17Jan

Rekabentuk Tema iGoogle Anda Sendiri

Google

Google sekali lagi menginovasikan halaman iGoogle mereka, dengan memperkenalkan tool khas yang mana membolehkan para pengguna mereka-bentuk tema iGoogle mereka sendiri. Ianya amat mudah, dan anda tidak perlu mengetahui sebarang perkara berkaitan XML dan sebagainya. Apa yang anda perlukan hanyalah, imej atau gambar, dan perkara lain disediakan Google sendiri.

Tema iGoogle

Anda boleh membina tema tersebut dengan muat-naik imej atau gambar daripada desktop, atau menggunakannya daripada Picasa Web Album, atau laman web yang lain. Seterusnya, anda akan disediakan dengan set asas untuk merekabentuk tema iGoogle anda, seperti Image Cropping, Skema Warna, dan membolehkan anda memilih siapa yang akan melihat tema anda, ataupun berkongsi dengan orang ramai dari seluruh dunia.

Tetapi amat mendukacitakan apabila, pautan yang disediakan oleh Google untuk merekabentuk tema ini tidak boleh digunakan lagi. Pautan tersebut membawa para pengguna kepada halaman 404 Google. Mungkin ianya akan diperbaiki dalam masa terdekat.


YouTube Tidak Lagi Menyokong IE6 Mulai 13 Mac
Feedburner Memperkenalkan Statistik Masa-Nyata
Goo.gl Adalah Pemendek URL Terpantas Dan Stabil
Lebih 200 Ribu Aplikasi Kini Di Android Market
Lebih Info Google Games Mula Kelihatan

6 Komen

  1. Faiz pada 17 Jan 2009

    wordpress tetap cool..wahaha..

    • aMaNz pada 17 Jan 2009

      haha..ape kena ngena WordPress ngan iGoogle?

  2. khai pada 17 Jan 2009

    pe jadah faiz ko cite pasal wordpress plak tiba tiba ni.. hurm, ape puun aku suka dengan gambar tiga binatang dalam gambar tu.. pandai menjelirkan lidah.. eh 2 lagi tu binatang ke? bukan kan amanz? haaha

  3. Azman Ishak pada 17 Jan 2009

    ye ar bro.. ape ape pon.. default pilihan
    untuk laman sisial adalah blogger dan wordpress.

    *** oh bro. aku ade soalan yang tadek kene mengena dengan
    topic:-
    Bleh bg tau apa software yang cepat untuk aku sediakan
    projek multimedia. slide show + navigation menu + e-card + wallpaper changer… semua dalam 1 application…

    maksudnye aku kene buat mende tuh semua dalam 1 file
    projektor. pening sial… mane nak carik ni.

    memang boleh pakai flash mx. masalahnye nak siapkan
    flash script, memang complicated gileer. kalau ade nanti tolong
    hebahkan ok bro.

    Option:-
    1. Macromedia Projector.
    2. Macromedia Authoware
    3. Macromedia Flash MX
    4. PPT2SWF <– tak best sangat.

    *** erk.. bro leh imagine tak? aku pon blur nak siapkan
    projek ni… harap dapat membantu. Thanks~

  4. EiNS pada 17 Jan 2009

    mungkin boleh guna site ni kot?

    http://hawidu.com/themes/

  5. awqi_zar pada 18 Jan 2009

    OoH..akhirnya,google kuarkn jgak editor utk itheme nie..bkn ape,xde pun theme yg b’knan dri igoogle..


Tinggalkan Komen Anda