-
IE8 Bakal Diedarkan Melalui Windows Update
Microsoft telah mengumumkan bahawa mereka bercadang untuk mengedarkan IE8 melalui Windows Update. Ini mungkin salah satu cara untuk menaikkan semula peratus penggunaan pelayar web Internet Explorer yang mengalami penurunan baru-baru ini.

Windows Update Pada Windows XPKemaskini kepada IE8 akan dikeluarkan sebagai kemaskini yang penting untuk kesemua sistem operasi Windows. Ianya akan diperlihatkan melalui Windows Update sebaik sahaja IE8 dikeluarkan oleh Microsoft. Ianya masih belum diketahui bilakah IE8 akan menemui para pengguna, tetapi dijangka akan dikeluarkan dalam bulan Mac atau April.
Walaubagaimanapun, mungkin organisasi besar atau orang perseorangan ingin mencubanya terlebih dahulu ataupun membaca ulasan mengenainya terlebih dahulu sebelum memasangnya pada komputer mereka. Untuk mengelakkan IE8 dipasang melalui Windows Update, anda boleh memasang IE8 Blocker Toolkit. Ianya boleh digunakan untuk Windows Vista, XP dan juga Windows Server 2008 dan Windows Server 2003.
11 Komen
Trackbacks/Pingbacks
Neway, musang berjanggut is the best..Hoho..
sama la aku, musang berapi menjadi keutamaan hehe
haha….
IE sudah dibuang jauh dari PC aku daa…
musang berapi paling best dude!
tapi masalahnya kalau conection slow..memang lambat gila ler :0
dop sempat la nak pakai. Tulat kena gi sekolah hoho. Kesian, nak buat camner..
IE sucks,banyak bug and bnyk hole!
Aku pun setuju ngan pendapat korang. Coz aku dah jarang pakai IE sejak kemunculan musang berapi nih. Tp IE ada kelebihan gak utk sesuatu fungsi yg tidak dpt dicapai oleh musang berapi…hehe
IE sangat mengarut..huahahaha
mari bertukar ke musang berapi!
HENSHIN!!
aku pun pakai kyubi gak
Haha. Istilah dari anime Naruto untuk Firefox.