16Jan

YouTube TV Melalui Wii dan PS3

Google

Jikalau sebelum ini Yahoo! mengumumkan mereka akan membawa internet ke televisyen melalui Yahoo! Connected TV, hari ini YouTube telahpun membawa internet ke televisyen. Walaubagaimanapun, buat masa terdekat ini, anda memerlukan Sony PS3 ataupun Nintendo Wii untuk menikmatinya.

Sekiranya anda menggunakan Sony PS3 ataupun Nintendo Wii, anda boleh terus melayari YouTube TV. YouTube masih lagi belum menyokong Xbox. Anda boleh menonton dan berkongsi video dengan hanya menggunakan alat kawalan jauh pada sebarang jenis televisyen. Sama seperti Yahoo!, YouTube juga bekerjasama bersama beberapa pengeluar televisyen dalam mengeluarkan televisyen yang sedia dipasang aplikasi yang menyokong internet dan laman web mereka. Mungkin tidak lama lagi, anda dapat melayari laman aMaNz ini hanya melalui televisyen.


Yahoo! Bakal Memperkenalkan Rekabentuk Baru Dengan Logo Ungu
Menyelam Ke Dasar Laut Bersama Google Earth 5.0
Google Mulakan Lawak April Fool Dengan GMail Motion
Blogger Memperkenalkan Fungsi Geolokasi Dan Pemuat-Naik Media Baru
Google Mengambil-Alih PostRank

4 Komen

  1. awqi_zar pada 16 Jan 2009

    OoH..pergh..nie yg ak gram nie dgn malaysia..gram btol..lme btol mnde2 camnie nk smp..huhu..

    • aMaNz pada 16 Jan 2009

      kalo bawak pun, tgk youtube sekat-sekat, sakit ati gak…huhu

      • awqi_zar pada 18 Jan 2009

        OoH..tue s’bnarnya yg ak nk ckp amanz..huhu..bler la projek jalur-lebar TM nie nk stat..tender dh bg..agreement dh sain..huhu..

  2. izz pada 16 Jan 2009

    hahaa.. malaysia baru nak bawak tv ke intenet… ketinggalan.. -.-”


Tinggalkan Komen Anda