Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sebelum ini, Twitter ada menawarkan fungsi kemaskini terus kepada SMS, namun terpaksa menghentikannya pada bulan Ogos 2008 yang lalu disebabkan kos yang tinggi. Kini, munculnya Twe2, yang mana menyediakan fungsi yang sama bagi semua pengguna di luar US yang inginkan fungsi kemaskini terus kepada SMS. Dan menariknya adalah ianya disediakan secara percuma.

Halaman Tetapan Telefon Bimbit di Twe2
Untuk menampung perbelanjaan untuk menghantar SMS kepada telefon bimbit para pengguna, Twe2 menyertakan iklan ringkas bersama-sama dengan tweet yang dikemaskini. Menariknya, anda boleh memilihi dan membuat tetapan untuk bagaimana anda menerima mesej, samaada mengikut sesuatu kata kunci dan sebagainya. Anda juga boleh membuat tetapan untuk bilakah anda ingin menerima mesej-mesej melalui telefon bimbit.
Walaubagaimanapun, oleh kerana Twe2 bukan servis yang dibangunkan oleh pihak Twitter, ianya sering mengambil sedikit masa untuk mengesan mesej dan menghantarnya kepada anda. Selain itu, ianya belum lagi diintegrasi dengan fungsi oAuth, dan memerlukan anda menyertakan nama pengguna dan kata laluan Twitter. Namun ianya bakal diintergrasikan tidak lama lagi.
Via : RWW
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
ooh.. impresif! hehe
mungkin percuma tapi nanti dia jual no. kita kepada syarikat lain untuk mendapat keuntungan, lepas tu terimalah macam-macam sms pelik dari no. telco
huhu..
tak taw lak aku modus operandi diorang nie…huhu
macam emptyspace cakap..
sebab tu aku tak suka daftarkan no aku kat mana servis..
sangat peribadi no ku.. hehe..
@emptyspace o yeke, aku tak terfikir langsung kemungkinan itu.. cukup la spam dari Maxis ke nombor aku, huhu.
hehe. sms2 spam pn da byk msk skrg biar x dftr lg kt mne2
huh… menarik idea tu tp belum perlu lagi..
hotspot skrg byk…
telepon makin canggih
guna direct web utk bertwitt kalo dh tak tahan sgt ..
fungsi twit2 ni untuk pengguna yang menggunakan
no 014 ada masalah. katenye masih tak support
penggunaan no tersebut.
aku dah cube register. tapi still tak approved. aiyark~