12Jan

Yahoo! Membawa Internet Ke Televisyen

Yahoo!

Yahoo! menjadi antara yang terawal dengan membawa kandungan internet kepada televisyen. Yahoo! telah pun membuat perjanjian dengan beberapa syarikat pembuat televisyen seperti Samsung, LG, Vizio dan Sony untuk membolehkan widget Yahoo! dipaparkan pada televisyen, sekali gus menikmati kandungan internet diruang tamu anda.

Yahoo! Connected TV
Widget Pada Televisyen

Yahoo! Connected TV
Flickr Pada TV melalui Yahoo! TV Connected

Melalui TV yang mempunyai widget daripada Yahoo!, anda boleh melihat beberapa kandungan internet pada televisyen anda, sambil sedang menonton rancangan kegemaran anda. Sebagai contoh, anda boleh mengikuti pasukan bola sepak kegemaran anda, melihat saham, berkongsi gambar, melihat video dari web dan sebagainya. Anda juga boleh menambah beberapa widget TV spesifik seperti eBay, MySpace, YouTube, Twitter dan sebagainya dan mendapat akses pantas kepada kandungan dari laman-laman tersebut.


Sah : Pelancaran Galaxy Tab Di Malaysia Bulan Hadapan
Samsung Mula Memperlihatkan Peranti Akan Datang - Bakal Diperkenalkan 12 Oktober
Jualan Peranti Keluarga Samsung Galaxy S Melangkaui Angka 30 Juta Unit
LG Bakal Memperkenalkan Kemaskini Android 4.0 Bermula Suku Kedua Dan Ketiga 2012
(Video) Nyah-Kotak Dan Pandang Pertama Samsung Galaxy S3

11 Komen

  1. awqi_zar pada 12 Jan 2009

    OoH..klu tak salah ak..nie antara teknologi yg dipertontonkan di CES bru nie kn?hehe..teknologi nie xtau la bler ble smp malaysia bro..rakyat malaysia nie xbrp geeky sgt..

    • aMaNz pada 12 Jan 2009

      Ha’a. Dia ada tunjuk kat CES 2009. Dah siap wat press statement lagi. Huhu. Tak sabar nak cuba. Tapi tue ler, iPhone pun tak sampai lagi, apatah lagi Android. Nie lagi ar lama, rasanya. Huhu. Ketinggalan betul kita nie.

    • adib. pada 13 Jan 2009

      geeky itu perlu kan wang..masalah nya kita byk tunggu tokey cina pakai dulu..baru nak ikut..mcm dah jadi realiti ja.. ades..

  2. Fahmishah pada 12 Jan 2009

    Hebat betul Yahoo!. menginternetkan televisyen

    • adib. pada 13 Jan 2009

      astro patut buat..kurang leh check gmail pon ok…tak salah pon kalau nk buat percubaan guna speed 56kbps pon ok pa..

  3. Vemma pada 13 Jan 2009

    Huss.. memang laju teknologi sekarang ni. Tak sempat nak catch up!

  4. Nazz pada 13 Jan 2009

    Lepas ni apa pulak Google buat yek…?

  5. abdusfauzi pada 13 Jan 2009

    tapi.. internet malaysia x laju.. kang, sangkut plak tgk tv tu.. :P

  6. Najib Hassan pada 13 Jan 2009

    sokong abdusfauzi…Internet kat malaysia ni mmg tak laju utk link international. Tak guna streamox buat pakej 18MB pon kalau link international kelajuan ciput..mungkin skrg tmnet boleh tipu rakyat tapi masa depan? harap harap akan timbul ISP providor yang betui betui fahami keperlukan users.

    Tmnut – the sleeping giant

  7. Uncle G pada 13 Jan 2009

    sokong bro najib hassan dan abdfauzi.. internet kat malaysia nie terlalu laju.. :D

  8. haritz pada 13 Jan 2009

    best buleh tengok tv sekali


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader