05Jan

MobileKini – MalaysiaKini Versi Mudah Alih

Web 2.0

Ingin mengikuti perkembangan negara semasa walaupun dimana sahaja? Jika ya, jadi MobileKini mungkin salah satu aplikasi mudah-alih yang perlu dipasang pada telefon bimbit anda. Dengan MobileKini, anda mendapat akses pantas ke MalaysiaKini melalui telefon bimbit anda sahaja.

mobilekini
MobileKini Dengan Pilihan Empat Bahasa [via]

Perkhidmatan ini telah lama dilancarkan oleh MalaysiaKini, iaitu sejak 22 November lagi. Jadi, mungkin berita ini agak lama, dan mungkin ramai orang yang sudah mengetahui akan kewujudannya.

MobileKini adalah aplikasi java yang mana digunakan untuk membaca berita-berita daripada MalaysiaKini, dengan pilihan empat bahasa, iaitu Bahasa Malaysia, English, Cina ataupun Tamil. Perkhidmatan seumpamanya adalah mungkin yang pertama sekali diperkenalkan dirantau ini. Untuk mula menggunakan perkhidmatan MobileKini, anda hanya perlu menghantarkan sms dengan perkataan “MK” kepada 32577.

Menariknya, pengiklan turut boleh mengiklankan produk mereka didalam MalaysiaKini versi mudah alih ini. MobileKini telah dibangunkan oleh Murasu Communications Sdn Bhd, dan telah dilancarkan pada 22 November di PWTc, bersempena dengan eksp Go Mobile.


Lebih 6 Juta Pengguna Berdaftar Di FourSquare
Laman Nuffnang Ditutup Oleh Pihak Nuffnang Buat Sementara Waktu?
Twitter Membuka API Twitter Photos Kepada Para Pembangun
AsyikTV Bakal Dilancarkan Pada 11 November - Bakal Bersaing Dengan Tonton?
Sokongan Open Graph Pada Facebook Akan Mula Diaktifkan Hari Rabu Ini?

6 Komen

  1. Khalif a.k.a Ibnu Ismail pada 05 Jan 2009

    bukan semua handphone bole pakai ni.. Bagi orang yang pakai handphone china set (macam aku) ni, tak compitable… hehehe :D

  2. Go!Malaysian... pada 05 Jan 2009

    Pilihan Raya Kecil P36 Kuala Terengganu Semakin Hangat!!!

    Get The Latest P36 Kuala Terengganu News @
    Ikutilah Berita-Berita Terkini P36 Kuala Terengganu Di

    Berita-Berita Terkini P36 Kuala Terengganu

  3. chuckiesd pada 05 Jan 2009

    Wah semakin maju melaysia kini…memang terkini ni..aku baru jer tau ni…heheheheh

  4. Maya pada 05 Jan 2009

    Laju MalaysiaKini melangkah untuk menawan pembacanya… Now everyone can surf MalaysiaKini (maaf pinjam Airasia Tag Line)

    Hehehe

  5. Kalam Budiman pada 05 Jan 2009

    Fuyyo. Best ni. Takde connection internet kat komputer pun boleh tgk kat handphone. Memang canggih ar.. Betul-betl terikini.. hehe

  6. blowie pada 08 Jan 2009

    satu lagi cara utk meluaskan para pembaca malaysiakini :D


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader