatkan fungsi yang sama pada Mozilla Firefox juga. Melalui Google Toolbar 5 untuk Firefox, Google membawakan fungsi tab baru yang mana memperlihatkan halaman yang sering dikunjungi, bookmark, dan tab yang baru ditutup.

Google Toolbar 5 Untuk Firefox
Fungsi New Tab Untuk Firefox [via]

Fungsi tab baru untuk Firefox kelihatan lebih menarik berbanding Google Chrome kerana anda juga boleh mengubah thumbnail yang kelihatan pada tab baru yang dibuka. Anda juga boleh mengubah kembali tetapan supaya ianya memperlihatkan halaman kosong ataupun laman web kegemaran anda dengan mengubah di bahagian tetapan Toolbar untuk Firefox.

Selain itu, kini Google Toolbar 5 untuk Firefox turut menyokong bahasa Arab, iaitu sokongan tulisan dari kanan ke kiri.


Blogger in Draft Memperkenalkan Fungsi Baru
Export Wave Anda Dengan Mudah Dari Google Wave
Google Memperkenalkan Google Wallet
Pandang Pertama Dan Ulasan Aplikasi Google Currents
Kini Anda Boleh Mengawal WD TV Menggunakan Peranti iOS

3 Komen

  1. Gadis Lonely? pada 31 Jan 2009

    aku lemah betul la nak tambah lagi toolbar… bila pakai notebook, ni pun dah cukup kecik..

    kalau nak fungsi tab je tanpa perlu pasang toolbar google, x leh ke?

  2. Faiz pada 31 Jan 2009

    best,banyak bugs aje..

  3. hydir pada 01 Feb 2009

    huh.. baik terus pakai google chrome…
    kan senang …

    tgh tunggu firefox terbaru yg kata amat pantas tu… :)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader