-
Selepas Y2K, Kini Y2K38
Jikalau pada abad lalu, kecoh mengenai masalah Y2K, kini kecoh pula dengan masalah Y2K38 yang mana ianya dijangka berlaku pada tahun 19 Januari 2038. Kebanyakkan program yang ditulis menggunakan bahasa programming C, yang terselamat daripada masalah Y2K yang lalu, dijangka akan menghadapi masalah pada tahun 2038 ini.

Contoh Menunjukkan Bagaimana Masa Akan Berubah Pada 2038 [via]Hal ini berlaku kerana kebiasaannya, penggunaan format integer 4-byte menggunakan permulaan pada 1 Januari 1970, pada pukul 12 tengah malam. Masa ini ditandakan dengan nilai 0. Kesemua masa seterusnya dibuat dengan penambahan pada waktu ini. Sebagai contoh, penggunaan nilai 870130 menandakan 870,130 saat selepas 1 Januari 1970.
Masalahnya timbul apabila penggunaan maksimum format integer 4-byte adalah 2,147,483,647 yang mana berakhir pada 19 Januari 2038. Pada tarikh ini, sebarang program C yang menggunakan format begini akan menghadapi masalah pengiraan masa dan tarikh.
Walaubagaimanapun, ianya masih boleh diperbaiki dengan mengemaskini program ke penggunaan bahasa aturcara yang lebih terkini sekaligus menyelesaikan masalah ini. Sekiranya anda merupakan salah seorang pembangun, anda mungkin boleh merujuk kepada penyelesaian yang disediakan dengan kerjasama The Perl Foundation di Google Code.
12 Komen
oh.. kenapa maksimum bukan 99999999999 ya? huhu.
masa y2k dulu banyak program jam. uhuh.
entah hidup lagi ke tak tahun 2038 nih..
Aku rasa pada waktu itu teknologi lebih kehadapan, mungkin sudah tidak gunakan bahasa C
uiks..time tuh,aman dah jadi otai blogger dah…ekekeke..
erm..hidup lagi ke aku masa tu..jgn aku di klon sudei
Kalau 2038 bermakna umur aku 56thn…Y2K38 insyaAllah.
sejauh mana teknologinya kelak..bahasa C tetap asas.mantiknya tetap serupa.”jika dan hanya jika…”
aritu takut nak masuk tahun 2008… skang ni 2038 pulak.. takpe…. jgn risau.. everything will ok..
y2k tu name band jugak kan?ho3
tak, y2k tu motosikal yg boleh pakai engin heli tu. haha..
benda ni, msti dpt atasi punya. umor aku 51 time tu. ish, ntah2, cucu aku dok main tenet time tu. hahaha..
aduhai… pening la jadik progremmer ni..
nasib le scripting language yang aku buat utk
database aku aku dah set sampai tahun 2099.
so mase tuh aku pon ntah ade kat mane dah…
keh keh keh… tak pe la… janji mende tuh still
bleh berfungsi sampai 2099. Mase tuh… kompom
database aku dah stuck kalau tadek sape nak
purge database lame… miahahaa…
kalau guna komputer skrg sampai waktu tu mmg ada prob kot..tp jgn risau… masa 2 komputer dan program yg kita pakai skrg dh update…ahahhaa..firmware2 pun dah update…