MySpace Bakal Menjadi Penyedia Perkhidmatan Emel
Laman sosial terkemuka, MySpace dikatakan, kini dalam perancangan untuk memperkenalkan khidmat emel percuma kepada para pengguna seluruh dunianya dengan alamat berupa [nama]@myspace.com. Sekiranya perkara ini adalah benar, ianya bakal meletakkan MySpace sebagai penyedia emel ketiga terbesar selepas Microsoft (Hotmail) dan Yahoo!.
Perkara ini dapat diketahui oleh Michael Arrington selepas berlaku perubahan alamat emel staf-staf MySpace kepada domain MySpace-Inc.com sama seperti yang dilakukan oleh Yahoo! ketika mereka mahu memperkenalkan perkhidmatan emelnya.
Buat masa kini, MySpace menyediakan perkhidmatan menghantar mesej diantara satu sama lain yang berdaftar didalam komuniti mereka. Selain itu, untuk log masuk ke dalam MySpace, mereka masih bergantung kepada alamat emel pihak ketiga. Google juga telah menandatangani perjanjian untuk menyediakan khidmat carian pada laman MySpace.
10 Komen
ya ampun.. aku nak jadi orang yg pertama register nanti.. haha.. aku benci myspace, tapi aku suke email berdomainkan web popular macam tu… nampak cool.. kot?
takut dia bagi emel tue nanti ikut nama kat myspace, kang jadi cam akukhaicoolgiler@myspace.com
wakaka…
Tumpang tanye, saje je nak tahu, bukan Gmail lagi power ke daripada Yahoo dgn Hotmail.
Power dari segi camne tue?
Aku lebih suka pakai Gmail. Easy, fast, more spaces, less spam
Hotmail?
Erk.. hotmail ada lagi ke
Skrang dah jadi Live Mail kot. Tapi rasanya still available lagi kot. Huhu. Dah lama tak cek.
gmail tak masuk senarai penyedia emel terbesar ke?
wah..cool gak ada emel mspce sndri…ekeke…
OoH..xtau la..ak rse mkin byk spam,fraud,phishing dsb dgn p’gunaan email b’domainkan [at]myspace nie..huhu..
walaweh dude!
best la cam ni!
sy nk jd org pertama nanti…