16Feb

Aplikasi Emel Postbox Di Perkenalkan

Perisian, Sumber Terbuka

Sekiranya Flock merupakan pelayar web versi sosial untuk Mozilla Firefox, kini muncul Postbox yang mengintegrasikannya dengan beberapa fungsi laman sosial seperti sambungan pantas kepada Twitter, FriendFeed dan juga Facebook. Postbox merupakan klien emel yang diasaskan menggunakan kod sumber Thunderbird, dan disediakan untuk para pengguna Windows dan juga OS X.

Postbox
Contoh Penggunaan Postbox

Sama seperti klien emel yang lain, anda boleh mengimport senarai nama pada buku alamat anda dengan mudah daripada aplikasi Outlook ataupun Thunderbird terus kepada Postbox. Dan sekiranya anda log masuk kedalam Facebook, secara automatiknya, senarai hubungan anda akan ditambah. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut berkenaan fungsi-fungsi menarik yang disediakan pada Postbox di laman rasmi mereka.

Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa perkara yang pelu ditambah baik lagi dalam Postbox seperti penggunaan add-on. Sehingga kini, ia masih belum menyokong penggunaan add-on atau plugin seperti pada Thunderbird. Namun, ianya masih dalam peringkat beta lagi, dan mungkin akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Kredit : CNet + DownloadSquad


Google Memperkenalkan GMail Offline
Paint.NET 3.5 Membawakan Sokongan Kepada Aero
Ingin Meletakkan Kenderaan? Kini Ada Aplikasi Untuknya
Chrome 16 Beta Membolehkan Anda Membawa Data Pelayaran Ke Mana Sahaja
Firefox Bakal Memperkenalkan Antaramuka Selari Untuk Semua Platform

1 Komen

  1. Eriyza pada 25 Feb 2009

    Terima kasih sbb sudi kongsi.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader