Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Walaupun boleh dikatakan gagal dengan Need for Speed ProStreet, dan Undercover yang tidak begitu mendatangkan keuntungan pada tahun lepas, perkara tersebut tidak mematahkan semangat para pembangun permainan perlumbaan kereta yang diminati ramai – Need for Speed. Tahun ini mereka bakal muncul dengan empat lagi tajuk yang baru.

Need for Speed : Shift [via]
Dikatakan akan membawa pengalaman pemanduan yang lebih realistik, dengan bentuk permainan yang menyerupai ProStreet. NFS : Shift ini bakal dikeluarkan untuk pelbagai platform, iaitu untuk PC, Xbox360, PS3, dan PSP.

Need For Speed : Nitro [via]
Masih tiada info lanjut mengenai NFS Nitro ini, walaubagaimanapun ianya dikatakan akan membawa bentuk permainan yang kasual, dan dibangunkan untuk platform Wii dan DS. Ianya dikatakan bahawa EA akan membawa pengalaman permainan yang baru dalam NFS Nitro.

Need For Speed : World Online [via]
Seperti yang diperkatakan tajuknya, ianya akan menyediakan permainan bebas yang mana membolehkan para pemain memandu kereta kegemaran dan berlumba antara satu sama lain. Ianya bakal dikeluarkan untuk platform PC, dan menariknya akan dikeluarkan di Asia terlebih dahulu. NFS World Online dibangunkan oleh EA Black Box dengan kerjasama EA Singapura. NFS World Online juga merupakan permainan perlumbaan kereta dalam talian percuma daripada EA.
Selain daripada tiga tajuk NFS ini, ianya juga dikatakan bahawa mereka sedang membangunkan lagi satu tajuk tambahan yang masih dirahsiakan, yang mana bakal membawakan bentuk permainan NFS yang asal, iaitu dengan memainkan watak pelumba jalanan. Dengan ini, ianya menjadikan empat tajuk baru Need For Speed bakal diperkenalkan pada tahun ini.
17 Komen
Tinggalkan Komen Anda
yeah
NFS~
makin lama, makin best
yang latest, aku suke itu NFS Undercover
aku main kat PSP ngan PC
aku mmg frust la ngan undercover…
apasal frust? ok ape undercover?
aman,nnt da released jgn lupa update naa
wah.. aku masih tak abes lagi main undercover ni.. sebok study nye pasal.. wahaha. rajin study aku ni rupenye..
Spatt, I setuju..NFS Undercover agak mengecewakan…
Orang cakap ProStreet tak besh, tak pernah cuba, so beli la Undercover. BORING GILE! Setakat ni, Underground and Most Wanted jugak pilihan hati. Hehe. Baru je re-install Most Wanted semalam, and Tak Leh Stop Maen! Hahaha.
Smlh..tuner takedown mode dlm Mostwanted cm susah je nk lepas. Harap 4 permainan baru ni diaorang akan buat untuk platform psp gk..prostreet cm lmbb jer gameplay..
aku dan anak aku pun suka NFS underground.
aku menanti dgn penuh sabar game2 ni kuar..aku pun peminat no1 nfs gak..(“,)
heh sume aku x main !!
Um.. memang mantop Need for Speed skrg!
NFS:shift nampak lebih kepada macam racedriverGRID ja…
Aku main prostreet..tapi tension asyik kena kejar dengan polis..
mcmni punya grafik..mmg tak mampu nak main dgn pc tua aku .. tu sebab game tu tak laku byk ..hehe
باڬي انا اونديرچوۏير ڤن ستنديڠ دڬن موست ونتد .کيني تري بارو تاو کي x .
x سابر نق تڬو يڠ اکن داتڠ ڤوڽا .هارڤ بوليه ماين کت ڤس٢ .
wwaahhcayasamalu bebeh need for speed tak bes la counter strike condition zero la baru mantap:):(
yang ke-4 tu aku rasa need for speed hot pursuit 3