17Jan

Penggunaan Twitter dan PilihanRaya Kuala Terengganu

Web 2.0

Sama seperti yang berlaku pada pemilihan Presiden US baru-baru ini, pilihanraya kecil Kuala Terengganu turut menerima kesan yang positif melalui internet. Ramai pengguna Twitter sudah mula menghantar kemaskini melalui Twitter berkenaan keadaan semasa di Kuala Terengganu.

Twitter Kuala Terengganu
Hasil Carian Kata Kunci Kuala Terengganu Pada Twitter

Beberapa pencarian seperti Kuala Terengganu ataupun P036 menunjukkan beberapa kemaskini semasa berkaitan pilihanraya kecil terbabit. Walaupun tiada kemaskini yang dilakukan setiap minit seperti mana yang berlaku, namun beberapa pengguna yang aktif mengikuti perkembangan semasa mengenainya, serta-merta mengemaskini mengenainya melalui Twitter. Tidak ketinggalan, Timbalan Perdana Menteri kita turut sama menyertai pengguna Twitter yang lain, menulis mengenai keadaan semasa di Kuala Terengganu.

Mungkin kita boleh melihatnya sebagai permulaan dan mungkin pada pilihanraya yang akan datang, kita dapat melihat penggunaan Twitter secara menyeluruh dan sekaligus menyediakan beberapa sumber tambahan selain daripada MalaysiaKini dan HarakahDaily.


Friendster Shoutout Stream - Pengintegrasian Twitter?
Akaun Berdaftar Di Twitter Melangkaui Angka 200 Juta
Diaspora Mula Menghantar Jemputan Alpha Untuk Menyertai Laman Sosial Mereka
Tagged Mengambil-Alih Laman Sosial Hi5
Dapatkan Gambar Berkualiti Untuk Kandungan Anda Melalui PhotoPin

5 Komen

  1. Nazz pada 17 Jan 2009

    Saya rasa ini tidak menghairankan.. memandangkan kita sekarang ini di zaman yang serba cepat. Jadi, org akan cuba sedaya mungkin dan menggunakan kemudahan sebaik mungkin untuk menjadi cepat… lagi2 dlm hal pilihanraya di malaysia yg sekarang ini sentiasa hangat dan panas….

  2. awqi_zar pada 18 Jan 2009

    OoH..nampaknya rakyat malaysia semakin hari,semakin tahu menggunakan social media tools;microblogging..suatu keadaan yang bagus tetapi peratus penggunaan twitter masih terlalu kecil kalau hendak dibandingkan dengan negara lain seperti jepun dan us..

  3. Short Talker pada 18 Jan 2009

    PAS dah menang. DSAI perlukan 28 lagi kerusi parlimen, kan?

    So, please somebody tolong sponsor badminton racket to all BN MPs?

  4. kreuger pada 18 Jan 2009

    dulu mase aku kat blogger aku ade pakai mende alah ni.
    tapi aku tak berapa suke nak bercerite pasal direct story
    aku kat twitter. *lagi pon bukan nye pemes… kalau artis ker
    ape ke.. tak pe la… miahahaha… segan gak kan kalau
    semua perkara pasal pergerakan kite dok nak citer kat umum.
    sekali sekala mau gak beberapa type of privacy :D

    • kreuger pada 18 Jan 2009

      tapi sekarang ni rase cam bez plak kalau ade mende kecik
      yang bernama twitter ni… kekekeke… bleh berkicau
      skit skit~


Tinggalkan Komen Anda