09Jan

Google Chrome 2.0 Dalam Pembangunan

Google

Google Chrome 2.0.156.1 membawa pelbagai perubahan dan memperkenalkan beberapa fungsi-fungsi baru untuk para penggunanya. Google Chrome 2.0 ini menggunakan WebKit versi baru, lebih baru daripada yang digunakan oleh Safari 3.1.

Chrome 2.0
Tetingkap About Pada Google Chrome 2.0

chrome_profail
Fungsi Profail Pada Chrome 2.0

Antara perkara baru yang diperkenalkan melalui Google Chrome 2.0 adalah seperti:

  • Form Autocomplete. Chrome akan mengingati semua perkara yang anda taip pada sesuatu laman web. Anda boleh menutup fungsi ini pada Minor Tweak dibawah Options.
  • Zoom. Chroem 2.0 juga membawa fungsi zoom yang diperbaiki daripada sebelumnya, dimana kini kesemua perkara di zoom serentak supaya laman web tersebut tidak kelihatan janggal dan pelik.
  • Autoscrool. Kini anda boleh aktifkan fungsi autoscroll dengan klik butang tengah pada tetikus anda.
  • SafeBrowsing. Fungsi ini diperbaiki dan lebih pantas daripada sebelumnya.
  • Enjin Javascript V8 yang telah dinaik taraf kepada 0.4.6.0
  • Penggunaan Profail. Kini anda boleh menggunakan profail berlainan, dengan bookmark, history dan cookies yang berlainan pada komputer yang sama.
  • Untuk mula mencubanya, anda hendaklah melanggan kepada saluran pembangun Chrome. Google Chrome 2.0 masih dalam pembangunan dan mungkin terdapat beberapa kecacatan.


    Uruskan Akaun Google Anda Melalui Google Dashboard
    Firefox 4.0 Pada Bulan November 2010
    Aplikasi Dolphin Browser Kini Turut Ditawarkan Untuk Para Pengguna iOS
    Firefox 10 Bakal Membawakan Fungsi Kemaskini Automatik Umpama Chrome
    Google Currents Diperkenalkan Untuk Platform Android Dan Juga iOS

    6 Komen

    1. khai pada 10 Jan 2009

      bila mau boleh sumbat add-on mcm firefox? tu je sbb kenapa aku masih setia dgn firefox ni. hurmm…..

      • aMaNz pada 10 Jan 2009

        dah dalam pembangunan dah, tunggu masa jer..huhu

    2. xero pada 10 Jan 2009

      aku dah try & tgh gune chrome 2.0 nih.. stakat nih takde perbezaan besar pun.. hanya ciri2 baru yg ditulis kat atas tuh je yg nampak.. harap dpt dipertingkatkan lagi pada versi stabil nanti.. chrome adalah default browser aku.. hehe..

    3. Junaidix pada 10 Jan 2009

      berapa punya laju dia naik jadi 2.0. huhu..

      • aMaNz pada 10 Jan 2009

        haha….
        kalo yang user biasa nyer, dia baru versi 1.xx, tapi nie developer version, tue yang laju tue..hehe

    4. sootspirit pada 11 Jan 2009

      interface dia best. simple n minimal
      cuma takde addon jek :P
      dan aku notice klu load pages2 dr gugel,
      dia lebih laju
      dah nama pon product gugel kn :P


    Tinggalkan Komen Anda