22Jan

Gunakan Zoho Notebook Sebagai Ganti Google Notebook

Web 2.0

Mungkin ramai pengguna Google Notebook sudah mula memikirkan program alternatif untuknya kerana tiada lagi pembangunan yang bakal dilakukan untuknya. Mengambil kesempatan ini, Zoho cuba menarik para pengguna Google Notebook kepada aplikasi dalam taliannya – Zoho Notebook.

Zoho membuka peluang untuk mengimport data dari Google Notebook setelah diminta oleh para penggunanya yang meminta fungsi tersebut. Kini, anda boleh mengimport kesemua data anda dengan tiga langkah mudah setelah log masuk kedalam Zoho Notebook. Selain itu, kini mereka juga menawarkan plug-in Zoho Notebook sebagai ganti kepada plug-in Google Notebook yang tidak lagi ditawarkan. Mungkin kini anda tidak lagi perlu risau mengenai ke mana anda perlu membawa data-data Google Notebook anda dengan adanya Zoho Notebook..


Opera Terus Memfokuskan Mobile Store Dengan Pengambil-Alihan Handster
Google Dan Innity Menjadi Media Digital Pilihan Dikalangan Pemasar Dan Pengiklan Tempatan
WowLoud Dilancarkan Kepada Umum - Aplikasi Android Diperkenalkan
#Tips : Bina Gambar Facebook Cover Untuk Timeline Dengan Pantas Melalui CoverCanvas
Twitter Akan Memperluaskan Penggunaan Halaman Profil Untuk Jenama Pada Bulan Februari

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader