09Jan

Microsoft : Live Search dan Pemilikkan Yahoo!

Microsoft

Sebelum ini, sudah terdapat beberapa ura-ura yang mana Live Search bakal dijenamakan semula. Hari ini, pada CES 2009, Microsoft sendiri telah mengumumkan bahawa mereka dalam perancangan untuk menjenamakan semula Live Search. Selain itu, Steve Ballmer telah mengesahkan bahawa “kerjasama” dengan Yahoo! masih dalam sasaran mereka.

Sebelum ini, beberapa ura-ura telah mengatakan bahawa Live Search bakal dijenamakan semula sebagai Kumo. Kumo merupakan salah satu perkataan Jepun yang membawa maksud labah-labah dan juga lebih relevan kepada cloud-computing. Walaupun Microsoft telah mengesahkan mereka dalam perancangan untuk menjenamakan semula enjin carian mereka, masih belum terdapat sebarang pengesahan mengenai Kumo dan sebarang nama yang bakal digunakan kelak.

Selain itu, CEO Microsoft, Steve Ballmer telah mengatakan bahawa pemilikan enjin carian Yahoo! masih berada dalam sasaran mereka. Sebelum ini, CEO Yahoo, Jerry Yang telah mengistiharkan bahawa beliau bakal meletakkan jawatan sebagai CEO Yahoo!, dan CEO baru dalam pencarian. Jerry Yang telah menolak tawaran Microsoft pada tahun lepas, dan menjalinkan kerjasama bersama Google, yang mana tidak kekal lama.


Windows 7 Bakal Memperkenalkan Action Center
Tonton Video Bersama Rakan Menggunakan YM 9.0
Windows 7 RC (Build 7100) Kini Di Laman Torrent
Avatar Kinect Bakal Dilancarkan Pada 27 Julai?
Skype Untuk iPad Dilancarkan Secara Rasmi Untuk Semua

7 Komen

  1. Sweet Thinker pada 09 Jan 2009

    amanz. xde ramalan ke ape benda yg bakal meletop? huhu. jom buat pastu jual kat microsuit.

    • aMaNz pada 10 Jan 2009

      kalo nak menda yang meletop, kena wat bom ar…haha

  2. twenty-six pada 10 Jan 2009

    aaa bomb..tapi leh jual kat terrorist jer

  3. en_me pada 10 Jan 2009

    dan ‘KAMI’ dlm bahasa jepun bermaksud ‘ketam’.. ehehe

  4. Jaws pada 10 Jan 2009

    erm..
    amanz..

    aku nak tanye skit kat kau..
    aku cari borang contact tak jumpe..
    so, aku tanyer kat sini jer laa…

    kalo aku ade tutorial untuk semua open source yg popular leh ker kita pasarkan?
    tutorial nih dalm bentuk video dan dibuat sendiri..

    • aMaNz pada 10 Jan 2009

      Kalo buat sendiri boleh jer dipasarkan, tapi harga perlu berpatutan. ;)

  5. zaki blogjer pada 10 Jan 2009

    aku baca dlm techcrunch ada group of investors bekerjasama dgn microsoft utk beli yahoo, pastu diorang akn jual searh engine divisyen kepada microsoft, the rest, diorang akan maintain


Tinggalkan Komen Anda