• SatuMalaysia – Laman Peribadi Najib Razak?

    Sekiranya Dr. M menulis blog dan pandangannya melalui laman Chedet, kini terbaru Timbalan Perdana Menteri kita turut berkongsi kehidupannya melalui internet dengan nama domain SatuMalaysia.com.my. Persoalannya kini, relevankah penggunaan nama domain tersebut sedangkan ianya berkisar akan pandangan dan dipenuhi gambar, dan video beliau.

    satumalaysia
    Rekabentuk Laman SatuMalaysia.com.my

    Bukan menghalang beliau daripada menceburkan diri didalam dunia maya ini, cuma ianya mungkin lebih sesuai sekiranya beliau menggunakan nama domain seperti NajibRazak.com dan sebagainya. SatuMalaysia.com.my lebih sesuai sekiranya digunakan untuk membangunkan laman-laman yang mengambil peristiwa dan pandangan daripada satu Malaysia, ataupun mengumpulkan berita, sepertimana laman MalaysiaKini, atapun Malaysian Insider.

    Mungkin ramai akan mengatakan saya tidak membaca keseluruhan artikel yang ditulis didalam laman tersebut. Ya, memang saya tidak membacanya langsung. Selepas sahaja melihat rekabentuk laman tersebut, saya rasa tertipu apabila apa yang saya lihat kebanyakkannya hanya gambar-gambar Timbalan Perdana Menteri kita.

    Oh ya, beliau juga memiliki laman blog-mini, iaitu Twitter. Anda boleh mengikuti beliau melalui laman khas beliau, iaitu Najib Razak @ Twitter. Anda juga turut boleh melayari laman Flickr Najib Razak. Mungkin tidak lama lagi, kita dapat melihat Anwar Ibrahim dan juga Dr. M turut menyertai Twitter.

95 Komen

  1. Kreuger @ Mr. Azman on 02 Jan 2009

    erm.. tak berapa nak seswai la…
    konsep lari siot… ni blog ke friendster???
    bukan nak kutuk… just kompius konsep jer~

    ape ape pon… semangat tuh harap harap berkobar
    la macam blogger otaimer yang lain…

    saranan:- Welcome to the Club~

    Kreuger®

  2. |1f34|-|1r3 on 03 Jan 2009

    najib nyer blog ni dh lama dah beb…tp tak cukup kecoh cam chedet nyer dulu….hehe

    • Kreuger @ Mr. Azman on 03 Jan 2009

      pst… lepas ni mula laa keychoh plak
      miahahaha~ what ever jer la.. janji
      rock :D

    • aman on 03 Jan 2009

      aku tak perasan lak…
      adik aku yang bgtaw pasal menda nie..
      dia cakap, dia dengar kat bulletin utama…
      huhu..

      • azraai on 03 Jan 2009

        kah kah kah.
        blog bakal presiden umno pun kena umum kat buletin utama ker.
        sapa ada stats?

  3. Bro Amanz! Saya tersesat tadi. Time saya gi http://www.1malaysia.com
    lepas tu tersesat ke web hosting linux free? ingat nak gi web Najib tu.. huhu… try ar buat review kat blog ni. Pasti gempak! hehe

  4. saffa on 03 Jan 2009

    gila cun blog dia! hahah

    • aMaNz on 03 Jan 2009

      Blog jer ke, atau orang nyer skali..haha

      • chempaka on 03 Jan 2009

        nyebuk jap… ish cun ke najib tu…

        • amirul on 18 Aug 2009

          alah chempaka aku thulah hg tu cun,x yh kch

  5. loque on 03 Jan 2009

    x sesuai langsung…
    ape daa…

  6. twenty-six on 03 Jan 2009

    itu bukan blog..hanya sekadar propaganda politik

  7. nono on 03 Jan 2009

    woo man. sekarang semua nak blog. tapi dia lambat la.. haha!

    • Maya on 03 Jan 2009

      Biar lambat.. jangan tak ada sudah…. YB yang lain2 tu bilalah nak celik IT

  8. izz on 03 Jan 2009

    elok lah tuh… kesedaran berblog makin menjadik jadik..! syabasst!

  9. xflixz on 04 Jan 2009

    mak aihh..gune joomla 1.5 tuhh..hahhaa..bape juta la kuar tender ni.hahaha.. ;p

  10. baby on 02 Apr 2009

    ok ape….dh dpt PM bru…kata nk perubahan…..wait n c la..

    • rosli on 30 Aug 2009

      apalah,korang ni aku bangga jadi anak watan malaysia,korang nak thu knapa,,,,aku ada PM macam najib very agresif pandai jaga keamanan negara aku sokong apa2 tindakan yg. beliau amik HIDUP NAJIB

  11. baby on 02 Apr 2009

    ok ape…dh dpt PM bru…kata nk perubahan….

  12. Mohd Sam B Sari on 10 Apr 2009

    As’salam’mualai’kumYB Datuk SRI,Sesungguhya saya mewakili rintihan rakyat berterima
    kaseh diatas kesudian YB DATUK SRI,Membuka laluan ini.untuk rakyat.
    Sesungguhnya,YB DATUK SRI,ianya bukanlah satu komen,t
    api adalah satu pendapat dari
    rakyat.

    Suara Rakyat pada hari ini.

    Kami adalah rakyat malaysia yang tidak kisah,walau apa pun parti yang memerintah,menguasai tanah jajahan yang merdeka.
    Yang pastinya,ia dapat membantu kehidupan rakyat sebenarnya.

    Walaupun mengundi adalah satu demokrasi memilih pemimpin diwajibkan.Untuk rakyat meluahkan haksebagai mengharapkan satu dasar aliran perubahan.

    Tapi adalah disebaliknya.
    Dibawah pemerintahan yang adil,setiap perubahan amat mem’ma’atkan dan dikagumi oleh rakyat,Malahan rakyat akur dengan keputusan pemerintah(keraja’an)
    Tapi itu adalah dari mata pandangan dunia Luar.
    Juga pada mereka yang telah sedia kehidupan dalam golongan berada.

    Tapi adalah benar sebalik dalamanya.
    Bagi kami sebagai rakyat malaysia yang dibawah golongan yang kurang berkemampuan dalam arus hidup,Seperti kami yang berpendapatan rendah.yang selalu diperkatakan
    dimana saja.
    Adalah melihat pemerintahan maseh tidak dapat membantu sebenarnya kehidupan rakyat.
    atau peka akan dilema masa’lah rakyat sebenarnya.didalam ekonomi global yang
    kurang baik sedekad era 2008 – 2009.

    Luahan suara dan keinginan rakyat.Dimasa kini.Adalah didalam,Global yang merundung paras kejatuhan ekonomi.
    dan sekaligus kejatuhan ekonomi pada kami pendapatan rendah dengan pendapatan hasil makan gaji.Juga sebaliknya yang telah ditamatkan perkhidmatan.

    Yang mana tiada kepeka’an diambil untuk kami rakyat yang dilanda tekanan hidup sehingga terpaksa mengambil satu jalan pintas dengan mengambil wang pendahuluan dari situasi kewangan ‘ALONG’
    Untuk penyelesaian intuasi kewangan untuk membayar hutang yang sedia ada sebelum ini terutama pada bank yang memaksa dan juga tidak ada tolak ansur dalam perbincangan
    didalam ekonomi Global yang semua dunia tahu akan kemelesetannya.
    Kerana kami rakyat biasa,Bukan title keporat mahu pun Datuk untuk mereka menghormati,keputusan rakyat.
    Sehingga kebuntu’an.pada siapa kami rakyat meminta pertolongan kecuali ‘ALONG’
    Untuk melunaskan tututan oleh pihak bank.
    Kerana kepeka’an Parti memerintah,tidak mahu ambil tahu masalah suara rakyat sehinggalah satu status,BLACK LISTED dikenakan,bila sesuatu milik yang bertahun tahun dimiiki dirampas dalam sekelip mata juga dilelongkan dengan jumlah yang tak masuk akal.

    Suara rakyat selalu berkata sesama sendiri.
    Dimanakah keperihatian Keraja’an pada rakyat.sedekad ini.
    yang nyata telah ada segelintir telah merempat pada bumi sendiri.Akhirnya

    Suara rakyat,Mengakumi setiap seranan keraja’an memajukan rakyat.
    Tapi,bagaimana dengan kehidupan rakyat sebenarnya…….?

    Suara rakyat tidak pernah risau akan segi pemakanan,kerana sayur dihutan maseh lagi boleh pengalas perut,sebelum ajal.
    Suara rakyat juga tidak pernah risau,jika kemewahan hilang dalam sekelip mata.
    Suara rakyat selalu terfikir dan Risau,Jika Rumah untuk berteduh dirampas dari untuk
    dimiliki,kerana tidak mampu membayarnya mahupun telah tertunggak bulan ke bulan.
    sebagai tempat perlindungan untuk berteduh kami sekeluarga dari jadian merempat Ditanah air sendiri…………..

    Disini suara rakyat selalu berkata,dimanakah kepeka’an keraja’an menangani issue sebegini……….
    Tapi kepeka’an ini ada tersirat dalam hati suara rakyat,tapi hanya dengan keizinan dari pihak memerintah mengeluarkan akta.

    Suara rakyat selalu berkata,sesama sendiri,malahan tohmahan tak berasas sebagai analysis meletakkan pentadbiran memerintah tidak betul.
    Dan Memaksa pembubaran dilakukan oleh segelintir rakyat.

    Suara rakyat sesama sendiri terus berkata.
    Dimanakah wang simpanan pekerja?
    Dimanakah saranannya.Membantu dikala hari tua?.Agar tidak merempat mahupun seadanya.
    Sedangkan sebelum umur menjankau tua,telah dihimpit dan merempat tanpa haluan.tiada tempat berteduh……..untuk keluarga yang maseh kecil.
    Fikirkanlah………..?

    Suara rakyat selalu berharap,pengeluaran KWSP hendaklah dibubarkan aktanya.didalam kegawatan ekonomi sekarang ini.sebagai penyelesaiannya.
    sepertimana dilakukan untuk pengeluaran sebelumnya.Pembelian computer,

    Maka jika itu boleh dilakukan,mengapa untuk pengeluaran menyelesaikan semua baki pinjaman perumahan,tidak difikirkan agar setiap rakyat dapat berlindung Walaupun dalam kegawatan ekonomi.

    Pengeluaran yang sedia ada,akuan 2 yang hanya untuk setahun sekali maseh tidak mampu menanggong satu penyelesaian pembayaran rumah.
    Kerana potongan gaji yang dibuat dibahagikan kepada 2 akaun,adalah terlalu kecil untuk pembayaran back-up bulanan rumah.
    Kerana prosedure bank dengan saranan kerajaan pembayaran melalui KWSP adalah jauh berbeza.
    Berpuluh kali pengeluaran dibuat,baki maseh tidak berkurangan malahan jadi penambahan pada bulan berikutnya,kerana pihak bank mengenakan caj interested
    dan akhirnya…..Duit KWSP habis entah kemana,Rumah akhirnya dilelong juga.

    Suara rakyat mengcadangkan,Jumlah terkumpul didalam KWSP.Boleh dikeluarkan untuk membayar semua baki pinjaman penuh perumahan.sebagai penyelesaian rakyat
    agar didalam kegawatan ekonomi rakyat maseh lagi dapat tidur dengan Lena.

    Kerana merujuk dari jumlah simpanan penjarum,adalah melebihi dari baki pinjaman perumahan,
    Maka mengapa suara rakyat terus dibiarkan,dibelenggu caj Interest pada pihak bank.
    Disinilah suara rakyat memperkatakan sesama sendiri.

    Inilah satunya cara suara rakyat.bebas dibelenggu tekanan.Jika dibenarkan penjarum mengeluarkan KWSP atas tujuan ini.Oleh kerajaan.
    Dari meniti tangga pejabat,Offis ALONG,Setiap bulan.yang belum pasti terbayar akhirnya.
    kerana hanya kerajaan saja,yang boleh meminda akta ini.

    KESIMPULAN
    1) Suara rakyat,hanya mahu kepeka’an pemerintah menanggani issue (Rumah) ini didalam
    kegawatan ekonomi.Agar rakyat tetap punya tempat berteduh Seperti didalam akhbar pembuangan pekerja diwarkan menjangkau puluha ribu orang,mungkin ada yang sudah dilelongkan rumah mereka
    Atau segelintir dalam prosess seterusnya.
    Tapi,Fikir-fikir kemanakah mereka dan keluarga mereka untuk berlindong, jika ianya berlaku

    2) Suara rakyat,mengharapkan satu memorandum hendaklah dikeluarkan oleh kerajaan bagi memantau pada mana situasi kewangan,yang memberi pinjaman
    perumahan,untuk terus mengambil tindakkan perlelongan. dengan serta merta.

  13. Mohd Sam on 10 Apr 2009

    Assalammualaikum YB DATO SRI
    Sesungguhnya ianya ertikel ini bukanlah satu komen,tapi
    adalah pendapat dari suara rakyat.

    Bagaimana saya sebagai rakyat,dapat terus menghantar atau fax kan artikel terus ke dato sri

  14. azni dato' ismail on 12 Apr 2009

    As’salam’mualai’kumYB Datuk SRI,Sesungguhya saya mewakili rintihan rakyat berterima
    kaseh diatas kesudian YB DATUK SRI,Membuka laluan ini.untuk rakyat.

    di sini kami ingin meminta perhatian YB Datuk Sri, sebenarnya kami adalah guru lepasan KPLI yang baru sahaja posting 5 Januari 2009 yang lalu. kami ditempatkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebenarnya kami telah mendirikan rumah tangga, bersuami, beristeri dan juga sudah beranak. Tetapi masalahnya kini kenapa kami tidak mendapat penempatan yang berdekatan dengan keluarga contohnya seperti Kedah, Pahang atau Pulau Pinang. Kini sudah 4 bulan kami berjauhan dari keluarga. Sebagai guru yang perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada murid-murid di sekolah dan melakukan tugas-tugas lain di sekolah. Tetapi, kami menghadapi masalah kerana tidak dapat memberi tumpuan menjalani proses pengajaran dan pembelajaran. Kami sudah tidak sanggup hidup berjauhan dari keluarga. kami tidak dapat fokus pada kerja apabila keluarga mengalami masalah,seperti anak yang masih kecil jatuh sakit. Dahulu, kami ketawa apabila mendengar statistik yang dikeluarkan oleh hospital sakit jiwa mengenai bilangan tertinggi pesakit mental adalah di kalangan guru. kini kami memahami apa yang menyakitkan mental seseorang guru. seperti yang kami alami sekarang ini, bukanlah masalah yang berlaku di sekolah. tetapi kami hanya ingin pulang ke pangkuan keluarga. kami inginkan kebahagian keluarga kami seiring dengan kerjaya kami. Profesion perguruan bukanlah sesuatu yang mudah, kerana perlu mendidik insan supaya menjadi manusia berguna. tetapi, sekiranya kami tidak dapat fokus sepenuhnya kepada profesion kami ini, bimbang sesuatu yang lebih buruk akan berlaku pada murid-murid. yang meghairankan kami, kenapa penempatan guru tidak ditempatkan mangikut alamat suami/isteri. padahal, bilangan guru di kuala lumpur sudah berlebihan.kami telah melampirkan surat nikah,sijil lahir anak semasa mengisi borang penempatan adalah sia-sia belaka. kami sungguh kecewa kerana cita-cita kami sebagai guru berdedikasi semakin hari semakin luntur.Selain itu juga kami kecewa dengan JPWPKL yang lambat mengemaskini data/rekod maklumat diri guru. Kami tidak dapat mengisi borang pertukaran guru secara online sedangkan rakan-rakan senasib di Pahang dan Selangor telah selesai mengisinya. kami amat berharap agar proses penempatan bagi calon guru yang akan datang dibuat dengan lebih relevan. Seterusnya,apakah kesudahannya nasib kami ini? bolehkah YB Datuk Sri memberi sedikit keprihatinan trehadap masalah guru-guru seperti kami ini?

    Guru sedih,KL

  15. Hambali on 12 Apr 2009

    Meamng sesuai dengan situasi sekarang ini, perlu ada laman web untuk tatapan dan luahan pendapat dan komen, tetapi sya nak komen disini, berapa kerap laman web ini di update, kenapa masih Datuk Najib masih lagi TPM, sedangkan beliau dah pun PM,kena le update selalu dan ikut perkembangan semasa,Tahniah Datuk Najib.

  16. yakis on 12 Apr 2009

    baru hari ini dengar PM baru ada blog, dengar dalam berita tadi dan terus layari……..maseh ada kekurangan. Terus perbaiki agar ia lebeh menarik.

  17. syukri JPP on 13 Apr 2009

    As’salam’mualai’kumYB Datuk SRI,Sesungguhya saya mewakili rintihan rakyat berterima
    kaseh diatas kesudian YB DATUK SRI,Membuka laluan ini.untuk rakyat.

    di sini saya ingin meminta perhatian YB Datuk Sri, sebenarnya saya adalah kakitangan di Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu ( ICU- Jabatan Perdana Menteri ) yang baru sahaja diTAMATkan kontrak pada 31 Mac 2009 yang lalu. Sebenarnya saya telah mendirikan rumah tangga, beristeri dan bakal menimang cahaya mata pada bulan julai ini. Tetapi masalahnya kini kenapa kami di TAMATkan kontrak dengan jabatan ini.Saya telah berkhidmat dengan jabatan ini lebih kurang tiga tahun dan Seterusnya,apakah kesudahannya nasib kami ini? bolehkah YB Datuk Sri memberi sedikit keprihatinan terhadap nasib seperti kami ini?
    Dimanakah pembelaan kerajaan terhadap kakitangan awam seperti kami ini yang dilaung-laungkan oleh Datuk Sri…????

  18. naim on 13 Apr 2009

    tuan pm.
    bahagian penerangan umno perlu brubah .. sy x nampak kerja yg d lakukan bhgian ini untk menarik org ramai kmbali kepada umno.. umno perlu bergerak mcm PrU 1 dahulu…
    tahniah kerana menjadi perdana mentri…. good luck
    PAKATAN BELIA MALAYSIA(PBM)

  19. zanieza on 15 Apr 2009

    sya amat berbangga bila datuk najib dilantik menjadi pm, dan sya berharap beliau dpt mentadbirkan negara kita malaysia lebih dikenali di dunia dan aman / makmur didalam negara. berilah perhatian kepada mesyarakat yang berada di luar bandar ini kerana mereka sering berada dlm kekurangan.

  20. Hambali on 15 Apr 2009

    Assalamualaikum Datuk Seri, hasrat Datuk Seri untuk mereliasasikan 1 malaysia tu memang kami sambut baik tapi saya ada satu cadangan, saya lihat masih banyak lagi YB kita (DUN)masih tak bekerja seperti apa yang YB harapkan,tak turun padang langsung untuk melihat sendiri masaalah rakyat, apa yang ada mereka praktikkan sekarang dah tak sesuai lagi,seperti membuka satu office untuk rakyat mengadu masaalah pada YB,sepatutnya TB sendiri yang turun padang untuk melihat sendiri,bukan nya rakyat pergi jumpa YB di pejabat yang disediakan,menagap semasa nak mengundi sahaja YB cari pengundi, tetapi bila dah menang, nak jumpa Yb pun susah,adakah adil macam ini,sepatutnya selepas pilihanraya,cara yang sama juga patut di semai,pergi jumpa rakyat,Kalau macam ni la, sampai bila pun tak kan berhasil cita cita yang Datuk Seri war warkan tu.Diharap dapat kiranya Datuk Seri ambil perhatian serius dalam hal ini.
    Saya dari Ipoh Perak .

  21. Hambali on 15 Apr 2009

    Assalamualaikum Datuk Seri, hasrat Datuk Seri untuk mereliasasikan 1 malaysia tu memang kami sambut baik tapi saya ada satu cadangan, saya lihat masih banyak lagi YB kita (DUN)masih tak bekerja seperti apa yang YB harapkan,tak turun padang langsung untuk melihat sendiri masaalah rakyat, apa yang ada mereka praktikkan sekarang dah tak sesuai lagi,seperti membuka satu office untuk rakyat mengadu masaalah pada YB,sepatutnya YB sendiri yang turun padang untuk melihat sendiri,bukan nya rakyat pergi jumpa YB di pejabat yang disediakan,menagap semasa nak mengundi sahaja YB cari pengundi, tetapi bila dah menang, nak jumpa Yb pun susah,adakah adil macam ini,sepatutnya selepas pilihanraya,cara yang sama juga patut di semai,pergi jumpa rakyat,Kalau macam ni la, sampai bila pun tak kan berhasil cita cita yang Datuk Seri war warkan tu.Diharap dapat kiranya Datuk Seri ambil perhatian serius dalam hal ini.
    Saya dari Ipoh Perak .

  22. Nagaiah Velu on 16 Apr 2009

    Tahniah YAB. Kini kami berpeluang menyampaikan suara hati kami kepada orang no 1.

    Sebagai permulaan 1 Malaysia, kami rasa terhina apabila dikatakan fasih berbahasa. Kami bukan pendatang; Kami anak Malaysia. Bahasa Malaysia (bukan bahasa melayu) adalah bahasa kami juga, Bahasa Bangsa Malaysia, bahasa milik semua warga Malaysia. Mertabatkan dan perkasakanlah Bahasa Malaysia sebagai bahasa komunikasi, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan.

  23. Mohd Zulfadhly Bin Abd Jabar on 20 Apr 2009

    Tahniah atas perlantikan Dato’ Seri Najib.Kami pelajar UKM-KIPSAS sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Dato’ Seri memimpin agama,bangsa dan negara. Kami semua berterima kasih atas jasa Dato’ Seri selama ini.

  24. wan shamsul on 24 Apr 2009

    tahniah dato seri atas perlantikan sebagai PM yang ke 6.Konsep satu malaysia amat bertepatan dalam keadaaan politik negara masa kini.Semua kaum mesti menghayatinya.

  25. azmie on 24 Apr 2009

    Assalammualaikum……………..
    Apa-apapun tahniah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6…….
    Semoga tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan dalam mengharungi kemelut politik serta ekonomi global yang tidak menentu melanda negara malaysia yang berdaulat…..

  26. Manusia on 24 Apr 2009

    Assalammualaikum…

    Syukur ke hadrat Allah S.W.T aku hidup di Negara Malaysia yang bertuah ini…
    Negara Malaysia yang aman dan damai, keharmonian dirasai seluruh Rakyat Malaysia tidak mengira kaum… Syukur Alhamdulilah….

    Walau bagaimanapun suasana ini tidak dapat dirasai oleh rakyat di Negara lain yang sering kali dibelenggu seribu macam permasalahan…..
    Nyawa manusia umpama tiada harga melayang dan pergi begitu saja pada setiap hari berpunca dari peperangan / pembunuhan / dendam / kebencian / hasutan / iri hati @ dengki sehingga manusia hilang kewarasan akal & fikiran… Na’uzubillah….

    Dentuman bom dan senjata otomatik tidak mengenal mangsa mengenai ahli keluarga di depan mata sendiri… sedih & pilu…
    Terharu, berkongsi kesedihan pengeboman berlaku di negara jiran di Bali, Indonesia, peperangan di selatan Filipina dan juga di selatan Thai-Yala Naratiwat telah mengorbankan beribu-ribu orang awam yang tidak berdosa….. Na’uzubillah..

    Kekurangan zat makanan, tidak mempunyai kemudahan perubatan, kebuluran, kematian Ibu dan bayi disebabkan tidak dapat melahirkan dalam keadaan sempurna……

    Syukur, Alhamdulillah…. Aku lahir di Negara Malaysia yang bertuah……

    Kenapa? dan Mengapa? ini berlaku…. “Muhasabah Diri”

    “Ya Allah, Engkau lindungilah kami, lindungilah keluarga kami, lindungilah Sahabat handai Kami, Lindungi Pemimpin-pemimpin kami dan Engkau Lindungi Negara Kami Malaysia yang kami cintai ini… Jauhilah kami daripada malapetaka dan Bala serta jauhi kami dari azab kemurkaan-Mu.., sesungguhnya kami ini lemah… Kepada-Mu lah kami sembah dan kepada-Mu lah kami mohon pertolongan… Amiin…Amiiin.. Ya Rabbal ‘alamiin…..

  27. Penyayang Bangsa on 27 Apr 2009

    Asallamualaikum,tahniah Dato’ Seri atas perlantekan sebagai PM,saya masih ingat era arwah ayah dato seri menjadi PM dulu,masa tu keluarga saya adalah tergulung daripada keluarga susah,syukur kehadrat Allah hidup keluarga saya telah berubah semenjak kerajaan memberi peluang kepada keluarga menjadi peneroka disebuah rancangan diSelangor tambahan pula kami orang Selangor. Apa yang ingin sampaikan adalah masa depan generasi kedua dan ketiga rancangan sekarang.Dibandar bandar sekarang jika diadakan serbuan dan tangkapan pehak berkuasa,40% adalah dari keluarga peneroka.Ini bukan setakat menunjukan keluarga peneroka telah besar tetapi menunjukan penglibatan remaja remaja dan belia peneroka terlibat dengan aktiviti kerosakan moral,kegiatan tidak bermoral.Pentadbiran rancanngan tidak putus putus mengadakan program kesedaran kearah menjadi rakayat sihat dari segi akal pemikiran dan tingkah laku. Saya mengharapkan dato seri membuat penekanan yang lebeh kepada pembangunan insan,muhasabah diri kearah remaja remaja dan generasi peneroka menjadi rakyat yang sayangkan rancangan dan negara.Dengan penubuhan kabinet baru saya nyakin sokongan generasi baru memberi sokongan kepada kerajaan pimpinan dato seri ….InsyaAllah.

  28. xflixz on 27 Apr 2009

    wahh..indahnya bahasa..hahahaa

  29. one-d on 29 Apr 2009

    Salam Dato’ Seri yang pertama saya nak ucapkan tahniah kepada Dato’ Seri kerana menjadi PM yang ke6 secara ringkas saya nak komen sedikit pasal pilihanraya yang lepas dan yang terkini. Yang lepas dekat bukit selambau dan bukit gantang kita kalah tak teruk sanggat cuma strategi tak kena saja saya sarankan kita kena pandai main strategi perlu kita ambil orang bukan aktif di dalam arena politik tanah air untuk merancang kesemuanya dan pasal pilihanraya Penanti boleh menang tapi kena pilih anak jati di situ,orang yang sederhana walaupun tidak berpelajaran tinggi tapi dia mestilah mesra rakyat serta penduduk penanti tahu dia tu sapa klu nak di bandingkan dengan calor PKR dia orang luar.

    cuba dulu mana nak tahu kan…………
    sekian wasalam……………

  30. cikmin on 04 May 2009

    salam Dato’Seri tahniah kerana berani menerbitkan blog, saya percaya Dato’ Seri akan menerima berbagai-bagai pujian, tohmahan dan sebagainya. Saya rasa itu semua adalah lumrah, ada yang suka dan yang tak suka pun ada, bagi saya sebagai seorang rakyat yang cintakan keamanan dan kemakmuran negara, saya walaupun seumpama seekor semut yang kecil akan tetap menyokong dan berbangga menjadi seorang rakyat MALAYSIA!! Saya tak mahu melihat kita merimpat di Negara sendiri.. wassallam.

  31. yusri bin ahon on 31 May 2009

    Pengisian SATU MALAYSIA.
    Maafkan saya mengeluarkan kenyataan secara berterus-terang, menyampaikan hasrat dan suara hati masyarakat kami terhadap kerajaan BN, sebelum ini langsung tidak di beri peluang, diluahkan untuk dikongsi bersama dalam konsep satu Malaysia.
    Kami masyarakat Orang Asli memohon kerajaan menghormati dan memahami konsep tanah Orang Asli sepertimana kerajaan Negeri Selangor buat sekaligus mengiktirafkan kedalam kanun tanah Negara supaya dihormati oleh semua pihak menjadikan asas dan satu titik sejarah atau lembaran baru sebagai pengisian dalam konsep satu Malaysia, supaya masyarakat Orang Asli dapat merasai erti dan menikmati kemakmuran bersama sejajar dengan konsep satu Malaysia, agar tidak lagi tertindas dan tidak perlu naik turun mahkamah untuk menuntut atau dituntut.
    Ini kerana tanah Orang Asli selama ini diperlakukan oleh kerajaan seperti telur dihujung tanduk walaupun tanah kami berjumlah 137,600.65 hektar hanya 14.58% 19,987.46 hektar daripada keluasan tersebut diwartakan sebagai rizab Orang Asli. 21.16% atau 29,010.80 hektar lagi telah diluluskan tetapi masih belum diwartakan, manakala selebihnya belum diluluskan lagi sebaliknya kerajaan mengklasifikasi sebagai tanah kosong kerajaan.
    Maka tanah-tanah ini terdedah kepada ancaman pencerobohan, walaupun kerajaan mengetahui bahawa Orang Asli berkurun menduduki dan mengusahakan tanah tersebut, terdapat bukti-bukti kebun-kebun getah merupakan sumber pendapatan utama penduduk disamping makam-makam keramat, perkuburan dan dusun-dusun datok nenek moyang kami didalam tanah itu, tetapi kerajaan sengaja tidak mengendahkanya manakala sebahagiannya keluasan tanah kami langsung tidak diambil kira kerana berada didalam hutan simpan akibat daripada dasar kerajaan tidak mengiktiraf Orang Asli sebagai penduduk Asal Negara.
    Maka sebab itu pewartaan hutan simpan pada 1920 tidak mengambil kira kewujudan Orang Asli didalamnya, maka kami Orang Asli berhadapan dengan tindakan undang-undang oleh kerajaan BN atas dakwaan menceroboh, kononya tanah adat saka Orang Asli tidak diiktiraf dibawah kanun tanah Negara, walhal kerajaan ada kuasa meminda undang-undang bagi melindungi tanah Orang Asli.
    Jika kerajaan benar-benar ikhlas dan bertanggungjawab membela nasib Orang Asli, sudah tentu tidak ada masalah tetapi sebaliknya kerajaan melupuskan tanah kami, maka masyarakat kami terdedah kepada ancaman, setelah tanah adat kami menjadi rebutan individu bangsa-bangsa lain yang tamak dan berkepentinggan.
    Tetapi baru-baru ini semasa mesyuarat umno di Jengka, salah seorang pemimpin parti itu berkata kononya, mereka pening kepala kerana Orang Asli sudah menuntut hak dalam masa yang sama melayu juga menuntut hak. Persoalanya kenapa tuntutan tanah adat Orang Asli disamakan dengan tuntutan melayu? Kenapa tanah adat Orang Asli menjadi pilihan?
    Ini sebenarnya kerajaan BN sengaja melaga-lagakan masyarakat Orang Asli dengan Orang luar merupakan punca kerusuhan kepada asas perpaduan kaum selama ini sedangkan Orang Asli hanya menuntut hak keatas tanah berkaitan adat resam sahaja berdasarkan kepada bukti-bukti yang ada, Kenyataan sebegini jelas menunjukan sudah jauh terpesong mereka sudah lari daripada apa mereka dah lakukan dengan memutarbelitkan fakta.
    Eroninya Orang Asli sendiri masih tidak mengerti dengan permainan politik semasa, akibatnya Orang Asli syok sendiri telah termakan gula-gula dan dihasut oleh pemimpin seperti itu, serta pemimpin Orang Asli sendiri seperti musang berbulu ayam mengejar gelaran yang tak pasti dapat, merelakan diri mereka menjadi kuda tunggangan umno semata-mata dengan mengadaikan maruah bangsa untuk kepentingan sendiri akhirnya Orang Asli sendiri terjerumus kedalam isu hak.
    Sepatutnya tidak timbul dan tidak perlu dipertikaikan, akibatnya Orang Asli menumpang di Negara sendiri.
    Mudah-mudahan dengan adanya laungan keramat 1 Malaysia yang bergema merentasi ceruk gunung berik benuak, teluk carok dan rantau. Orang Asli berharap agar laungan itu membawa rahmat sinar harapan baru untuk menikmati erti kemerdekaan yang sebenar dan bolehlah menarik nafas lega, dengan penuh rasa bangga menjadi rakyat Malaysia disamping merehatkan diri dan fikiran dari igauan dan cengkaman undang-undang dasar pembangunan kapitasi kapitarik ciptaan BN yang mengerunkan, membelakangkan nilai-nilai kemanusiaan yang mengutamakan keuntungan. Orang Asli resah di Negara sendiri.

  32. yus on 01 Jun 2009

    Saya mewakili masyarakat Asli seluruh malaysia, mengucapkan tahniah kepada Datuk Sri, kerana dilantik menjadi PM ke-6.

    Disini saya ingin meluahkan keresahan hati masyarakat kami Orang Asli, yang merasa amat kesal dengan keputusan mesyuarakat kerajaan Negeri (Ruj.(3)com.PTG.PHG:13/168 Jld.1 bertarikh 19FEBRUARI 1998. Pindaan 2006. Atas arahan melupuskan tanah masyarakat kami Orang Asli, ini kerana keputusan mesyuarat tersebut langsung tidak mengambilkira sentiviti dan kreadibiliti sesuatu kaum, keputusan mesyuarat tersebut amat jelas sekali bahawa pihak Kerajaan Negeri telah menyalahgunakan kuasa yang ada mendiskriminasikan masyarakat kami dan mencabuli hak asasi serta tidak menghormati fakta sejarah, Agama (Anamisme), adat resam dan budaya masyarakat kami Orang Asli sebagai Orang asal di Negara ini.

    Kami masyarakat Orang Asli sesunguhnya amat begitu terkilan dengan tindakan tersebut, sepatutnya setiap kali pihak yang berkewajipan menentukan apa-apa dasar untuk sesuatu kaum seharusnya diwakili oleh kaum itu sendiri, termasuklah masyarakat kami Orang Asli, seharusnya bersama-sama Orang Asli itu sendiri, termasuklah POASM, Tok-tok Batin serta wakil-wakil, keputusan mereka juga harus mengambil kira keputusan daripada akar umbi, bukan hanya diwakili oleh JHEOA.
    Sikap pihak yang berkewajipan yang sentiasa menuding jari tidak mengaku kesilapan juga amat dikesali, sepatutnya mencari punca bagaimana sesuatu permasalahan itu berlaku dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut, sebaliknya mereka dengan sengaja memutarbelitkan fakta, sehinga Akta kanun tanah Negara, Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) pindaan 1974, Perlembagaan Persekutuan dan pelbagai lagi Akta serta Perlembagaan yang menjamin hak rakyat pun dapat digunakan untuk mendiskriminasikan hak rakyat termasuk hak masyarakat kami.

    Bagi mengilak daripada pencabulan dan pelangaran tersebut terus berleluasa, disini sekali lagi saya mewakili masyarakat Asli memohon jasa baik Datuk Sri supaya mengkaji semula keputusan diatas serta apa-apa dasar yang menidak hak rakyat terutama hak masyarakat kami sebagai Orang Asal di Negara ini bagi mengilak daripada persepi negatif terhadap konsep satu Malaysia hanyalah atau sebagai retotik semata-mata.

    Untuk mengenal pasti permasalah tersebut saya dengan besar hati menjemput Datuk Sri supaya turun padang, kerana 98% penempatan masyarakat kami di Negara ini sememangnya bermasalah terutama sekali membabitkan Tanah adat, masyarakat kami juga menjadi takut untuk bersuara kerana pernah digertak akan ditangkap dibawah ISA sekiranya perkara tersebut dikemukakan kepihak atasan.

  33. one on 10 Jun 2009

    Pengeluaran wang kwsp adalah langkah terakhir utk menyelesaikan kebanyakan masalah yg membabitkan isu kewangan yg melanda kbnyakan individu..betullah kwsp tu simpanan utk hari tua..tapi klu diikutkan masalah yg sedang melanda tu hari ini..

    1)saya cadangkan buat syarat baru utk kwsp..pengeluaran dibenarkan mengikut tahun bekerja..coth bila dh smpai 5 tahun dibenarkan buat pengeluaran..kmudian 5 tahun berikutnya plak..kwsp ni umpama tabung..

    2)Mereka yg sudah tidak mencarum dibenarkan membuat pengeluaran semua akaun..nk buat bisnes bleh pkai duit tu..ni nk baut pinjaman pn payah..mana ada bank nk bg klu 1st time nk buat..jawapan dia along lah..

    saya sdiri x trkecuali brdepan dgn masalah ni..sehingga smpai satu tahap trpikir nk BERSARA DARI HIDUP supaya family dpt duit pampasan insuran utk mula hidup baru..

  34. roslina samsuddin on 05 Jul 2009

    assalamualaikum YAB Perdana Menteri Malaysia…………. saya merpakan seorang siswazah menganggur yang memerlukan pembiayaan modal daripada pihak kerajaan untuk memulakan perniagaan. saya membuat permohonan pinjaman dengan tekun nasional tetapi kelulusannya mengambil masa yang agak panjang. sehingga hari ini saya masih belum menerima sebarang feedback dari pihak tekun terhadap pinjaman yang dilakukan. sehingga 5/7/2009 permohonan yang dibuat sudah hampir 1bulan 10 hari. saya berharap pihak kerajaan akan cuba untuk mempercepatkan proses kelulusan peminjaman terutama bagi siswazah yang mahu menceburkan diri dalam perniagaan.. terima kasih

  35. zolkefli on 03 Aug 2009

    Tahniah YAB Dato`Seri kerana mengadakan blog ini bagi kami Rakyat Malaysia menyampaikan apa juga massalah buat pengetahuan YAB Dato`Seri.

    Mengenai Rumah Mesra Raykat.utk makluman YAB Dato Seri,bahawa ayahanda saya telah memohon Rumah Mesra Rakyat melalui pej ADUN Bandar Baharu pada tahun 2005.surat perjanjian telah ditandatangai melalui peguam syarikat perumahan negara .Pihak kontraktor telah melawat tapak bagi tujuan pembinaan dan diminta ayahanda saya untuk menambak tapak itu bagi tujuan pembinaan rumah tetapi hingga kini rumah yang dikatakan mesra rakyat itu masih belum dibina,untuk makluman YAB dato`Seri harga yang ditawarkan pada masa itu ialah RM40 ribu tetapi hingga apa yang diketahui harga terkini ialah RM70 ribu.saya membawa pengetahuan ini untuk makluman dan tindakan YAB Dato`Seri agar masalah rakyat yang tidak mempunyai tempat berlindung ini diberi perhatian yang serius.

    Terima kasih YAB Dato`Seri jika masalah ini mendapat perhatian dan tindakan segera.

  36. mohd yazib bin jamaludin on 17 Aug 2009

    saya minta najib turunkan cas ptptn dengan kadar automatik. menyusahkan rakyat untuk log in web ptptn dan menukarkan kadar itu. bukankah najib ingin membantu rakyat?

  37. princess fyna on 23 Aug 2009

    Harap PM baru dpt bg lbh pmberahuan utk rakyat.dengan dunie yg serba moden ini.dhrap rakyat seperti kami diddahulukan.

  38. the sarawak on 28 Aug 2009

    Salam sejahtera Dato’

    Suara rakyat pada hari ini,
    kami adalah rakyat yang sentiasa menyokong kepimpinan para pemimpin tanpa mengira siapa, bangsa ataupun agama asalkan matlamatnya adalah satu iaitu rakyat sentiasa diutamakan.
    Semenjak Dato’ memegang tampuk pemerintahan sebagai PM Malaysia sekarang, saya kagum dan cukup tertarik dengan slogan serta matlamat Dato’ iaitu “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” dan saya berbangga kerana mendapat PM yang begitu prihatin terhadap rakyat. Disini, saya ingin meminta sedikit keprihatinan Dato’ tentang masalah yang telah kami hadapi di lorong 5A, kampung siol kandis, petra jaya, kuching hampir 32 tahun iaitu masalah ketiadaan bekalan elektrik dan jalan raya yang tidak berturap.
    saya mewakili penduduk yang tinggal di sekitar sarawak iaitu lorong 5A, kampung siol kandis, petra jaya kuching ingin meminta sedikit perhatian daripada Dato’ tentang masalah kami yang telah mengalami masalah tiada bekalan elektrik sejak dari tahun 1977 sampai sekarang. cuba Dato’ bayangkan betapa sengsaranya kehidupan kami tanpa bekalan elektrik. kami hanya bergantung kepada enjin generator untuk mendapatkan bekalan elektrik. Bagi kami yang mempunyai anak-anak bersekolah, amatlah sukar bagi mereka untuk belajar pada waktu malam dan bagi yang tidak mampu membeli enjin generator dan hanya mampu menggunakan lampu minyak tanah ataupun lilin. Bagi yang mempunyai enjin generator, walaupun mereka mampu untuk membeli enjin itu tetapi masalah yang mereka hadapi sekarang ialah tidak mampu untuk membeli minyak petrol saban hari berikutan kenaikan harga minyak baru-baru ini. untuk pengetahuan Dato’, penggunaan minyak petrol untuk sebulan memakan kos sebanyak RM 600 lebih yang hanya menggunakannya dari pukul 6.00 petang sampai 12 tengah malam sahaja. kami tidak mampu menanggung kos yang terlalu tinggi ini berdasarkan pendapatan kami yang tidak seberapa. kebanyakkan penduduk sekitar ini hanyalah bekerja sebagai buruh kasar sahaja. Kami juga berkeinginan menggunakan alat-alat elektrik seperti orang lain contohnya, peti ais, komputer untuk anak-anak sekarang, dan sebagainya. kami merasakan seperti hidup dipinggirkan dari arus pemodenan walaupun lokasi tempat tinggal kami ditengah-tengah pusat bandaraya kuching. kami juga merasakan seperti ketinggalan daripada kemodenan sekarang. Saban tahun kami menyokong parti BN sejak dari tahun 1977 sampai sekarang 2009 kami tetap menyokong BN tanpa rasa ragu-ragu kerana kami percaya dan terus percaya kerana melalui tampuk pemerintahan BN mampu mengubah hidup kami kearah yang lebih baik. YB yang bertanding hanya mampu memberikan janji-janji palsu dan omong kosong sahaja kerana setiap janji yang dilafazkan oleh para YB tidak satupun yang boleh diharapkan. Saya bukan hendak bercakap kasar ataupun menyinggung perasaan mana-mana pihak cuma saya ingin menyatakan hasrat dihati yang telah sekian lama terpendam. Untuk pengetahuan Dato’ jarak diantara lokasi tempat tinggal kami dengan Dewan Undangan Negeri yang Baru dirasmikan oleh Dato’ baru-baru ini hanyalah 3 kilometer sahaja. Kami telah memohon untuk mendapatkan bekalan elektrik, bekalan air, dan jalan raya berturap kepada pihak YB yang memegang kawasan ini, namun tiada jawapan ataupun balasan daripada pihak yang bertanggungjawab. Untuk pengetahuan Dato’ bukan sekali sahaja kami memohon untuk mendapatkan bekalan elektrik, tetapi lebih daripada sepuluh kali namun hasilnya sia-sia sedangkan penduduk diluar bandar mendapat bekalan elektrik tetapi kami yang berada di tengah-tengah bandar tidak dihiraukan. Amat menyedihkan apabila mengenang nasib kami yang dipulaukan oleh segelintir masyarakat yang kurang prihatin. Alangkah bagusnya sekiranya Dato’ sendiri melihat kehidupan kami disini. Disini, saya mewakili penduduk disini mengharapkan yang terbaik dan maklum balas segera daripada pihak Dato’. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Dato’ sekiranya sudi menolong kami dan meluangkan sedikit masa untuk membaca ruangan rintihan suara penduduk di sini.

  39. nonie on 02 Sep 2009

    salam dato’ seri..

    sebagai kakitangan kerajaan saya mengucapkan tahniah di atas kepipimpinan dato yang cemerlang.

    saya ingin memohon agar bebanan kami sempena musim perayaan ini agar di berikan bonus kepada kakitangan awam sempena hari raya aidil fitri ini bagi menampung perbelanjaan kami memandangkan kos barang-barang yang meningkat akhir-akhir ini.

  40. zoll on 07 Sep 2009

    salamdato sri. rakyat diutamakan tak dipraktiskan di umno ptg pauh. ketua bahagian hanya harapkan kuncu22222nya yg jakankan tugas. sering aduan penduduk tidak diberi perhatian. inilah salah satu sebab umno ptg pauh berpecah. pemilihan calon baru baru ini tak dipergetujui majoriti ahli. hanya ketua bahagian yg guna kuasanya memilih. pembinaan longkang yg hanya 100m sudah 14 tahun dipohon dah diluluskan jkkp tapi kata tak ada peruntukan. kampong kami sering bah bila hujan lebat. inilah puncanya kami beralih angin. kami sayangkan umno tapi diperingkat bahagian yg buat ahli nya meluat. umno ptg pauh hanya dikemudi oleh kuncu2222nya aja. harap dato sri pantau umno ptg pauh dgn serius agar bn dpt tawan semula dan buat satu keputusan yg kolektif termasuk membubar umno ptg pauh . terima kasih kerana sudi membaca rintihan kami ahli bhg ptg pauh/

    1 malaysia rakyat didahulukan pencapaiam diutamakan

  41. zulkefle md derus on 08 Sep 2009

    Assalammualaikum dan salam 1 malaysia kepada YAB Datuk Sri.Tujuan saya melayangkan warkan ini adalah untuk meminta jasa baik Datuk Sri berhubung masalah karena birokrasi yang berlaku di Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan pertukaran guru antara negeri negeri. Isteri Norizan Ujang ialah seorang guru di sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri, Langkawi Kedah. Sepatutnya beliau berpindah ke mana-man selolah di selangor pada bulan jun 09 tetapi dukacita dimaklumkan bahawa perkara ini tidak berlaku. akibat dari perkara tersebut kos perbelanjaan saya meningkat kerana terpaksa bayar sewa dan terpaksa juga mengambil cuti beberapa hari dan menanggung kos pengangkutan ke Langkawi.Ini ialah kerana borang permohonan isteri saya tidak diambil tindakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kedah ke Kementerian.Mereka menyimpan borang-borang permohonan tersebut dan kembalikan semula ke sekolah.Pengetua Sekolah Mahsuri telah berbincang dengan ketua sektor En Munajad diJPN kedah dan diperakui oleh pegawai berkenaan kepada saya melalui telefon, namun tiada tindakan diambil.Perkara ini sungguh mengecewakan saya. Masalah ini timbul di sebabkan terdapat arahan yang mengelirukan guru-guru yang memohon bertukar ke negeri lain. Versi pertama meminta guru DG44 dan ke atas memohon pertukaran secara online manakala versi kedua pula meminta supaya dibuat secara manual. Isteri telah mencoba kedua-dua kaedah tersebut yang mendukacitakn ialah pegawai dikementerian telah mengambil tindakan sendiri membelok permohonan secara online tanpa diberitahu apa sebabnyake negeri-negeri. Akibat dari perkara ini berlakulah masalah permohonan tidak diterima oleh kementerian. Bagaimanapun saya diatas nasihat kawan-kawan sepejabat mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan pegawai yang menguruskan pertukaran guru antara negeri iaitu en. Haris Yahya no talian 88849467 seorang pegawai berjawatan penolong pengarah.Dalam perjumpaan tersebut beliau menasihati saya supaya bersabar dan pertukaran tidak dapat diteruskan kerana sudah hamip penghujung tahun kerana petukaran akan masalah peperiksaan kepada pelajar-pelajar. beliau meminta supaya isteri saya membuat permohonan ke dua pada 1 september 09 serta beliau berjanji akan membantu saya dalam perkara ini. Pada 1 september 09 isteri saya membuat permohonan secara online sebagaimanan diminta oleh en haris. Malangnya perkara yang sama berulang kembali iaitu permohonan secara online tidak diterima dan sebaliknya diminta memohon secara manual.Sebelum ini saya diberitahu oleh en Haris bahawa guru-guru DG44 KUP dan ke atas boleh memohon secara online berbanding guru-guru DG44 hakiki dan berjawatan. setelah menghubungi en Haris beberapa hari akhirnya saya dapat becakap dengan beliau dan kali ini lain pula ceritanya. dia meminta supaya permohonan CUBA dibuat secara manual pula setelah membuat secara online sehari suntuk. Yang mendukacita kan saya juga beliau mengangkat telefon bukan diatas deringan ke3 tetapi sampai deringan demi deringan. ini bertentangan dengan etika dan panduan menjawab telefon pegawai-pegawai kerajaan. Bayangkan Datuk Sri sikap tak ambil peduli pegawai tersebut sehingga rakyat marah kepada kerajaan.Dalam pada itu beliau mentertawakan saya setelah saya memaklumkan masalah saya lebih-lebih pada bulan ramadhn.Saya jugan dimaklumkan bahawa borang permohonan pertukaran yang diberikan oleh JPN kedah tidak mengikut borang Standard ISO. Dari situ barau saya tahu betapa pincangnya dan bercelaru sistem pentadbiran Kementerian, JPN dan sekolah-sekolah. Hairan bagaimana sijil ISO dianugerahkan. Tiada pemantauan atau follo up action diambil. Good in documentation but hair wire in inplementation. YAB Datuk Sri inilah sedang berlaku sijkap culas dan kurang membantu pegawai-pegawai kerajaan. Akibat dari tindakan segelintir sikap mereka yang kurang professional nama Kementerian dan kerajaan khasnya terjejas. Akhir sekali saya memohon supaya satu bentuk tindakan diambil bagi mengatasi masalah ini. YAB Datuk Sri saya percaya dan menyokong kepada apa yang sedang Datuk Sri Lakukan ketika ini dan saya berharap Datuk Sri dan berdoa supaya seluruh rakyak kembali menyokong sepenuhnya kepimpinan Datuk Sri. amin

  42. norizan bt ab ghani on 12 Sep 2009

    salam takzim kepada PM yang sentiasa dikagumi…pertamanya, TAHNIAH atas pelantikan Dato’ Sri sebagai PM ! jujur saya pernah berpeluang bertemu dgn Dato’ Sri dalam satu majlis..ternyata, Dato’ Sri ada karisma yang tersendiri yang memungkinkan khalayak untuk mendengar bait-bait kata dan amanat yang diucap..
    Dato’ Sri…
    Umum tahu, zaman telah berubah..begitu juga sistem pendidikan negara yang sentiasa diperbaharui agar sentiasa relevan dengan dunia hari ini. Hari ini persatuan2 guru juga giat berusaha memartabatkan golongan pendidik..namun, dalam kerancakan mereka memeperjuangkan nasib golongan pendidik yang berada dalam kumpulan sokongan, kumpulan profesional yang terdiri daripada graduan telah dikesamping ! Buktinya, Dato Sri dan para menteri yang bijaksana boleh merujuk kepada gaji antara guru lepasan diploma dengan guru ijazah… Saya berharap agar Dato’ Sri dan para menteri kabinet, khususnya menteri pelajaran serta para intelektual yang berada di JPA mengkaji semula gaji serta beza kenaikan tahunan antara kedua-dua golongan ini agar tidak berlaku ketidakadilan kepada kami, guru2 siswazah ! Hal ini amat bertepatan dengan misi peribadi Dato Sri sendiri yang ingin mendahulukan rakyat serta mengutamakan pencapaian ! Sekian, semoga mendapat pertimbangan sewajarnya… Terima kasih !

  43. sri on 15 Sep 2009

    Taniah kepada YAB Dato’Seri kerana mengadakan blog ini bagi kami untuk menyampaikan apa jua masalah kepada YAB Dato’Seri.

    konsep satu malaysia amat bertepatan dalam keadaan politik negara masa kini. semua kaum akan menghayati satu malaysia.

    selamat hari raya aidilfitri…….

  44. ZAMBRI BIN MAALIN on 29 Sep 2009

    assalammualaikom YAB Dato Sri,
    tahniah..saya begitu berbangga dengan segala usaha Dato Sri memertabatkan UMNO dan Malaysia umumnya.
    HIDUP DATO SRI NAJIB…
    HIDUP 1 MALAYSIA

  45. SJKT BESTARI JAYA 45600 BESTARI JAYA on 06 Oct 2009

    Salam satu Malaysia, kami warga sekolah ingin mengambil kesempatan ini untuk meluahkan isi hati kami berkenaan dengan cuti sempena hari Diwali. Kami cuma diberi cuti selama sehari sahaja bagi menyambut perayaan ini sedangkan kami warga guru terutamanya guru yang tinggal jauh dari tempat berkhidmat tidak dapat meluangkan masa yang berharga bersama keluarga tersayang.
    Tambahan pula, kami terpaksa menghadiri kursus pada hari Sabtu yang berturut – turut yang mana kami tidak dapat membuat sebarang persediaan untuk perayaan yang kami nanti – nantikan.
    Kami warga sekolah begitu berharap agar pihak Dato’ Sri mempertimbangkan rayuan kami untuk memanjangkan cuti hari Diwali selama dua hari (Selasa dan Rabu).
    Kami sangat menghayati konsep satu malaysia dan menghargai jasa Dato’ Sri.
    HIDUP SATU MALAYSIA!!!!!!!

    Sekian, disudahi dengan harapan yang menggunung dari warga SJKT Bestari Jaya.

  46. ijat on 07 Oct 2009

    salam..sy cdgkan agr gaji penjawat awam dinaikkn lbih byk lg,lbih2 lg yg gajinye hnye RM1000 lbih sbulan..jmlah ini tdk ckup nk tnggung keluarga..lbih2 lg jmlah keluarga yg besar..tambahan pula hrga brg mkin lme,mkin naik..RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.SALAM.

  47. wiwi on 08 Oct 2009

    semekom,saya bangga sangat dengan perdana menteri kita,sebabnya dengan web nie saya dapat mengenali beliau dengan lebih dekat.Saya juga sudah lama mencari peluang nie untuk meminta pertimbangan perdana menteri kita berkenaan keadaan kg saya di sabah.Saya harap beliau dapat membalas komen yang saya berikan.

    • sameon on 26 Oct 2009

      harap-harap bertaubat lah kamu memelih memerintah islam yang adil

  48. sameon on 26 Oct 2009

    assalamualaikum saya berharap sangat,pm menjadi seorang pemerintah islam yang adil dan menjadi contoh kepada masyarakat islam sendiri contoh nya sekarang ni banyak anak2 bangsa melayu sendiri keruntuhan akhlak apa pula langkah-langkah drastik yang boleh pm bertimbangkan fikir,dan renung-renungkan lah wasalam,,,

  49. anak melayu on 05 Nov 2009

    Asalamualaikum!

    Berkenaan duit ehsan yang akan beri kat Kelantan tu. saya cadangkan berilah dalam bentuk royalti sebagaimana yang diberikan kepada negeri-negeri lain supaya kerajaan nampak adil kepada rakyat. Rakyat akan menilai keikhlasan kerajaan pusat jika berbuat demikian. Jangan bimbang jika Kerajaan PAS menggunakan tujuan politik mereka kerana akhirnya akan menilai
    nya. Saya bimbang jika kerajaan pusat berdolak-dalik sebegitu,rakyat akan lebih benci dan menghukum lebih teruk pada PRU13 nanti.Perlu diingat bahawa rakyat sudah celik pemikiran dan pemandangan mereka. Jangan buat pertimbangan yang mudah hanya dengan memberi duit ehsan itu dan tidak dalm bentuk royalti ,rakyat akan menyokong BN.Jangan buat pertimbangan yang salah.

  50. anak melayu on 05 Nov 2009

    Asalamualaikum!

    Berkenaan duit ehsan yang akan beri kat Kelantan tu. saya cadangkan berilah dalam bentuk royalti sebagaimana yang diberikan kepada negeri-negeri lain supaya kerajaan nampak adil kepada rakyat. Rakyat akan menilai keikhlasan kerajaan pusat jika berbuat demikian. Jangan bimbang jika Kerajaan PAS menggunakan wang itu tujuan politik mereka kerana akhirnya rakyat akan menilai
    nya. Saya bimbang jika kerajaan pusat berdolak-dalik sebegitu,rakyat akan lebih benci dan menghukum lebih teruk pada PRU13 nanti.Perlu diingat bahawa rakyat sudah celik pemikiran dan pemandangan mereka. Jangan buat pertimbangan yang mudah hanya dengan memberi duit ehsan itu dan tidak dalam bentuk royalti ,rakyat akan beralih menyokong BN.Jangan buat pertimbangan yang salah.!


Tinggalkan Komen Anda