21Jan

GDrive Menghampiri Kenyataan

Google

Setelah sekian lama, berita mengenai Google Drive ataupun GDrive mula kedengaran kembali. Walaupun terdapat beberapa syarikat lain yang menawarkan ruangan simpanan dalam talian, namun GDrive dijangka bakal membawa perubahan yang amat besar. Dan menariknya, terdapat beberapa khabar angin mengatakan yang GDrive berkemungkinan besar bakal muncul tahun ini.

GDrive - WWW10
Halaman www10 Pada Google Apps.

Beberapa petunjuk ditunjukkan sebelum ini, seperti pilihan halaman log masuk www10 yang dikenal pasti pada tahun 2007. Terbaru, melalui Picasa untuk Mac yang diperkenalkan baru-baru ini, para pengguna Mac dapat melihat pilihan untuk Google Web Drive apabila klik kanan pada folder. Domain seperti GoogleWebDrive.com juga telah sedia didaftar oleh pihak Google dan ditujukan kepada nameserver mereka.

GDrive - Klik Kanan Mac
Pilihan Google Web Drive Melalui Klik Kanan Pada Mac [via]

Berkemungkinan besar, ianya bakal diintegrasikan bersama servis-servis Google yang lain seperti Google Docs, Picasa dan GMail serta beberapa servis Google yang lain. Sebelum ini GMail dikatakan bakal menaik-taraf fail attachment kepada saiz yang lebih besar daripada 20Mb, dan peningkatan ruangan GMail yang sentiasa naik amat diminati para pengguna.


Google Mempromosi Chrome Dan Firefox Melalui GMail
Penantian Google Wave Bakal Berakhir
Larry Page Mengutamakan Inovasi Dan Ingin Mengurangkan Birokrasi Pada Google
Google Dan Tourism Malaysia Ingin Ketahui Lokasi Pertama Street View Malaysia Yang Diinginkan
Street View Bakal Memulakan Pengambaran Di Malaysia Tidak Lama Lagi

8 Komen

  1. blowie pada 21 Jan 2009

    Gdrive?? hurm…
    agak berguna kea mende nih?

  2. SilentAnarm pada 21 Jan 2009

    Gdrive ni online storage kn? mesti power..

  3. megat pada 21 Jan 2009

    aku harap dpt lihat sesuatu yg baru dan lbh fleksibel.

  4. Azman Ishak pada 21 Jan 2009

    bro… mende ni free macam google services lain ker?
    so setiap pengguna dapat berapa kapacity?

    yang 20mb tuh untuk saiz email ker???

    • aMaNz pada 21 Jan 2009

      yup, nanti semua orang dapat gune. tapi kena tunggu launch die ar. hehe.

      yang 20mb tue attachment saiz tuk emel. kira cam saiz maksimum satu emel ar. tapi yang 20mb tue saiz skrang. tak lama lagi dia nak upgrade. maybe 50mb kot.

  5. haritz pada 21 Jan 2009

    Harap2 bagus ler benda ni

  6. awqi_zar pada 21 Jan 2009

    OoH..bguz..mgkin gdrive nie bkal m’jadi pendrive b’grak ku..hehe..mmm..nie mgkin lngkah2 ke arah cloud computing bg google..

  7. dewazildjian pada 25 Jan 2009

    bagaimana memaksimalkan fungsinya?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader