Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Kerajaan India dengan kerjasama Kementerian Sains dan Teknologinya akan mempertontonkan laptop yang paling murah setakat ini, yang mana berharga Rs 500 (RM40) sahaja pada 3 Februari ini. Laptop ini bakal dilengkapi dengan RAM sebanyak 2GB, termasuk sokongan WiFi dan penggunaan tenaga yang amat rendah, iaitu hanya sebanyak 2W sahaja.
Yang masih menjadi tanda tanya ramai pihak adalah bagaimana kosnya boleh dikurangkan sedemikian rupa, sekaligus menjadikannya laptop yang mampu dimiliki oleh kesemua pihak dan pengguna. Buat masa ini, kosnya dikatakan mencecah Rs 1000 (RM80), walaubagaimanapun, ianya dijangka mencecah Rs 500 (RM40) apabila ianya dihantar untuk pengeluaran secara besar-besaran.
Kini, tarikh 3 Februari menjadi tarikh yang amat dinanti-nanti oleh kesemua pihak, kerana kerajaan India bakal mempertontonkannya pada hari tersebut.
29 Komen
Tinggalkan Komen Anda
erk!? pelik ni. tak sabar nk tengok bagaimana rupanya.
kita tgk aje lakonan hindustan orang India ni..
laptop india?
haha,casing ntah ada ntah tak..
woo. murah giler.
nak satu (^_^)
satu jer? setiap bulan bleh nak beli satu. cam top-up hanset..haha..
perghhhhhhh kalau kat malaysia neh sure dah laris mcm goreng pisang panas masa hujan. hehe
asal murah sangat nih?
leh caye ker?
RM40 tuu…
aku pun nak tengok rupe die cemana…
jgn pakai 3 hari dah rosak sudah..
apa kes laptop keluaran malaysia yg konon2 mampu milik tu?
makcik-pc? ntah. dah setahun lebih senyap. nak kena emel mimos, tnya ape cer ngan dia nyer laptop. huhu.. nanti kalo free, aku contact diorang..
agak-agaknya barang curi kot
huhu.. gile murah…
)
tiap2 bulan aku tukar la macm nie.. haha..
apa rm40 je, waa aku nak beli satu, senang nak online kat kedai mamak
masuk malaysia jadi harga RM ratus-ratus kot, biasalah cam tak tau gomen kita nih
nanti akan ada laptop pakai buang, yay!
huh..biar betul…murah giler…lg murah drpd hp yg termurah…
harga sewa RM40/sbulan kot.. murah yang teramat kalau 2GB RAM
bukan harga sewa, memang harga laptop tue RM40 (Rs 500). Tapi kalo import masuk Malaysia + TAX lagi, maybe cecah beratus gak kot. Hmmm…
fuh!! murah giler… macam mana la bentuknya yer?? kalau bagus, nak juga “angkut” satu… hehehe…
yewr aku nye mac pon 1GB
biar betik? klau betul la laptop ni dijual ngan harga rm40, sure aku rembat 5 bijik. bg kt anak buah aku guna. hahaha..
huhu,cool..
diorang guna bargan terpakai ke??
haha!!ade peluang ash nak pkai sebiji lg laptop..
OoH..cool?xcool kot aman..blog nie gtau..$10tue harga ialah harga ‘storage device’nya sahaja..huhu..ades.. http://tinyurl.com/amotno
huhu…india2. rasanya bukan laptop aja. aku pernah juga dengar diorang ada kluar kereta termurah…
iye ke ni,skrg ni 1st model laptop yg second hand pun rm500,inikan pula harga jatuh menjunam,le caya ke
HUJAN TAK TURUN LAGI….
TEMPAYAN DA JUAL……
KHABAR ANGIN LG LJU DR FAKTA….
BIASA LA….NAMA PUN INDIA
murah giler….. kalo cm nie punya murah 10 biji pun boleh beli
camno rupe nye ke uper zaman tok kadok
barang mainan kot