Penipuan Klik Mencecah Kadar Tertinggi
Penipuan dalam klik ataupun lebih dikenali sebagai click fraud sering menjadi igauan para pengiklan dan media pengiklanan internet. Melalui satu kajian yang dijalankan oleh ClickForensics, memperlihatkan kadar penipuan klik pada tahun 2008 merupakan berada dalam kadar paling tinggi, iaitu sebanyak 17.1% pada suku tahun ke-empat 2008.

Kadar Penipuan Klik Bagi Tahun 2008 [via]Secara puratanya, penipuan klik melalui PPC seperti Google Adsense dan Yahoo! Publisher Network yang dilakukan adalah sebanyak 28.2%, meningkat daripada 27.1% pada suku tahun ketiga pada tahun 2008. Trafik pengunjung yang dijana oleh Botnet dikatakan menyumbang sebanyak 31.4% kepada aktiviti penipuan klik ini.
Antara negara yang tergolong dalam aktiviti penipuan klik yang tinggi adalah seperti China, Canada, dan Jerman. Sejak tiga tahun ClickForensics menjalankan kajian, tahun 2008 memperlihatkan penipuan klik paling tinggi, dan Malaysia adalah antara negara yang berada dalam lingkungan penipuan klik yang agak tinggi berbanding negara-negara berdekatan seperti Indonesia.
Kredit : TechCrunch
8 Komen
yelah.. memang tak lama lagi malaysia pulak jadi negara tertinggi dalam penipuan klik nie..
jangan ler.. naya nanti..
aiyork…malaysia bakal tinggi la tuh nanti…haha
bukan apa tolong member2 blog je.. kihkihkih
kalo aku datang melawat blog orang mesti aku klik kat iklan die..
adakah aku yang bersalah?
ini bukan fraudclick…..
tu la org tak reti teknik2 buat fraud klik… carenye pegi ke 50 atau beberapa ko nak internet konnektion seluruh negara dlm satu hari n klik ads anda… baru menjadikk…
bukan nak kata laa..tp tak lupa jugak malaysia..kita pon dulu ada jugak jenis duk bt fraud nih..hehe…sapa tak kenal…depa nih juga laa yang duk hentam mohdismail….hehehe..aku rasa hang dapat kot point aku..
haha…sape?
GangStarz yerk? hehe…Tu yang aku tak nak promo blog omputeh aku ni…
Baru je merasa duit adsense..