14Jan

Snowl 0.2 Memudahkan Pengguna Ber-Tweet

Perisian, Web 2.0

Mozilla telah memperkenalkan Firefox Snowl pada Ogos tahun lepas, dan hari ini, versi terkini Firefox Snowl telah pun dikeluarkan, iaitu versi 0.2. Melalui Snowl, ianya memudahkan anda untuk bermesej hanya melalui pelayar web anda. Oleh kerana bermesej telah menjadi satu aktiviti biasa pada masa kini, maka dengan Snowl ianya mempermudahkan dan membolehkan kita menghantar dan menerima mesej dengan lebih pantas.

Firefox Snowl
Mozilla Minefield Di Gunakan Bersama Snowl

Walaubagaimanapun, ianya masih lagi dalam pra-pembangunan, kerana ianya baru sahaja mencapai versi 0.2. Melalui Snowl versi 0.2, integrasi Twitter diperkenalkan, dimana anda boleh menghantar mesej ke Twitter dengan mudah, selain menerima dan membaca tweet orang lain. Twitter telah menjadi antara medium komunikasi utama, dan melalui Snowl, anda kini boleh berhubung dengan mudah dengan rakan anda yang lain.

Firefox Snowl - Twitter
Menghantar Mesej Ke Twitter Lebih Mudah Bersama Snowl

Snowl didatangkan sebagai addon untuk Mozilla Firefox. Anda perlu mempunyai pelayar web Mozilla untuk boleh menggunakannya. Snowl juga turut sama boleh digunakan dalam Mozilla Minefield.


TweetNews : Enjin Carian Berita Dari Pembangun Yahoo!
Automattic Kini Pemilik Baru Blo.gs
Friendster Memperkenalkan Antaramuka Baru
Google Earth 6 Menambah Sokongan Street View
FourSquare Kini Tidak Lagi Memperlihatkan Alamat Rumah Pada Peta Lokasi

2 Komen

  1. megat pada 14 Jan 2009

    wah macam-macam ada skang ni. aku harap dapat membantu mempermudahkan proses ber’twit’ hehe.

  2. flip9 pada 14 Jan 2009

    kalau boleh integrate YM sekali kan best..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader