27Feb

Chrome Mula Menyokong Paparan Skrin Penuh

Google

Mungkin ramai yang ternanti-nanti fungsi untuk melayari laman web menggunakan skrin penuh pada Google Chrome. Dan menariknya, perkara ini telah pun direalisasikan oleh pihak pembangun Chrome melalui versi terbaru pelayar web mereka, Chrome 2.0.166.1.

Untuk melayari laman web dalam skrin penuh, anda hanya perlu tekan butang F11 pada papan kekunci, dan seterusnya, anda sudah dapat melayari laman web dengan menggunakan skrin penuh. Mungkin fungsi ini tidak begitu berguna untuk para pengguna yang menggunakan laptop dan desktop seperti kita. Namun, ianya amat berguna pada pengguna netbook, disebabkan skrin mereka yang amat kecil.

Google Chrome 2.0.1.166.1
Google Chrome 2.0.166.1

Selain daripada itu, Chrome 2.0.166.1 juga menyelesaikan beberapa perkara lain seperti double-klik pada tab tidak membesarkan lagi saiz tetingkap, menyelesaikan masalah Google Earth, menyelesaikan masalah penggunaan bahasa Vietnam dan banyak lagi perkara.

Walaubagaimanapun, ianya adalah versi pembangun, dan bukannya versi stabil. Untuk mula menggunakannya, anda perlu terlebih dahulu melanggani saluran pembangun Google Chrome.


Chrome Kini Di Datangkan Bersama Flash
Laman Photovine.com Kini Aktif - Masih Tidak Boleh Dimuat-Turun
Lebih 550,000 Peranti Android Diaktifkan Setiap Hari
Google Bersama Kerajaan Arab Saudi Membawakan Solat Terawih Langsung Dari Makkah
Google Masih Dalam Penyediaan Untuk Melancarkan Google Drive?

14 Komen

  1. iEn pada 27 Feb 2009

    wsalam.. pehabaQ? lama xnampak.. moga ceria selalu :D

    • zariel pada 27 Feb 2009

      wsalam.. eh, aku lak yg jawab :p takpa2.. hang tu pi mana diam2 ja?

  2. Khai pada 28 Feb 2009

    hai korang.. nak borak2, gi chatroom.. hahaha..

    amanz, aku tak tahu apesal aku masih lagi x suka guna chrome.. walau dalam pc aku install, tapi still sayang ngan musang la.. ni sume gara2 plugin yang best sume kat musang…

    chrome bila lagi? ape jadahnye lembap sangat chrome ni nak buat cam musang berapi?

    • aMaNz pada 28 Feb 2009

      haha…
      sesuko ati ko jer nak sound tetamu aku..
      fire kang..
      haha..
      chrome dijangka paling lewat bulan lima nie dah ada plugin + add on..
      huhu..
      tue paling lewat, paling awal tak taw lagi, mungkin esok..hehe

    • Hamdi pada 28 Feb 2009

      relax aaa bro
      apa kes nih panggil apa jadah nih?
      hahaha
      cuba compare chrome ngan musang?
      sapa lama?
      mesti la musang kan?
      so
      kiranya musang nih dah berpengalaman
      mesti la best sebab dah lama
      tapikan
      lecturer aku cakap, skang chrome dah ramai giler babeng aaa orang guna!

  3. spatt pada 28 Feb 2009

    lambatnye chrome nak mantap…haha

  4. Syam pada 28 Feb 2009

    aku masih lagi berat hati untuk gunakan chrome di lappy aku sbb bikin processor aku bekerja lebih kuat dari biasa.

    ps: chrome juga sedikit lembab loading dari firefox3 pada sesetengah laman web. kenapa ya>

    pss: Safari 4 lagi lembab. Nyesal aku install. Mungkin sbb masih versi beta

  5. wada pada 28 Feb 2009

    ey,between chrome ngn firef0x..mna besh g??

    • Zaid pada 01 Mar 2009

      aku lagi suka ffox…

  6. hydir pada 28 Feb 2009

    baru lps install safari..
    agak boleh tahan…

  7. anarm pada 28 Feb 2009

    aku masih sayangkn firefox.. tp chrome pon aku guna gak kadang2.. dalam laptop aku ni ade browser IE, firefox, chrome, opera and safari.. apa jadah aku install browser byk2 ni pon aku tak tau.. time bored aku suke tukar2 browser.. bleh compare yg mane best utk kegunaan aku.. :)

  8. kalerfool pada 01 Mar 2009

    yang mane paling best yek?haha..byk sangat..

  9. blowie pada 02 Mar 2009

    musang berapi tetap dihati :D

  10. myadlan pada 04 Mar 2009

    terkejut aku bila tengok popup chrome kuar kt firefox.. pelik.. igtkan nak tutup tadi..

    walaupun chrome mcm kewl. tapi aku tetap sokong firefox!

    btw paparan fullscreen mcm takperlu sgt pun..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader