Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Pengakhiran tahun 2008 nampaknya membawa berita yang agak menyedihkan buat Microsoft, apabila kadar penggunaan Internet Explorer menghadapi penurunan berbanding pelayar-pelayar web yang lain. Firefox, kini mempunyai kuasa pengguna lebih daripada 20% manakala Chrome yang baru sahaja dilepaskan oleh Google, sudah mempunyai lebih daripada 1% kadar pengguna. Safari pula menghampiri kadar penggunaan sebanyak 8%.

Kadar Penggunaan Pelayar Web [via]
Awal minggu ini, Google mempromosi penggunaan Chrome dan Firefox kepada para pengguna perkhidmatan emelnya – GMail. Malah, Mozilla sendiri telah berjaya meningkatkan penggunaan mereka melalui rekod dunia yang dicipta pada tahun lepas.
Microsoft walaubagaimanapun, mungkin berharap angka ini akan berubah pada tahun hadapan dengan pengenalan sistem opearasi mereka yang terbaru iaitu Windows 7 bersama-sama dengan pelayar web mereka yang baru iaitu Internet Explorer 8. IE 8 dijangka akan menemui pengguna pada bulan Mac ataupun April tahun ini.
20 Komen
Tinggalkan Komen Anda
haha…
IE sungguh sucks!!
Hehe nape IE sucks? Saya taktau. Tapi, saya pun tak guna IE, gune FireFox(adik saya sebut flying fox hehehe
). Saya kureng selesa gune IE.
se”sucks” ie adegak website yang browser lain takleh bukak… ie je leh buka…
so, itu web yang designer dia sucks… lol!!
aku tension tol kalo gune IE..musang berapi gak best!!..chrome..aku malas nak try..hehe
Tp IE masih dominan dgn perisian enterprise. Sesetengah app tu takleh run langsung kat firefox/chrome
Betoi tu….. Aku sokong 100000%…..
Laa..IE majority sebab intalled dengan OS skali..Memang le banyak..Especially digunakan oleh org yang tak tau apa Firefox or chrome or Safari..
Tak percaya cuba korng tanya org2 kerajaan..Nth2 IE pun diorng tak tau..
Sengal
IE tak sucks sebab ada kemampuannya tersendiri.Memang ada sesetengah lama web lebih selesa dibuka dengan IE manakala firefox dan chrome adalah masa depan.
IE tak best..
IE mencacatkan blog aku (terutamanya IE 5)
Firefox best..Opera 2nd..Chrome 3rd
aku dah lama tinggalkan IE ni.. skang guna c musang…. nak try opera plak pas ni.. hehehe….
Dah ter-attached dgn Mozilla.. IE, tak best.
OoH..tatkala IE mengalami penurunun dari segi penggunaan..IE6 pula mengalami penurunun dari segi kegunaan..bagi web designer..ini satu kegembiraan bagi mereka.. http://weblogs.mozillazine.org/asa/archives/2009/01/ie6_on_the_way.html
eh… da lame x jengok IEku… asyik skandal ngan firefox jerk
IE tak best langsung… tapi terpaksa guna gak sebab ada web kerajaan yang perlu dibukan menggunakan IE…
*dibuka…
typing error
dah lama aku x gune IE…la ni try bukak, error pebende tah…
lum penah try safari lagi, lelain sume dah try…
Ada lagi yang pakai Netscape yer..
well, da tak reti-reti nak stop IE huhu =P
zaman dah maju.. ape kes IE IE lagi ni.. hahaha..