16Feb

Edit Imej Melalui Pelayar Web Dengan Ubiquity

Perisian, Sumber Terbuka

Pernahkah anda terdengar mengenai Ubiquity, salah satu projek daripada Mozilla? Ubiquity memudahkan anda melayari internet, dengan penggunaan command teks untuk membolehkan anda membuat sesuatu perkara dengan lebih pantas. Terbaru, mereka sedang dalam proses membolehkan anda mengedit sesuatu gambar di internet dengan pantas hanya melalui pelayar web sahaja.

Edit Imej Melalui Ubiquity
Edit Imej Melalui Ubiquity [via]

Mungkin anda lebih selesa menggunakan Adobe Photoshop, GIMP dan sebagainya untuk mengedit gambar secara offline, ataupun menggunakan Picnic dan aplikasi web seumpamanya untuk edit gambar dalam talian. Namun begitu, ianya mengambil masa untuk anda log masuk ke laman tersebut dan sebagainya.

Dengan penggunaan Ubiquity, anda boleh edit gambar dengan lebih pantas, dengan hanya klik kanan pada sebarang imej di sebarang laman web, dan seterusnya memilih Ubiquity. Mudah bukan? Walaubagaimanapun, Ubiquity hanya menyediakan perkara asas sahaja, seperti untuk mengecilkan gambar, memusingkan gambar, dan membuat sedikit efek ringkas pada gambar tersebut.

Seterusnya anda boleh terus simpan fail gambar tersebut di komputer ataupun dengan mudah menyimpannya di laman Flickr atau laman sosial seperti Facebook dan FriendFeed. Ianya dijangka akan dilepaskan dalam beberapa minggu lagi. Anda masih boleh menggunakan Ubiquity pada Mozilla Firefox anda, dengan menggunakan beberapa command asas, seperti untuk mencari map, untuk bertweet dan sebagainya sementara menunggu versi baru diperkenalkan.


BarCampMalaysia : Google Android
Firefox 3.7 Mengintegrasikan Fungsi Aero Lebih Mendalam
WutMedia Dilancarkan - Wut2Feed Ditawarkan Secara Percuma Dalam Bentuk Beta
Peranti Nokia 801 Menggunakan Nokia Belle Dengan Rekabentuk Menyerupai N9 Kelihatan
JoliCloud Memudahkan Pengurusan Data Di Internet Melalui JoliCloud Me

7 Komen

  1. Gadis Lonely? pada 16 Feb 2009

    cool beb Ubiquity ni.. thanks amanz… bila leh cuba try test ni yerk..

  2. Gadis Lonely? pada 16 Feb 2009

    eh eh… dah donlod… kasi try jap…. letak video preview dia skali amanz.. cool habis oo…

    • aMaNz pada 16 Feb 2009

      Tue video intro untuk versi pengenalan dulu. Huhu.

  3. hydir pada 16 Feb 2009

    mmg cool …
    tq for the info :)

  4. spatt pada 18 Feb 2009

    siries best giler…gian plak main benda nih…huhhhh

  5. milsum pada 20 Feb 2009

    thanks bro,
    best nih…


Trackbacks/Pingbacks

  1. Apa itu Ubiquity? dan korang wajib cuba! - Just Khai (dot) Com

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader