27Jan

Internet Explorer 8 RC1 Menemui Pengguna

Microsoft

Microsoft telah pun mengeluarkan RC untuk Internet Explorer 8, kemaskini terkini untuk pelayar web yang diguna pakai oleh paling ramai pengguna diseluruh dunia. Versi terkini pelayar web ini boleh dijalankan di platform Windows XP, Vista, Server 2003 dan juga Server 2008.

Fungsi-fungsi yang diperkenalkan pada IE8 RC ini adalah hampir sempurna dan berkemungkinan besar tidak akan ada perubahan drastik dengan versi akhir IE8 yang bakal dikeluarkan kelak. IE8 juga dikatakan pelayar web yang paling terbaik daripada Microsoft yang mana memperkenalkan beberapa ciri-ciri menarik seperti:

  • Lebih selamat dan pantas berbanding versi-versi sebelumnya.
  • Memperkenalkan fungsi Accelerators dan Webslices untuk membuka sesuatu laman dengan lebih pantas.
  • Memperkenalkan fungsi InPrivate, yang mana lebih dikenali sebagai Private Browsing.
  • Fungsi-fungsi ini mungkin kelihatan biasa sekiranya anda merupakan pengguna Firefox, Chrome mahupun Safari. Walaubagaimanapun, ianya salah satu usaha yang menarik daripada Microsoft. Tarikh akhir keluaran Internet Explorer 8 masih belum diketahui, namun ianya dijangka pada bulan Mac ataupun April tahun ini. Muat-turun dan cubanya hari ini. Sebelum ini, Microsoft dihadapkan ke mahkamah disebabkan memonopoli pasaran pelayar web dengan menyertan Internet Explorer ke dalam sistem operasi mereka, mengatakan tidak memberi pilihan kepada para pengguna baru.


    Microsoft Mencuba Idea Baru Enjin Carian Pada Viveri
    Office Mobile 2010 Di Lancarkan
    Windows 8 Membawakan Sokongan VHD Dan ISO Terbina Padanya
    Aplikasi Ziggy Membawakan Bantuan Pintar Berasaskan Suara Kepada Windows Phone
    (Video) Demonstrasi Windows 8 Dev-Preview Pada Tablet Iconia Tab

    6 Komen

    1. Faiz pada 27 Jan 2009

      mozilla still the best kan ? ha3x..

    2. khai pada 27 Jan 2009

      maaf, tak berkenan.. haha!

    3. uzair pada 28 Jan 2009

      haha..acid test result die teruk la Amanz..senang2 leh kena culprit..by the way..IE tetap legend..

    4. Nazz pada 28 Jan 2009

      tak penah bekenan dgn IE… hmmm…kenapa eeee….

    5. SilentAnarm pada 28 Jan 2009

      juga tak berkenan.. masih cintakan musang berapi..

    6. balak hensem mensem pada 29 Jan 2009

      buat salah, tak buat pun salah. dah bagi tu, guna je la. tentang nak pilih yang lain, itu hak masing2. ader ke benda camtu pun nak saman? bodo btul.

      *aku lebih suka mozilla dan perempuan sejati. hehe.


    Tinggalkan Komen Anda






    Amanz Media Social Reader