Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sudahkah anda memuat-turun Windows 7 Beta yang diberikan secara percuma oleh Microsoft? Jika belum, baik anda bertindak cepat kerana, kini sudah pun terdapat Windows 7 Build 7025. Versi beta yang diedarkan baru-baru ini adalah Build 7004.

Tetingkap About Pada Windows 7 Build 7025 [via]
Oleh kerana Windows 7 Beta merupakan Build 7004, nampaknya dengan Build 7025, Microsoft telah selangkah melangkaui Beta, dan telah ke Windows 7 RC. Dan mungkin kita boleh katakan Build 7025 ini sebagai pre-RC. Sebelum ini, pihak Microsoft telah mengatakan bahawa, setelah Beta, mereka akan terus ke RC dan seterusnya kepada RTM sebelum menemui para pengguna.

Pemilihan Versi Windows 7 Ketika Pemasangan [via]
Melalui Windows 7 Build 7025, kini para pengguna boleh memilih antara Windows 7 Starter, Home Basic, Home Premium, Business ataupun Ultimate sebelum memulakan pemasangan, sama seperti pada Vista sebelum ini.
16 Komen
Tinggalkan Komen Anda
RTM? Tak nak ke TV3 (suku) ke? Hehe.
*aku yang belum download.
hehe…
Release To Manufacturing ler… bukan Radio Televisyen Malaysia…
Bro.. lain kali kena terang sikit..
Bukan semua tau term2 tu…
AKu pun ingat Radio Televisyen Malaysia
haha
windows 7 ni camne…aku blur ni…
Kalau dah install yang beta tu bleh ke update je ikut windows update? Letih la nak reinstall. Haha
kumpol duet..beberape taun akan datang..beli komp baru..windows 7 ready..taraaaa…
Aku masih tunggu nie… Baru baru keluar, I tak mau ambik risiko nie
Tapi dalam pertimbangan untuk install Windows 7 la…
window 7 idaman kalbu telah tiba..
waiting for me..
aku tak downlod lagi beta..
nak tggu yg betul2 nyer..
kasi surprise..
best tak rasa rasa nyer?
hehehe..
p/s: aper yg RTM? aku tak jumper pon..
Takpe, tgk org lain try dulu. Baru akan aku pikirkan camne nanti. Hehe.
teringin plak topek nk donload windows 7 ni… tp mesti lama kan??
2.3 Gb jer…
aku pun lom download lagi.. masih bahagia dgn vista.. ntah kenapa.. hahaha..
* malas nak donlod.. nak beli DVD je nanti.. tunggu full release.. kwang3..
lar…baru nak berjinak dengan Vista dah ader wins 7 plak.
erm.. penat lak nak download.. hehe
ak pkai Windows 7 Enterprise. hahahha… beze ngan Ultimate cuma x de Premium game ngan jenis license je…
kalo psal keygen dier senang je nak settle.
Windows 7 Enterprise Build 7600