30Jan

Google Chrome Kini Menyokong Hotmail

Google, Sumber Terbuka

Sekiranya sebelum ini, para pengguna Google Chrome sering menghadapi masalah sekiranya ingin menggunakan Hotmail ataupun menghantar emel melalui Yahoo! Mail, kini anda tidak perlu risau lagi. Melalui Chrome 1.0.154.46, Google menyelesaikan masalah ini, dan memperkemaskini pelayar web mereka.

Google Chrome
Google Chrome

Sebelum ini, para pengguna Chrome tidak dapat melayari laman Hotmail mahupun melihat emel mereka, kerana sistem Hotmail yang tidak dapat mengenal pasti pelayar web yang digunakan oleh para pengguna. Untuk mengatasi perkara ini, Chrome kini memperkenalkan dirinya sebagai pelayar web Safari apabila pengguna melayari laman mail.live.com.

Selain daripada itu, dua masalah sekuriti juga diselesaikan melalui kemaskini terkini ini. Untuk mengemaskini Google Chrome anda, anda hanya perlu klik pada About, dan ianya akan memberitahu sekiranya terdapat sebarang kemaskini.


Google Menjadikan Akaun Anda Lebih Selamat
Google Memudahkan Perancangan Perkahwinan
Laman 1Malaysia.com Digodam Lagi
#Tips : Uruskan Dan Akses Aplikasi Chrome Dengan Pantas Melalui LaunchBoard
Project Glass Daripada Google Membawakan Kaca Mata Pintar Dengan Sokongan AR

1 Komen

  1. adib. pada 30 Jan 2009

    aku ada jugak skali hntar problem nih kat depa..masa mula2 beta tu..byk jgk web yg jd masalah..hehe..kira aku pon leh tumpang manafaat laa nih..huhus


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader