28Jan

Google Memperkenalkan GMail Offline

Google

Emel berasaskan web amat menarik dan mudah digunakan, namun kadangkala kita tidak dapat membaca emel-emel penting tanpa sambungan internet. Untuk mengatasi perkara ini, hari ini Google memperkenalkan GMail Offline dengan bantuan Google Gears.

Melaluinya, anda boleh membuka pelayar web anda dan pergi ke GMail.com walaupun tanpa sebarang sambungan internet, dengan bantuan Google Gears. Untuk membolehkannya, anda perlulah sedia mempunyai Google Gears, dan mengaktifkan fungsi GMail Offline melalui tab settings. Sekiranya ketika anda melayari laman web, dan tiba-tiba sambungan internet anda putus, GMail akan serta merta berubah kepada GMail Offline, membolehkan anda membuat perkara-perkara biasa yang anda lakukan pada emel berasaskan web anda itu. Sekiranya anda menghantar emel ketika dalam keadaan offline, emel anda akan disimpan pada folder OutBox dan dihantar sebaik sahaja anda mendapat sambungan internet anda semula.

Untuk membolehkan fungsi GMail Offline, klik pada Settings dan pilih tab Lab. Seterusnya disana, anda boleh memilih untuk mengaktifkan Offline GMail. Setelah pelayar web anda di reload semula, anda akan dapat melihat pilihan untuk muat-turun Google Gears untuk mengaktifkan penggunaan tanpa talian.


Google Blog Converter 1.0 Di Lancarkan
Google Buzz Kini Di Sokong Aplikasi Pihak Ketiga
Google Bakal Menawarkan Filem Melalui YouTube
Ujian Fungsi Navigasi Kompak Pada Chrome Dimatikan Oleh Google
DiGi Bersama-sama Google Kini Menawarkan Perkhidmatan GMail SMS

6 Komen

  1. SilentAnarm pada 28 Jan 2009

    waahh.. menarik.. thanks for the info bro..

  2. buletinpc pada 28 Jan 2009

    memang power …i like it

  3. Aizat pada 28 Jan 2009

    useful infos. google gears tu ape ek? hehe

  4. MK pada 28 Jan 2009

    a..khir..nya.. takyah dah aku guna client lain untuk GMail.

  5. Adila pada 28 Jan 2009

    menarik!

    thanks for the info :D

  6. Junaidix pada 29 Jan 2009

    aku nyer akaun belum available lagik.. hehe


Tinggalkan Komen Anda