SatuMalaysia – Laman Peribadi Najib Razak?
Sekiranya Dr. M menulis blog dan pandangannya melalui laman Chedet, kini terbaru Timbalan Perdana Menteri kita turut berkongsi kehidupannya melalui internet dengan nama domain SatuMalaysia.com.my. Persoalannya kini, relevankah penggunaan nama domain tersebut sedangkan ianya berkisar akan pandangan dan dipenuhi gambar, dan video beliau.

Rekabentuk Laman SatuMalaysia.com.myBukan menghalang beliau daripada menceburkan diri didalam dunia maya ini, cuma ianya mungkin lebih sesuai sekiranya beliau menggunakan nama domain seperti NajibRazak.com dan sebagainya. SatuMalaysia.com.my lebih sesuai sekiranya digunakan untuk membangunkan laman-laman yang mengambil peristiwa dan pandangan daripada satu Malaysia, ataupun mengumpulkan berita, sepertimana laman MalaysiaKini, atapun Malaysian Insider.
Mungkin ramai akan mengatakan saya tidak membaca keseluruhan artikel yang ditulis didalam laman tersebut. Ya, memang saya tidak membacanya langsung. Selepas sahaja melihat rekabentuk laman tersebut, saya rasa tertipu apabila apa yang saya lihat kebanyakkannya hanya gambar-gambar Timbalan Perdana Menteri kita.
Oh ya, beliau juga memiliki laman blog-mini, iaitu Twitter. Anda boleh mengikuti beliau melalui laman khas beliau, iaitu Najib Razak @ Twitter. Anda juga turut boleh melayari laman Flickr Najib Razak. Mungkin tidak lama lagi, kita dapat melihat Anwar Ibrahim dan juga Dr. M turut menyertai Twitter.
85 Komen
Asalamualaikum!
Berkenaan duit ehsan yang akan beri kat Kelantan tu. saya cadangkan berilah dalam bentuk royalti sebagaimana yang diberikan kepada negeri-negeri lain supaya kerajaan nampak adil kepada rakyat. Rakyat akan menilai keikhlasan kerajaan pusat jika berbuat demikian. Jangan bimbang jika Kerajaan PAS menggunakan wang itu untuk tujuan politik mereka kerana akhirnya rakyat akan menilai
nya. Saya bimbang jika kerajaan pusat berdolak-dalik sebegitu,rakyat akan lebih benci dan menghukum lebih teruk pada PRU13 nanti.Perlu diingat bahawa rakyat sudah celik pemikiran dan pemandangan mereka. Jangan buat pertimbangan yang mudah hanya dengan memberi duit ehsan itu dan tidak dalam bentuk royalti ,rakyat akan beralih menyokong BN.Jangan buat pertimbangan yang salah.Pengalaman yang lalu sepatut menjadi iktibar bahawa rakyat Kelantan menolak BN walaupun BN tawarkan janji pembangunan yang hebat dan bantuan kewangan kepada rakyat tetapi rakyat Kelantan tetap menolak BN pada PR12 yang lalu. Ini sepatut menjadi bacaan pemikiran kerajaan pusat jika ingin memenangi rakyat Kelantan pada PR13 nanti.
NAK BERI MACE MANE MU TU OGE MANE BUKE OGE KELANTE
Asalamualaikum!
Jangan kutip kata-kata pujian dan kata-kata yang manis sahaja,
Sesekali kita harus dengar pandangan dan isihati rakyat walaupun pahit untuk ditelan.
Kenapa dengan kerajaan sekarang ni?? Saya dah 1 tahun lebih jadi graduate, tapi sampai hari ni 1 kerja dari badan awam yang saya minta pun tak dapat. Kenapa kerajaan buka universiti kalau peluang kerja baik untuk siswazah masih samar atau siswazah langsung tak dak peluang kerja dalam badan kerajaan. Saya sedih, saya belajar atas bantuan dan sokongan keluarga juga tapi dah tamat, saya masih tak kerja. Ibu bapa saya dah tua, kerja bendang, bila tahun lagi saya nak tunggu ni, nak sara hidup mereka. Dari kecil saya rasa hidup susah, bila Allah bagi peluang untuk berjaya ke Universiti, saya bersyukur sangat tapi bila dah habis belajar, kerajaan pulak tak mau terima saya untuk kerja. Tak kan nak bagi yang ada kroni saja, habis kami yang tak dak ni, tengok sajalah..dah tu, saya frust, saya tolong husband bt bisness tapi malang juga nasib kami bila pinjaman yang suami saya buat dari bulan 7 2009 sampai sekarang, status lulus atau tak pun masih belum diketahui. Kenapa ye, kerajaan ni selalu buat orang susah? Tambah la yang dah susah, lagi bertambah2 susah. Saya tak tau nak ngadu pada sapa lagi. Bila la orang Melayu nak maju kalau hidup terus2an macam ni.
MU NI LAGI SATU YANG MU DOK PILIH PEMBANGKANG BUAT APA.CUBA LAH MASA PILIHAN RAYA MU PANGKAH BN ,SENANG-SENANG JE MU DAPAT KEJE.BAPA MU MAK MU ,SEMUANYA ORG KUAT PAS HABIS TU CAMNA MU NAK DAPAT KEJA.HAK NAK NGUNDI PULAK NI MU PANGKAHLAH BN KUT-KUT NASIB MU AND HUSBAN MU DAPAT HIDUP SENANG
SABAR JELA KAK SHIRA.ANDAI ADA REZEKI,DAPATLAH TU..LAGI SATU BUKAN SAYA NAK CAKAP APA.ZAMAN SEKARANG NI,JIKA KITA MAHU BEKERJA,PENGALAMAN YANG AMAT DIPERLUKAN..LAGI SATU,BEJUTA-JUTA ORANG YANG APPLY KEJE GOVERNMENT,YANG APPLY LOAN GOVERNMENT,TAK KURANG JUGA YANG APPLY LOAN SWASTA…SUME TU DIORANG NAK KENE PIKIR…UME TU DUIT LA KAK..KT NAK TUNGGU KEJE GOVERNMENT BUKAN MACAM KT INTERVIEW KEJE SWASTA..SMLM ISI BORANG,ARINI INTERVIEW,ESOK LUSA DA BLH KEJE..LG 1,MEREKA YANG ADA MASTER DAN PHD POWN BLUM TENTU BLH DAPAT KERJA D DLM GOVERNMENT..ITU SUME ADALAH BERPIHAK PADA NASIB DAN TUAH BADAN..BAK KATA ORANG,SIAPA YANG APPLY DULU,DIALAH YANG DAPAT..TUNGGU JELA YEA..TUAH AYAM NAMPAK D KAKI,TUAH MANUSIA SIAPALAH YANG TAHU..BAYAK2KAN LAH BERDOA MOGA DIBERIKAN KERJA YANG DIIDAMKAN…APEPUN…CHAYOOKKKKK!!!!!!!!!!
SERONOKNYA HATI BILA DAPAT TAHU YG AMAT BERHORMAT DATUK NAJIB DAH JD PM…SEMOGA BELIAU DAPAT MEMBAWA LBIH BANYAK LAGI PERUBAHAN DI SAMPING MEMANTAPKAN LAGI NEGARA MALAYSIA…KEPADA UMNO,PAS,KEADILAN DAN DAP JANGANLAH BERGADUH DAN SALING SALAH MENYALAHI LAGI…BERSYUKURLAH KT BERADA D NEGARA YANG AMAN DAMAI INI…ANDAI KATA KT SEPERTI NEGARA ARAB ATAU THAILAND..MACAMMANA YEA???????NAUZUBILLAH…APEPUN SAYA SOKONG BN KERANA SAYA TAHU BAHAWA HANYA KERAJAAN JE YANG BOLEH MEMBAWA KT KEARAH KEMODENAN…PAPEPUN…TERUSKANLAH BERSATU…LU PIKIRLAH SENDIRI….
Salam…..Pertama sekali saya berterima kasih kerana mendapati PM skrg telah bersunguh2 dalam membangunkan semula ekonomi & menaik taraf hidup rakyat sekarang walau bagaimana pun perlu ada Pemantauan setiap masa samada adakah keseluruhan bantuan yang diperuntukkan sampai ke semua golongan yang berhak seperti yang Miskin Tegar, Orang Kurang Uapaya, Anak-Anak Yatim & Ibu Tunggal seperti ibu saya yang tinggal di kampung di Kampung Laut, Tumpat kelantan. Saya merasa kasihan kerana org yang tidak berdaya dalam mendapatkan bantuan bersusah payah untuk mendapatkan bantuan samada baik dari segi subsidi mahupun pinjaman. Saya pula merupakan seorg anak tunggal yang telah 12 tahun berkhidmat di salah sebuah syarikat GLC di Kuala Lumpur telah beberapa kali mencuba permohonan pertukaran pulang ke kampung tetapi masih belum berhasil. Sedangkan saya inign berada berdekatan dengan ibu bagi membantu menyara hidupnya yang sepi. Saya juga pernah tertipu dalam skim Pelaburan Mercantile Point Sdn.Bhd. sebanyak RM 10K pada tahun 2007 tetapi telah disita oleh pihak Bank Negara Malaysia kerana didapati melanggar Akta Badan Kewangan yang tidak bertauliah.
Saya amat berharap agar YAB PM dapat menyelesaikan mengenai perkara ini demi Belas kasihan/ihsan kepada kami yang tidak bernasib baik ini. Percayalah jika 1 perkara Kebaikan dilakukan pasti akan ada Hikmah Kebaikannya untuk semua dan Hanaya ALLAH SWT sahaja yg dapat membalas kebaikan itu. Sekian….Wassalam..
satu malaysia wawasan yang baik bagi seluruh rayat malaysia shabas dato” sri Najib
saya berusia 18 tahun.saya merupakan pljr tgkatan 6.keputusan akademik sy pun boleh dkatakn amt memberangsangkan.saya harap tahun dpn sy dpt score terbaik dlm stpm 2010 untuk merealitikan impian sy untk smbung bljr dlm bdg undang2.tapi sebenarnya saya berimpian untuk jd pemandu wanita pertama malaysia yg menyertai sukan formula one.tapi maslahnya sekarang ni sy bukan lah berasal dr keluarga yg kaya raya yg dimana ibu bp boleh hantar ank ke kelas formula one ataupun ke latihan sukan2 go-kart.sy tahu sukan go-kart tu hnya untk golongan elit tp mcm mn dgn ank muda seprti sy yg berimpian untuk sertai kjuaraan dunia formula one sekiranya sy berasal dr keluarga yg bukan kaya raya?saya nk mengharu kan nama malaysia dpersada dunia dlm sukan formula one.inilah impian sy.tp setiap impian itu perlukan tindakan baru boleh direlitikan.sama lah seperti berdoa kena berusaha juga.so bgaimana saya nk minta tolong kerajaan malaysia atau pun perdana menteri malaysia untuk menyatakan impian sy ini?tolonglah saya amat merayu agr kerajaan malaysia dpt merealitikan impian sy ni.sy nk jd pemandu formula one.tapi sy x da bnyk duit untk bergiat dlm sukan go-kart.sy bukanlah ank org kaya mcm NABIL yg boleh sertai sukan go-kart.tolonglah sy bg merealitikan impian sy ni.ini cita2 sy.sybenar2 nk jadi pelumba formula one untk mewakili pasukan malaysia.please ni dia sy berikan nombor telefon saya sekiranya mana2 pihak boleh merealitikan impian sy ini.sy merayu sgt2,tolonglah sy. 0175295876 dan no tel rumah 054774702
salam…..kepada pm yang saya hormati…..saya ingin meluah kan rasa hati saya yang lama terpendam……saya di golongan orang2 yang bukan senang…..saya ada tanah arwah ayah,saya ingin membuka sebuah ladang pertenakan ayam kampung yang diimpikan oleh arwah ayah saya yang tak kesampaiyan.dan saya ingin merialisasikan impian arwah..tetapi saya kekurangan modal….saya dah usaha kan pergi ke agro bank dan bank bsn(temaniaga).tetapi semua nak perniagaan berjalan setahun..kalau peniagaan dah jalan setahun susah bagi orang2 yang baru nak mula kan perternakkan dengan tiada modal saya bukan lah orang kaya..tolang lah orang macam kami…bukan saya nak pijam kepada ahlong….saya berharap sangat kerajaan dapat membantu.tolong lah saya yang mermerlukan modal…saya harap kepada pm yang sangat saya hormati dapat membantu golongan susah seperti saya yang kekurangan modal.HANYA ALLAH SWT SAJA DAPAT MEMBALAS JASA BAIK PM wasalam……1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULU KAN
harga gula naik 20sen, harga minuman dan makanan di kedai pun naik 20 sen, walhal sekilo gula boleh buat berjug air.Itu kerana apa..kerana kerajaan naik kan harga gula.Tapi jika kerajaan turunkan harga gula, adakah harga makanan dan minuman ini akan diturunkan?? Tentu tidakkan…. siapa yang harus menanggung beban ini kalau bukan rakyat.Bagi mereka yang berpendapatan 4 angka sebulan memang tidak merasai impaknya tetapi bagaimana pula kepada mereka yang berpendapatan sekadar cukup makan nie.Apalah sangat subsidi yang ditanggung oleh kerajaan,walhal berbagai cukai juga telah dinaikkan.Kata rakyat di utamakan tapi nampaknya rakyat dibebankan….
sekarang ni bukan sahaja 2 atau 3 angka merasa teruknya keadaan ekonomi sekarang ini, malah 4, 5 dan 6 angka pun terasa. mana tidaknya, lagi besar periok, lagi besar keraknya.
assalamualaikum Dato Seri….
Saya mewakili semua penjawat awam di Malaysia berasa sedikit kecewa dengan pemberian bonus tahun ini.Kos sara hidup semakin meningkat.Harga barang semuanya naik kerana kerajaan kurangkan subsidi.Walhal pendapatan negara banyak, tak dapatkah dipertimbangkan bonus yang diberi. Sedikit sangatkah sumbangan kami kepada negara…. Kami berterima kasih diatas bantuan sara hidup yang berikan(cola).Tetapi tidakkah kerajaan dapat memandang hasil usaha penjawat awam dalam memajukan negara.Berapa banyak tangkapan kes dadah,penyeludupan dan bermacam-macam lagi yang telah berjaya di perangi oleh penjawat awam ini.Berapa ramaikah anak bangsa kita yang telah berjaya memasuki menara gading, berapa ramaikah mereka yang terlantar dihospital mendapatkan rawatan dan bertapa amannya kehidupan kita dibumi malaysia ini hasil dari kepayahan anggota keselamatan kita menjaga keamanan dan kemakmuran serantau??? Renung-renungkanlah bersama di pentas kabinet Dato Seri…janganlah kami ini di umpamakan seperti melukut ditepi gantang.Oleh kerana yang demikianlah ramai penjawat awam bertukar ke sektor swasta, dimana ia dapat memberikan imbuhan yang lebih baik dari sektor awam. Kita terpaksa pula mengimport kepakaran dari luar untuk menampung kekosongan di dalam negara.Gaji penjawat awam di Malaysia boleh dikatakan yang terendah dalam senarai negara maju didunia.Cuba kita lihat elaun rumah kakitangan Kementerian Kesihatan gred U29 ke bawah, RM 180.Bagaimana mereka yang tinggal di bandar besar ?? Harga bilik sebuah pun belum tentu dapat….Saya berharap benar Dato Seri dapat memandang serius masalah ini….demi kebaikan kita bersama…..sekian, wassalam.
Assalamualaikum w.b.r Dato Seri,
Saya salah seorang bapa yang menghantar anak belajar di asrama sekolah bantuan kerajaan. Disini saya ingin menyuarakan rasa tidak puas hati saya dan ramai lagi ibubapa pelajar yang tinggal di asrama. Saya tidak tahu samada Dato Seri maklum atau tidak dengan perkara ini tetapi ianya telah mendatangkan kesusahan kepada rakyat. Di mana slogan yang Dato Seri laungkan sekarang ini yaitu RAKYAT DIDAHULUKAN bukan kehendakan individu diutamakan.
Tahukah Dato Seri apa yang telah diwartakan oleh Kementerian Pelajaran untuk elaun makanan bagi pelajar-pelajar di asrama sekolah asrama penuh dan sekolah-sekolah bantuan kerajaan. PEMOTONGAN ELAUN/PERUNTUKAN MAKANAN DARI 250 HARI KE 200 HARI SAHAJA. TAHUKAH DATO SERI APAKAH IMPLIKASI DENGAN APA YANG DIWARTAKAN OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN INI. APAKAH MENTERI YANG BERKENAAN MEMBUAT PANTAUAN ATAU KAJIAN YANG MENYELURUH SEBELUM MELULUSKAN WARTA INI?
Dibawah ini saya sertakan beberapa implikasi yang sekarang ini ditanggungi oleh rakyat yang dialunkan setiap hari dengan slogan 1Malaysia Rakyat Didahulukan.
1. Pihak sekolah terpaksa membenarkan murid-murid pulang ke rumah setiap minggu kerana tidak dapat menampung makan mereka kerana peruntukan telah dipotong 50 hari.
2. Ibubapa terpaksa mengeluarkan belanja lebih banyak lagi selain dari belanja yang telah dikeluarkan untuk menampung kenaikan harga barang-barang keperluan harian. Setiap minggu nak kena ambil anak di sekolah atau emberi mereka lebih wang kerana asrama tidak menyediakan makanan pada hari Sabtu dan Ahad disebabkan pemotongan peruntukan makanan di asrama.
3. Pelajaran murid juga akan terganggu kerana tiap-tiap minggu kena balik.
4. Apa namanya sekolah berasrama penuh jika tiap-tiap minggu kena balik rumah.
5. Bagaimana dengan pelajar yang jauh atau yang dari kelurga yang berpendapatan rendah.
Banyak lagi yang saya ingin nyatakan tetapi Dato Seri jawap yang 5 ni dahulu nanti saya bagi lagi.
DENGARLAH RINTIHAN RAKYAT KERANA INI JUGA AKAN MENYEBABKAN JATUH NAIK KARIER DATO SERI. DIHARAP SLOGAN JANGAN TINGGAL SLOGAN SAHAJA KALAU NAK BUAT, KENA BUAT BETUL-BETUL. RAKYAT MEMANG MESTI DIDAHULUKAN.
Harap Dato Seri dapat menyelesaikan masaalah ini.
Sekian. Wasallam. ( Lebih sepuluh tahun duduk asrama )
Saya terpanggil juga nak memberi komen di sini. Seronok bila tengok dan dengar rakyat semakin hari semakin terbuka memberi cadangan dan tidak ketinggalan mengkritik mana yang salah terhadap pentadbiran PM Najib Razak. Itulah maknanya semangat demokrasi semakin subur di Malaysia.
Di Tweeter NajibRazak misalnya hari-hari ada kritikan terhadap beliau. Harapan agar beliau baca juga Tweeter beliau dan klik @NajibRazak supaya dapat baca apa cadangan dan kritikan rakyat terhadapnya.
Budaya membodek makin hilang.
Tapi bila saya lihat tweeter Anwar Ibrahim pula sebaliknya yang berlaku. Penyokongnya tak berani langsung nak menegurnya di dalam ruangan Tweet beliau. Paling nak tergelak bila baca satu tweet, “Datuk Seri berehatlah secukupnya ya”.
Kalau macam ni macam mana nak tingkatkan integriti.transpirasi,cegah korupsi dan sebagainya kalau asyik membodek saja.
sekalung bunga saya berikan kepada y.ab. perdana menteri kerana memberi peluang kepada rakyat untuk memberikan pandangan masing-masing dalam blog ini. Kalaulah blog begini dibuat lebih awal dari pilihanraya baru-baru ini, tak mustahil, insyaallah, bn mungkin menang besar.
Dah undi siapa pentadbir negara, terimalah seadanya. Kita yang sakit, bukannya beliau. Buat apa beliau nak hiraukan? Sesudah tempoh, bonus akan ditawarkan. Kita akan undi yang sama juga. Beliau semestinya tidak perlu risau. Mudah untuk mengumpan pengundi penjawat awam ni. Elaun IKA pun saya sarankan potong jika betul wawasan 2020 boleh dicapai. Tapi jika tidak tercapai, akauntabiliti terletak di bahu siapa? Satu lagi, saya ingin melihat bagaimana teori ekonomi dibuktikan salah dalam konteks Malaysia. “Mengurangkan perbelanjaan dalaman negara boleh merangsang ekonomi negara.” mungkin saya salah, bukan saya arif tentang ekonomi sangat berbanding beliau yang seharusnya berkelulusan dan berpengetahuan
saya berharap semuga kita bersatu hati dalam apa juga yang hendak di uruskan
Assalamualaikum, Saya rasa sedih bila mengetahui jumlah duit yang begitu banyak diperuntukkan kepada sekolah berprestasi tinggi dan beberapa jenis kategori lagi. Sekolah Menengah ‘biasa’ yang menerima murid pinggir bandar dan luar bandar dengan latarbelakang ekonomi dan akademik rendah (Kelulusan UPSR: tiada ‘A’)pasti tidak akan berjaya meraih apa-apa anugerah. Malah duit yang diperuntukkan ke sekolah ini ‘dipotong’ mulai 2010. Pada pendapat saya sekolah ‘biasa’ begini memerlukan duit yang banyak untuk membolehkan para guru mengadakan program / aktiviti pembelajaran yang menarik dan berkesan. Tanpa peruntukan kewangan yang mencukupi, amat sukar para guru mengubah sikap dan nasib murid-murid ini. Biasanya banyak program/ aktiviti disediakan untuk murid cemerlang tapi kita lupa bahawa murid sederhana dan lemah yang paling banyak bilangannya dan mereka mempunyai motivasi diri yang rendah. Sepatutnya golongan ini yang diberi tumpuan berbanding golongan cemerlang yang mempunyai motivasi diri yang tinggi untuk berjaya.Pengabaian terhadap golongan murid sederhana dan lemah akan menjejaskan prestasi generasi masa depan. Saya amat berharap pihak yang bertanggungjawab mengkaji perkara ini dengan teliti dan hati yang ikhlas demi masa depan negara kita tercinta. Sebenarnya banyak yang ingin saya perkatakan mengenai sistem pendidikan masa kini tapi saya tidak begitu pandai menulis. Saya lebih mudah bercakap secara berdepan.Harap maaf jika ada yang terkilan dengan tulisan ini, niat saya hanya satu ingin melihat semua murid mendapat layanan dan peluang yang sama walaupun prestasi mereka rendah. Tugas kita sebagai orang dewasa untuk mengubah mereka dengan sedaya upaya. Terima kasih.
Aslkm, Dato Sri.
saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Dato Sri kerana sangat mengambil berat tentang Negeri Sarawak dan telah menyalurkan berbillion Ringgit untuk memaju dan membangunkan negeri Sarawak. YAB telah melancar serta merasmikan Projek tebatan banjir di Simunjan dan bekalan Letrik di lachau sri Aman. mungkin bagi penduduk dikawasan tersebut sudah berbangga kerana rumah panjang jauh pendalaman pun dah dapat bekalan letrik. Dan mengucapkan berbanyak terima kasih tapi tidak bagi kami penduduk di kawasan DUN Balai Ringin. Untuk maklumat YAB, kalau YAB naik kenderaan darat YAB perhatikan suatu hari nanti Dari Pekan Lachau hingga ke Pekan Balai Ringin, apa yang kurang dan apa yang sangat diperlukan oleh penduduk, Rakyat dikawasan tersebut. Yang Nyata sekali kampung semua tepi Jalan Besar dari Kuching sampai ke Sabah tapi apa pun tak ada. Tengok kabel letrik, melintas atas bumbung rumah tapi penduduk kampung masih guna Generator minyak petrol &diesel bagi yang mampu dan lampu minyak tanah bagi yang tak mampu. Tengok Batang paip air melintas depan rumah tapi penduduk kampung masih guna air hujan, air perigi & air sungai yang kotor. Masa pilihan raya BN menang, rakyat dikawasn tersebut undi calon sokong calon BN tapi itukah balasan yang Wakil Rakyat ( En Snowdown Lawan) berikan kepada Rakyat dikawasan tersebut? Oleh itu saya mewakili semua penduduk/rakyat tertindas di DUN Balai Ringin ini merayu kepada YAB datang sekali lagi ke Sarawak untuk melawat kampung-kampung yang ketinggalan ini menggunakan jalan darat, jangan guna helikopter sebab nati YAB tak nampak masaalah rakyat yang terlindung ini. Harapan semoga YAB ambil perhatian serious dan segera sebelum pilihanraya negeri Sarawak. Terima kasih
ASSALAMUALAIKUM, DATO SRI YANG SAYA KAGUMI…
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyatakan rasa hati saya.
Saya merupakan seorang penjawat awam yang berada dalam keadaan kebuntuan kerana memerlukan kos yang tinggi setiap bulan untuk melaksanakan tugasan saya yang hanya berjawatan rendah…Sejak awal tahun ini kami dimaklumkan bahawa tiada lagi tuntutan lebih masa yang boleh dibuat dan hanya boleh digantikan dengan cuti…Saya terpaksa menghabiskan waktu cuti cuti saya kerana jawatan yang saya pegang sekarang berkehendakkan saya bekerja pada hari cuti…Lebih menyedihkan lagi pekerjaan saya memerlukan belanja minyak yang tinggi untuk menjalankan kerja setiap hari…Kami akan dimarahi sekiranya tidak dapat menyiapakan bebenan kes yang diterima setiap hari…Dengan pendapatan yang rendah kami tidak mampu untuk keluar setiap hari bagi menyiapkan kes2 bantuan dengan segera kerana tuntutan perjalanan yang diterima tidak mampu untuk menanggung kos minyak yang kami keluarkan setiap hari…Saya terpaksa mengikat perut sendiri bagi membolehkan saya keluar bekerja serta dapat keluar bagi menyiapkan kes bantuan yang diterima di jabatan saya.Dato seri saya berharap sangat2 agar peruntukkan tuntutan perjalanan dan tuntutan lebih masa di jabatan kami dikaji semula…….Saya tidak mampu lagi menanggung bebanan ini kerana kes bantuan yang diterima setiap bulan semakin banyak.kami tidak dapat keluar dengan menggunakan kenderaan jabatan kerana bilangan kenderaan terlalu sedikit dan terhad kepada kes2 penting……….Saya berharap DATO SERI dapat membantu kami dijabatan yang berkepentingan terutama sekali dalam merealisasikan impian 1 MALAYSIA………….
sekian TERIMA KASIH…
apasich yang dibicarain Q ga ngerti tentang perasaan takutnya Q tuch netesin airmata……
Assalamualaikum Datuk Seri
Segala dasar yang telah dikeluarkan oleh PM dan TPM semenjak memegang tampuk pemerintahan kerajaan amat-amat kami kagumi dengan keberanian. CUMA satu jerak TOLONG KAJI SEMULA SISTEM GAJI KAKITANGAN AWAM DAN SWASTA…..MALAYSIA SEPATUTNYA SUDAH BOLEH DIBAYAR GAJI MENGIKUT SISTEMMATIK………TETAPI syaratnya kena STOP pekerja asing……
To the honerable PM,
Is there any solution for me and those who are really wants to work in governtment sector… we had wait for a long time for the day to get a call for an interview and for a appointment letter to join for the work.. and so far, i hope there is a consideration from you and all. However i would like to take this opportunity to congrats you for being a wonderfull prime minister of malaysia.. we can see the improvement of our economics under ur guidence 1Malaysia. Thank you Dato’
from,
Jay shalini selvanthan