20Jan

TweetNews : Enjin Carian Berita Dari Pembangun Yahoo!

Web 2.0, Yahoo!

Twitter kini sudah menjadi antara medium komunikasi yang digunakan ramai. Pelbagai berita yang dikemaskini oleh para pengguna termasuk pilihan raya Kuala Terengganu dan Anugerah Juara Lagu baru-baru ini. Dengan kepesatan pembangunan komunikasi melalui Twitter ini, salah seorang pembangun BOSS Yahoo! telah memperkenalkan TweetNews.

TweetNews
Contoh Carian “AJL” pada TweetNews

Melaluinya, berita utama disusun dan tweet-tweet yang berkaitan dipertontonkan dengan cara yang tersusun. Malah susunan berita yang dipertontonkan adalah berdasarkan kepada tweet daripada orang ramai. Sekiranya sesuatu berita itu terdapat tweet berkaitan yang tinggi, maka kedudukan berita itu akan lebih tinggi. Konsepnya agak menarik kalau dibandingkan dengan Digg mahupun Yahoo! Buzz yang dibangunkan oleh Yahoo! sendiri. Selain daripada itu, anda juga boleh mencari berita-berita mengikut kata kunci, seterusnya melihat pandangan orang ramai melalui tweet mereka.

P.S: TweetNews dihoskan pada server Google ;)


YM! 9.0 : Masalah Log Masuk Di Selesaikan
Nuffnang Memperkenalkan Iklan Jenis CPA
Groupon Bakal Dilancarkan Di Pulau Pinang
MyEmail Turut Membawakan Marketplace Dan Integrasi Rangkaian Sosial
Aplikasi Facebook Places Pada Android Mula Kelihatan

5 Komen

  1. awqi_zar pada 20 Jan 2009

    OoH..mende nie ak rse di’releasekn pd mggu lpas oleh seorang BOSS engineer a.k.a. pereka BOSS..kat blog die..die de postkn script utk tweetnews nie..ekeke..ko ble la hostkan amanz..

    • aMaNz pada 20 Jan 2009

      hehe…nanti kalo rajin, aku godek-godek script die.. :D

      • awqi_zar pada 20 Jan 2009

        haha..godek jgn xgodek..tp klu nk hostkan tp tkut server ko kuat mkn resource..ko pki jek google appspot..huhu..

        • aMaNz pada 21 Jan 2009

          haha…aku tgk, dah banyak web timbul guna source kod dia, tapi modified sikit-sikit jer…hehe..maybe kena wat Malaysian based kot. huhu…

  2. en_me pada 20 Jan 2009

    hi abang aman itteww.. good info


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader