24Feb

Apple Membawakan Safari 4 Beta

Perisian

Hari ini, Apple telah memperkenalkan beta pertama untuk Safari 4, yang mana menjanjikan pelayaran web yang lebih pantas, selain navigasi dan carian yang dipertingkatkan lagi. Safari yang digunakan hampir 8% pengguna diseluruh dunia, mengikut dibelakang pelayar web Internet Explorer dan juga Mozilla Firefox.

Safari 4 Beta
Safari 4 Beta [via]

Apple memperkenalkan Safari 4 Beta untuk kedua-dua sistem operasi, iaitu Mac OS X dan juga Windows. Ianya menjanjikan kepantasan membaca JavaScript 4.2 kali ganda lebih pantas daripada Safari 3. Selain itu, mereka juga menjanjikan kepantasan masa loading yang lebih baik daripada Internet Explorer 7 dan juga Mozilla Firefox 3.

Safari 4 Beta
Safari 4 Beta [via]

Selain itu, Apple juga memperkenalkan Cover Flow, yang mana membolehkan para pengguna melihat laman web seperti sedang melihat album. Apple juga memperkenalkan Top Sites, yang mana mengumpulkan senarai laman web yang sering dilawati oleh para pengguna, sama seperti laman permulaan di Google Chrome. Safari 4 juga menyertakan sekali aplikasi untuk para pembangun web untuk debug, dan memperbaiki dan menambah mutu sesuatu laman web.

Safari 4 Beta didatangkan bagi para pengguna Mac OS X yang menggunakan Leopard 10.5.6, Tiger 10.4.11, Windows XP SP2, dan Vista.


Opera Mengeluarkan Pelayar Web Opera 9.62
Mozilla Labs Memperkenalkan Jetpack. Add-On 2.0?
Safari 5 Bakal Di Lepaskan Minggu Depan?
(Video) Proses Penetapan Apple iOS 5
UTeM Memperlihatkan Aplikasi Android Untuk Mengetahui Logo Halal Jakim Asli

11 Komen

  1. KNizam pada 24 Feb 2009

    mak aihhhhh cun giler ah safari
    siap la 2010 aku target pakai imac. ehe :)

  2. anarm pada 24 Feb 2009

    hmmm.. aku lebih suke pkai firefox..
    dah penah try test safari tp kurang berkenan..
    btw, tahniah kepada apple..

  3. Azman Ishak pada 24 Feb 2009

    kalau os pc aku macam ni kan cantek..
    masalahnye nak install MAC os plak,
    aku ade projek multimedia utk pengguna
    windows.. dam..

    *off topic ke ke ke~

  4. Gadis Lonely? pada 25 Feb 2009

    disebabkan aku baca aman tulis yg safari 4 ni cakap dia lebih laju dari IE dan FF3, aku terus nak gi download..

    tipu siap ar.. aku cubit-cubit ko apple.. ko pun amanz. hahaha.. gurau je…

    EH lupa perkenalkan diri.. hi all. saya gadis lonely.. waalau saya dah ada pakwe… heheheh… maaf, saya single but not available.. nak ngorat, sila send resume pada khai… papai…. muah!!

  5. budeen pada 25 Feb 2009

    aku harap safari improve sekali browser versi iphone dia.. senang sikit aku nak browse on the go.. hehe

  6. alone pada 25 Feb 2009

    fuh. mantap btol!

  7. Junaidix pada 25 Feb 2009

    aku tak leh nak install sebab kat opis guna windows 2000 .. zaman tok kaduk nyer.. adeih lar..

  8. AmirMohamad pada 25 Feb 2009

    Aku baru nak try..tapi tengok gambar..rasa jika dipadankan dengan OS mac baru laju kot..

  9. hydir pada 25 Feb 2009

    safari di katakan boleh menandingi enjin v8 Google Chrome walaupun belum dibuktikan lagi
    mungkin akan ada benchmark test yg dilakukan

    anyway..kita sendiri boleh buat benchmark
    try loading website yg sama dgn menggunakan IE, FF, Chrome dan safari .. jgn lupa stopwatch…

    miahahahaha :P

  10. spatt pada 25 Feb 2009

    serius smart!
    okeh, kumpul duit beli macbook.

  11. kalerfool pada 25 Feb 2009

    oh..yang aku suka kat apple nih ialah design dia yg memang smart and one of a kind.. boleh try ni.. spatt? mau beli macbook? aku dapat sentuh ko punye kejap pun jadi la..ahak


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader