22Jan

Microsoft Bakal Memperkenalkan Pusat Perisian Seperti di Linux

Microsoft

Setelah sekian lama, Microsoft bakal mengikut rentak sistem operasi Linux dengan menyediakan pusat perisian khas untuk sistem operasi Windows. Melaluinya, anda mungkin boleh memasang dan membuang perisian dan aplikasi baru dengan hanya satu klik sahaja.

Pusat Perisian
Pusat Perisian Pada Ubuntu

Perkara ini didedahkan oleh Emil Protalinski dimana satu bancian khas telah dilakukan oleh Microsoft baru-baru ini kepada para peserta dalam program Windows 7. Melalui bancian tersebut, Microsoft dijangka ingin mengetahui ciri-ciri dan kehendak yang diinginkan oleh para pengguna melalui pusat perisian tersebut. Mungkin ianya tidak akan diperkenalkan dalam masa terdekat ini, tetapi mungkin dalam sistem operasi yang seterusnya ataupun melalui Windows 7 SP1 dan sebagainya.

Sistem operasi berasaskan Linux seperti Ubuntu telah lama mengguna-pakai konsep pusat perisian ini melalui Add & Remove Program, dimana para pengguna boleh memasang dan membuang aplikasi dan perisian baru dengan mudah sekali.


Windows 7 - Evolusi Dari Beta Ke RC
Microsoft Memperlihatkan Teknologi Pada 2019
Ubuntu 10.04 LTS Membawakan Tema Desktop Baru
Internet Explorer 9 Dilancarkan
Microsoft Memfokuskan Web Bebas Plugin Melalui Internet Explorer 10

Tinggalkan Komen Anda