15Jan

Google Menghentikan Muat-Naik Video Ke Google Video

Google

Hari ini Google telah mengumumkan bahawa dalam beberapa minggu lagi, mereka akan menutup pilihan untuk memuat-naik video pada laman Google Video.

Walaubagaimanapun, kandungan video yang lama tidak akan dibuang sama sekali dan akan kekal untuk ditonton dan di-embed pada blog atau website. Sekiranya anda ingin memuat-naik video selepas itu, anda perlu ke laman YouTube, dan mungkin ianya akan diredirect secara automatik.

Sejak YouTube diambil-alih perhatian terhadap Google Video sebagai pengehos video telah berubah menjadi enjin carian video. Kini, Google ingin lebih memberikan perhatian dalam pembangunan teknologi enjin carian videonya, dan sekaligus menghentikan muat-naik video ke dalam Google Video.

Sebelum ini, Google telah memperkenalkan fungsi muat-naik video pada Picasa pada bulan Oktober yang lalu. Fungsi muat-naik video pada Google Video mungkin akan dibuang mulai beberapa minggu akan datang.


Google Voice Di Integrasikan Pada GMail
Google Bakal Membolehkan Semua Web Memasang Butang +1
Google Kini Meminta Tarikh Lahir Ketika Pendaftaran Akaun
Google Menamatkan Aardvark - Data Akan Dipadam Hujung Bulan Ini
Google Chrome Untuk Android Bakal Diperkenalkan Minggu Hadapan

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader