24Jan

Tarikh Muat-Turun Windows 7 Beta Di Lanjutkan

Microsoft

Oleh kerana mendapat sambutan yang amat menggalakkan untuk muat-turun Windows 7 Beta secara percuma, kini Microsoft melanjutkan tarikh untuk muat-turun Windows 7 sehingga 12 Februari. Sebelum ini, Microsoft mengatakan bahawa Windows 7 Beta boleh dimuat-turun sehingga 24 Januari sahaja.

Bagi pengguna yang sudah memulakan muat-turun, tapi masih belum selesai, anda mempunyai masa sehingga 12 Februari untuk selesaikan muat-turun anda, kerana selepas itu, anda tidak lagi boleh memuat-turun Windows 7 Beta ini. Mulai 27 Januari, suatu notis akan dipaparkan menandakan bahawa muat-turun Windows 7 Beta akan tamat tidak lama lagi, dan mulai Februari 10, tiada lagi muat-turun baru akan dibenarkan. Hanya pengguna sedia ada yang sedang muat-turun Windows 7 sahaja dibenarkan untuk menyelesaikan muat-turun mereka, dan selepas 12 Februari, semua pengguna tidak lagi dapat memuat-turun Windows 7 lagi.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda merupakan pelanggan MSDN dan TechNet, anda akan mempunyai akses untuk muat-turun Windows 7 Beta, sehingga tamatnya fasa Beta untuk Windows 7.


Windows 7 Build 7048 Di Labelkan Sebagai RC1
Sokongan XP SP2 Di Tamatkan 13 Julai 2010
WordPress.com Kini Menjana Windows Live Spaces
Kemaskini Windows Phone "Mango" Pada September 2011
Semua Peranti Windows Phone Akan Menerima Kemaskini Windows Phone 8

4 Komen

  1. Sabri pada 25 Jan 2009

    ikutkan Microsoft adalah salah satu produk yang perlu diboikot, tapi tak salah kalau nak menggunakannya.. Guna cetak rompak tak memberi apa-apa keuntungan kepada mereka kan? ;) hehehehe..

  2. hydir pada 25 Jan 2009

    saya masih “wait and see” …
    nak tunggu produk ni betul2 lunching baru berminat nak cuba..

    sekarang dlm proses nak guna MacBook Pro
    dan juga gOS untuk desktop kat rumah…

    tunggu je lah apa2 pun … baru dalam Beta .. banyak “bug” dia

  3. SilentAnarm pada 26 Jan 2009

    ha ah.. kalau versi beta mesti banyak lg bug die.. so, aku tunggu yg btol2 siap dulu lah..


Trackbacks/Pingbacks

  1. Bagaimana Nak Download Windows 7 Beta Dan Dapatkan Nombor Siri Yang Sah | Sembang Komputer

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader