Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Jika sebelum ini Google menyediakan lebih 31 tema percuma untuk anda pilih dan gunakan pada akaun GMail anda, hari ini, mereka menambah lagi satu fungsi dimana membolehkan para pengguna kini boleh mengubah penggunaan warna pada akaun GMail mereka.

Panel Tetapan Warna Pada GMail [via]
Untuk mula menggunakannya, klik pada Settings dan pilih tema Themes seterusnya pilih “Choose Your Own Colors” (“Gunakan Warna Anda Sendiri”). Selepas itu anda boleh menetapkan penggunaan warna pada akaun GMail anda dengan memilih tona warna yang menjadi kesukaan anda.
Sekiranya anda tidak mengemari pilihan warna anda, anda sentiasa boleh mengubahnya kembali kepada bentuk asal dengan mudah. Walaubagaimanapun, para pengguna Google Apps masih belum boleh melihat pilihan ini, dan mungkin akan diperkenalkan tidak lama lagi.
7 Komen
Tinggalkan Komen Anda
semakin lama semakin menarik!
nescaya akan aku ubah supaya kelihatan seakan office outlook..
bila bukak kat ofis tak nampak sgt.. cover line.. hehe..
haha …
blue is the colour … err… itu pasukan bola aku..
anyway .. guna std jer … yg penting isinya .. bukan nk bg org lain tgk pun …
Bagi aku memadai dengan theme/skin yang ada…dah cukup cantik…aku suka yg ninja dan desk tu
saye suke kaler maroon sebb maroon adalah jiwa saya.. perghh!
i….. testing je… xlh pndai pon psl it ni… wat pro jr..
coba ah!