08Jan

Sun Turut Sama Menyertai Cloud-Computing

Web 2.0

Sun Microsystems membuat pengumuman semalam bahawa, kini mereka telah memiliki Q-Layer, salah satu syarikat dari Belgium yang membangunkan teknologi cloud-computing. Melalui pembeliannya, ianya dijangka akan memberikan para pengguna fleksibiliti dalam beberapa perkara seperti di server, bandwith dan sebagainya.

Sama seperti beberapa syarikat teknologi yang lain, Sun turut sama berusaha untuk menyertai mereka dalam industri cloud-computing ini. Walaubagaimanapun, butir-butir khusus berkaitan pembelian ini tidak diumumkan oleh Sun Microsystem. Q-Layer memulakan operasinya pada tahun 2005. Sebelum ini, Microsoft memperkenalkan Windows Azure sebagai menyertai industri cloud-computing ini.

Cloud Computing adalah salah satu teknologi berasaskan web, yang mana beberapa data dihos dan diurus melalui internet dan web, dan diletakkan di tempat berlainan dengan komputer yang digunakan.


Twitter Memperkenalkan Halaman Utama Baru
Facebook Bakal Memperkenalkan Antaramuka Baru?
Oh! Media FM Dilancarkan Secara Rasminya
JomSocial Bakal Melancarkan Produk JomSocial Pro+
Facebook Kini Mempunyai Lebih 901 Juta Pengguna Aktif

3 Komen

  1. alone pada 08 Jan 2009

    hm.. (agak berminat) hope there’s more explanation after this..

    • aMaNz pada 08 Jan 2009

      nanti kalo free, aku add lagi explanation pasal cloud-computing nie..huhu

  2. ash miyuu pada 08 Jan 2009

    okay!!i’m waitim..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader