27Feb

Fungsi Attachment Pada GMail Di Tambah Baik

Google

Sehingga hari ini, ianya sedikit sukar untuk menghantar beberapa fail melalui GMail sebagai atachment. Tambah menyedihkan lagi kerana seandainya anda menggunakan sambungan internet yang lemah, ianya sukar diketahui samaada fail anda (attachment) berjaya dihantar sekali ataupun tidak. Untuk mengatasinya, hari ini, pihak GMail memperkenalkan beberapa perkara baru.

GMail - Progress Bar
Progress Bar Pada GMail [via]

Kini, anda boleh memilih beberapa fail sekaligus untuk dihantar, berbanding perlu buat satu-persatu sebelum ini. Menariknya, setelah fail tersebut dipilih, satu bar akan menunjukkan proses memuat-naik fail tersebut kedalam server. Dengan ini, anda boleh memastikan fail anda berjaya dihantar ataupun tidak, walaupun pada sambungan internet yang amat lemah dan perlahan.


Malaysiakini Menggunakan YouTube API Untuk Pemain Videonya
Google Menceburi Bidang Domain Parking
Chrome 10 Kini Lebih Pantas, Ringkas Dan Selamat
Google Memperkenalkan Bandar Rome Dalam Bentuk 3D
10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 16 Februari

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader