14Feb

Chrome Untuk Mac Menghampiri Kenyataan

Google, Perisian

Setelah sekian lama Google Chrome diperkenalkan, akhirnya kini paparan antaramuka untuk versi Mac diperlihatkan oleh salah seorang pekerja Google – Mike Pinkerton. Walaubagaimanapun, ianya masih lagi belum dikeluarkan kepada sesiapa pun lagi. Dan sekaligus ini menandakan bahawa versi Mac sudah hampir dikeluarkan.

Chrome Pada Mac
Chrome Pada Mac [via]

Menariknya, Pinkerton juga adalah orang yang bertanggungjawab dalam membangunkan pelayar web Mozilla khas untuk pengguna Mac, iaitu Mozilla Camino. Walaubagaimanapun, tarikh akhir pelayar web itu bakal dikeluarkan masih belum diumumkan, walaupun dia menyatakan bahawa Chrome untuk Linux turut dalam pembangunan.

Via : Google Operating System


Muat-Turun Dan Uji Chrome 3.0 Sekarang
Ketahui Kos Minyak Untuk Perjalanan Melalui Google Maps
Kereta Dipandu Automatik Google Terlibat Dalam Kemalangan?
Google Masih Dalam Penyediaan Untuk Melancarkan Google Drive?
Google Bakal Memperkenalkan Pesaing Siri - Dikenali Dengan Nama Kod Majel Buat Masa Ini

9 Komen

  1. Junaidix pada 14 Feb 2009

    masalah nyer chrom tak boleh install kat win2k.. terpaksa guna chrome portable.. v0.2 mmg ketinggalan tul :p

  2. mrahfa pada 14 Feb 2009

    hmm, some css effect tak display dengan betul kalau guna chrome. kena buat condition if jugak, sama macam IE punya problem. Walaumacamanapun nampaknya Firefox akan jadi standard css coding dalam masa akan datang.

  3. flip9 pada 14 Feb 2009

    huhu..
    tak sbr nk tggu linux punye..

  4. budeen pada 14 Feb 2009

    google google..
    lama2 dia telan keseluruhan internet ni.. hehe

  5. Gadis Lonely? pada 14 Feb 2009

    all da best googleeeee… wonder akan ade google operation system plak nanti.. who know? hehe

  6. mymac4all pada 14 Feb 2009

    fuhhh aku nk try pakai tgk camne…klu best bleh rr jd default browser…

  7. KNizam pada 14 Feb 2009

    best giler ah google neh ! cool !

  8. hydir pada 14 Feb 2009

    heh…google mmg syok…

    cuba guna gOS ….

    Mac Book Pro Air ku makin hampir! Ada pulak Google chrome … perghhh…

  9. flisterz pada 15 Feb 2009

    lambat sgt nak keluar. dah kurang excited dah. tapi aku rasa takkan jadi default browser aku kot. sekadar utk test boleh la. tapi kalau chrome leh ade plugin+extension yg best, boleh jugak. heh


Tinggalkan Komen Anda